Suka Entry Di Sini???

Thursday, November 17, 2011

Pesanan buat ibu-ibu, bapa-bapa.....

Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah SWT. Penyakit hati mudah hinggap seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah SAW bersabda," Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”. - Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a. 
Akibat daripada memandang remeh isu MAKANAN HALAL ini, ramai umat Islam kini meninggalkan solat, menderhaka kepada ibu bapa, melawan guru, cintakan hiburan yang berlebih-lebihan, berzina, merogol, terbabit dalam lumba haram, pecah rumah dan pelbagai bentuk gejala sosial akibat kekurangan pembangunan rohani yang memerlukan penyelesaian segera.

Rasulullah SAW bersabda,“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. - Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan.
Makanan yang halal, yang berasal dari pencarian rezeki yang juga halal, akan memberikan berkah dan manfaat yang besar kepada kita sepenuhnya. Jika seseorang selalu menjaga dirinya dengan segala sesuatu yang baik, maka Allah pun akan menurunkan kebaikan kepadanya. Makanan halal membersihkan jiwa kita. Setiap daging yang tumbuh dari makanan haram akan menjadi noda yang membuat hati menjadi jauh dari kebenaran.

Rasulullah SAW bersabda," ...Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
sumber : Rahsia Perkahwinan

1 comment:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...