Suka Entry Di Sini???

Friday, November 18, 2011

Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…


Sedih arrr baca kisah adik ni dalam internet..... dgr crita mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia.....dia cuma budak berusia 4 tahun....
Gambar yang amat menyentuh hati….seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah...sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

Note:

Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?

Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?

Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...

Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...

Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...

Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...


** Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi…. Ya’Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu… Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa… berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah…. Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya…. Amin….”

Thursday, November 17, 2011

Kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita

**Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama.... renung2kanlah.....

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, ini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Pesanan buat ibu-ibu, bapa-bapa.....

Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah SWT. Penyakit hati mudah hinggap seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah SAW bersabda," Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”. - Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a. 
Akibat daripada memandang remeh isu MAKANAN HALAL ini, ramai umat Islam kini meninggalkan solat, menderhaka kepada ibu bapa, melawan guru, cintakan hiburan yang berlebih-lebihan, berzina, merogol, terbabit dalam lumba haram, pecah rumah dan pelbagai bentuk gejala sosial akibat kekurangan pembangunan rohani yang memerlukan penyelesaian segera.

Rasulullah SAW bersabda,“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. - Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan.
Makanan yang halal, yang berasal dari pencarian rezeki yang juga halal, akan memberikan berkah dan manfaat yang besar kepada kita sepenuhnya. Jika seseorang selalu menjaga dirinya dengan segala sesuatu yang baik, maka Allah pun akan menurunkan kebaikan kepadanya. Makanan halal membersihkan jiwa kita. Setiap daging yang tumbuh dari makanan haram akan menjadi noda yang membuat hati menjadi jauh dari kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda," ...Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
sumber : Rahsia Perkahwinan

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selami pengorbanan Siti Hajar

SELAMAT hari raya Aidiladha. Semoga segala amalan korban yang kita sertai diterima Allah s.w.t. Setiap kali datang Aidiladha kita akan mengulangi cerita mengena pengorbanan.Memang kena ulang, sebab kita masih kedekut berkorban. Kita lebih banyak menerima dari memberi, kita lebih senang diperhati daripada memerhati, kita lebih seronok dihormati dan amat lokek menghormati.Cerita korban kali ini, penulis suka menekankan mengenai pengorbanan Siti Hajar yang kadangkala terlepas pandang di sebalik cerita kehebatan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.

Mari kita kenali siapa Siti Hajar dan kehebatannya. Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya.


Siti Hajar seorang wanita luar biasa kerana beliau berhadapan dengan pelbagai musibah besar merdeka sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang menemui telaga air zam-zam sumber air yang terbaik di dunia.

Ya memang benar, beliau seorang wanita yang sungguh luar biasa. Sukar untuk ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, dialah seorang wanita, isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya.

Beliau sangat taat, tabah, dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar? Ramai orang yang meneguk air zam-zam, tetapi tidak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu.

Sejarah menceritakan beliau wanita berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah. Beliau menjaga anak bernama Ismail. Ya, beliau biasa-biasa sahaja pada lahirnya.

Siti Hajar mempunyai hati seperti emas kerana diuji dengan pelbagai dimensi seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir.

Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya diuji dengan tawakal, sabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami.

Memang Siti Hajar benar-benar luar biasa.

Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka tidak baik pada suaminya. Apatah lagi bersangka buruk kepada Allah.

Kenapa dia ditinggalkan atau dibiarkan semua persoalan itu sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Dalam diri Siti Hajar terbina satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Ketika Hajar ditinggalkan suaminya, beliau menyerahkan bersama anaknya kepada Allah s.w.t. Maka kepada Allahlah seluruh pergantungan hatinya.

Siti Hajar ikhlas dan reda kerana beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya.

Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus. Bayangkan jika kita diuji sedemikian rupa. Beliau juga yakin bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya.

“Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu,” (Surah Luqman ayat 22)

Ciri-ciri luar biasa yang ada pada Siti Hajar adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul, jiwanya disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Beliau sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan kerana ketulusan jiwa itu darjat Siti Hajar diangkat tinggi Allah s.w.t walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba.

Siti Hajar adalah contoh teladan buat bakal bergelar isteri dan ibu. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi di sebalik kepahitan takdir-Nya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/SelamipengorbananSitiHajar/Article
Tazkirah Remaja
Bersama Mohd.Zawawi Yusoh

Thursday, November 3, 2011

KATA-KATA PROFESOR UNGKU AZIZ...




p/s: sekadar peringatan pada diri sendiri....
Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...