Suka Entry Di Sini???

Friday, December 28, 2012

ikhlaskah kita...

Assalamualaikum.....

IKHLAS itu sukar dinilai
Ikhlas itu milik hati dan perasaan
Dan hanya ALLAH yang Maha Mengetahui Keikhlasan nya Niat dihati adalah rahsia ALLAH.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ...

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuk lah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


26-12-2012

Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-8
~ Semoga rumahtangga yg kita bina sentiasa di bawah rahmat Illahi, di berikan kebahagiaan, di murahkan rezeki oleh-Nya.. ~
ANUGERAH ILLAHI..



Monday, December 24, 2012

Tanda-Tanda Suami Anda Sudah Mula Berhajat Untuk Memadukan Anda

1. Menjadi Panas Baran - Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3. Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat kpesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4. Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang -Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

**mohon Allah jauhkan segala yg memudaratkan hubungan kami suami isteri, Aamiin

sumber : fb ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

~Wallahullam Jom SHARE , insyaAllah bermanfaat buat semua ♥ :)


Sunday, December 23, 2012

usah dicari...

Usah DICARI mana KESILAPAN dalam TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI....

Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yang DIBERI.

Usah DICARI mana KETENANGAN yang TIDAK diberi oleh ILAHI...

Tapi CARILAH punca KERESAHAN yang TIDAK diundang menempuh di dalam HATI.

Usah DICARI mana NIKMAT yang ALLAH tidak beri pada DIRI ...

Tapi CARILAH punca KUFUR nikmat yang DIRI tidak TAHU MENGHARGAI..

**muhasabah diri.... SYUKUR ALHAMDULILLAH… Masih diberi kesempatan hidup untuk terus memperbaiki diri dalam mencari REDHA ILLAHI… Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan sentiasa diberkati oleh-NYA… amin!


** kadang2 kita menyembunyikan apa yang kita rasa untuk melihat orang yang kita sayang bahagia.. **

✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah kadangkala tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah kadangkala dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah kadangkala tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain.. ♥♥

Saturday, December 22, 2012

* moga mak cepat sembuh *

"Ya Allah, ampunilah dosa kami & dosa kedua orang ibu bapa kami. masih terbayang air mata ibu yang mengalir & rintihannya disetiap malam ketika berdoa memohon kepadaMu untuk kebahagiaan kami, anaknya. Sayangilah Ibu & bapa kami sebagaimana mereka meyayangi kami sewaktu kecil. Ya Allah, Muliakanlah mereka, tidak pernah kami sanggup menggantikan setiap titis air mata dan keringat mereka."

Wednesday, December 19, 2012

* tanda-tanda rezeki yang berkat ♥ *


Sunday, December 16, 2012

:: SYUKUR ALHAMDULILLAH… ::

"Ya Allah, ampunilah dosa kami & dosa kedua orang ibu bapa kami. masih terbayang air mata ibu yang mengalir & rintihannya disetiap malam ketika berdoa memohon kepadaMu untuk kebahagiaan kami, anaknya. Sayangilah Ibu & bapa kami sebagaimana mereka meyayangi kami sewaktu kecil. Ya Allah, Muliakanlah mereka, tidak pernah kami sanggup menggantikan setiap titis air mata dan keringat mereka."

SYUKUR ALHAMDULILLAH… Masih diberi kesempatan hidup untuk terus memperbaiki diri dalam mencari REDHA ILLAHI… Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan sentiasa diberkati oleh-NYA… amin!

Wednesday, December 12, 2012

12-12-12


Tarikh yang cukup istimewa....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11, 2012

Sakit Itu Penghapus Dosa-Dosa Kecil... :)

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda... ♥
^~ Ustaz Don Daniyal ~^
~ Suami Isteri Bahagia~


Sunday, December 9, 2012

** jaga lidah kita **

Peringatan untuk kita sebagai ibu bapa...

Kadang² memang kita geram sangat dengan perangai anak² yang mungkin menyebabkan kita menjadi marah. Maklumlah penat balik kerja pulak tue, dengan masalah di ofis, masalah kewangan, masalah jem, risau mak ayah di kampung.

Seandainya di mulut kita, ingin terkeluar perkataan seperti

"Adik nie degil lah"
"Apasal la anak mak nie malas sangat!!"
"Bang**** punya budak, rosakkan telefon mak"
dan ayat² seumpamanya.

Cepat² kita beristighfar dan tukar kan ayat tadi dengan

"Pandainya abang, tapi org pandai hanya berjalan dalam rumah, tak berlari²"
"Kakak nie pandai betul jaga adik, cuba usap² kepala adik tue"
"Allah sayang kalau kita tidur awal"

Cakap macam ini lagi dan lagi, InsyaAllah anak2 kita akan menjadi seperti yang kita ingini.

Setiap kata2 ibubapa adalah doa buat anaknya. Jagalah lidah kita ^_^

Dipetik dari -->> Anakku Bijak Membaca :)

7 dosa lidah yang harus kita jauhi :

1.Lidah berdusta
2.Lidah menghancurkn hati
3.Lidah mengutuk
4.Lidah suka bergosip
5.Lidah suka bertengkar
6.Lidah memperkatakan perkataan yg sia-sia
7.Lidah membuat PerpecaHAn…….


Thursday, December 6, 2012

Anak-anak tidak hormat ibu bapa

Kita selalu merungut anak-anak tidak menghormati ibu bapa. Sedarkah.. sebenarnya kita yang mengajar mereka bersikap demikian dengan mempamerkan kelakuan tidak hormat kita ketika berinteraksi dengan mereka.

Bagaimana? Kita tidak menunjukkan rasa hormat...

~ apabila banyak berleter, menjerit-jerit marahkan anak, memukul mereka ketika naik angin dan merendah-rendahkan kebolehan anak.

~ apabila melakukan segalanya untuk anak-anak walaupun perkara itu boleh dilakukan sendiri oleh mereka (tidak memberi peluang pada mereka).

~ apabila kita mengamalkan sikap pilih kasih dan double standard.

Sumber : fb


Monday, December 3, 2012

~ kita ada 1 hati saja ~

"Kita ada 1 saja HATI,
Jika gembira, HATI itulah..
Jika sedih, HATI itulah..
Jika bertaqwa, HATI itulah..
Jika berIman, HATI yg satu itu juga..
Jika bercinta, HATI itu juga..
Jika terluka, HATI yang 1 itu juga..
Jika terasa, HATI itu juga..

Terlalu "SATU" untuk banyak perkara..
Maka, jagalah HATI mu dan HATI org2 yg menyayangi kamu.." :')

** penat..... asyik jaga hati orang.. Hati kita tak ada sapa nak jaga...


Sunday, December 2, 2012

5 Seruan Kubur Kepada Kita

5 Seruan Kubur Kepada Kita :

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

.5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Sumber : Darul Ulum Al-Islamiyyah

~Peringatan buat diri ini dan renungan bersama~


~ kupujuk hati ini ~

Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegurmu. kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu.

TETAPI.. Bukankah LEBIH BAIK jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli akan KESILAPAN yang ada tidak kita sedari?

Teguran adakala MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN kamu daripada KESAKITAN yang lebih pedih.

Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama yang lain, InsyaAllah..

mood : tgh bermuhasabah diri.. yang baik jdkan pedoman.... yg buruk buang jauh2.....

Terima kasih kerana menegurku xxxx ... Kadang2.. Aku lupa diri....


Saturday, December 1, 2012

** Insyaallah... ada sinar kebahagiaan... **

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 27, 2012

Himpunan Kata-Kata






Thursday, November 22, 2012

Doa Lembutkan Hati Anak

Baca ayat 200 Surah Al-Imran dan tiupkan pada muka atau dalam air untuk diberi minum pada anak. Ini akan melembutkan hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah dilakukan sendiri oleh ibu/bapa.

Amalkan setiap hari. Elok dibuat 3 kali atau lebih dan ditiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum tidur setiap hari.

*sumber : EKSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


" Mari buka buku baru dengan penuh cahaya keimanan dan semangat baru..... "


Tuesday, November 13, 2012

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.. Jawab angin yang goncang....

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Aku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok....

Watch "POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]" on YouTube


Thursday, November 8, 2012

Tahu tak kenapa Allah cipta ruang antara jari?....


Wednesday, November 7, 2012

AWAK sedang marah???

MARAH itu umpama API. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Kita masih memerlukan api sebagaimana kita memerlukan marah untuk mempertahankan maruah dan harga diri. Jangan sampai marah membakar diri. ITU BAHAYA!!!

URUS MARAH CARA RASULLULLAH
* waspada dengan sifat marah - Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah s.w.t. akan memanggilnya daripada kalangan pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga."

* membudayakan sifat pemaaf dalam diri.

* melatih fizikal untuk bertenang - Rasullullah s.a.w. menasihati para sahabat yang sedang marah agar duduk sekiranya ketika marah mereka berdiri. Sekiranya marah itu masih tidak hilang, Baginda s.a.w. menasihati para sahabat agar berbaring. Arahan itu sebenarnya adalah untuk memberi ketenangan kepada fizikal.

* berwuduk - Rasulullah s.a.w. menggalakkan sesiapa yang sedang marah agar bersegera mengambil wuduk. Ini kerana sifat air itu sendiri boleh menyejukkan darah yang sedang menggelegak kemarahan.

* menyibukkan diri dengan perkara lain

# tahukah anda, marah antara lubang yang paling mudah dimasuki syaitan. Seseorang yang sedang marah tidak mampu berfikir dengan waras... Jadi, jauhilah sifat marah....


Tuesday, November 6, 2012

~ALLAH MAHA MENGETAHUI ~


Friday, September 28, 2012

~ Terima Kasih Untuk Segalanya..... ~





Friday, September 21, 2012

~Makan hati, berulam jantung...~



Makan hati bermaksud seseorang yang tengah sedih, dilanda kekecewaan, dan marah dengan seseorang tapi tidak terluah…..

Berulam jantung hanyalah perumpamaan yang menyokong kepada makan hati... maksudnya orang itu benar-benar dilanda kesedihan yang amat sangat...


Lestari - Cinta Itu Ketawa Dan Airmata

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya


Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku


Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan


Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan


Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...








                                                                                                                               

Thursday, September 20, 2012

JOM HIDUP SIHAT DENGAN BUAH-BUAHAN....


sumber :  http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Per...





                                                                                                                           

Friday, July 13, 2012

Teknik Laparoscopy


Untuk melihat macamana pembedahan Laparoscopy - ovarian cyst sila klik link dibawah.....






Pembedahan yang selalu digelar “teropong” ini dilakukan dengan membuat belahan kecil (0.5 cm) di abdomen. Tiga belahan atau “incision” dibuat dan pembedahan utama (major) boleh dilaksanakan melalui lubang-lubang ini. Belahan pertama dilakukan di pusat. Teropong atau laparoscope dimasukkan ke dalam abdomen dan kamera video diletakkan pada penghujung luar teropong ini. Gambaran dalam abdomen dilihat pada television dalam dewan pembedahan dan segala organ dapat dilihat dengan jelas kerana diperbesarkan.


Selepas laparoscope dimasukki melalui pusat, dua atau tiga belahan kecil lagi dibuat dibahagian bawah abdomen. Segala peralatan pembedahan dan jahitan akan dibuat melalui lubang yang dibentuk di abdomen ini.Pembedahan teropong ini membenarkan pembedahan yang sungguh jitu yang tidak dapat ditandingi oleh pembedahan biasa. Kejituan pembedahan jenis ini lebih ketara semasa pembedahan untuk senggugut, ketumbuhan, cyst dan kanser.

Sebagai perbandingan, laparotomy atau pembedahan biasa mengakibatkan belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang beasr ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa. Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang.

Kelebihan pembedahan laparoscopy berbanding dengan laparotomy jelas dilihat. Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan.

Jikalau kelebihan pembedahan laparoscopy sangat nyata, kenapakah pembedahan ini tidak begitu berleluasa? Ini ialah kerana pembedahan laparoscopy adalah susah dan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk mencapai tahap yang sewajarnya. Tambahan pada itu, peralatan yang digunakan adalah mahal dan tidak didapati di semua kebanyakan hospital. Pusat Pakar Wanita adalah hanya satu daripada beberapa pusat perubatan di negara ini di mana pembedahan ini dilakukan secara rutin.











Friday, June 1, 2012

~ Cyst punca tekanan.... ~


Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.

Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.

Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.

Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.

Ubat

Untuk pengetahuan, ada juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:
  • Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
  • Bermasalah untuk membuang air kecil.
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim.
  • Pertambahan berat badan.
  • Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
  • Loya dan muntah-muntah.

Akan tetapi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti di bawah ini, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera:
  • Sakit berserta demam dan muntah
  • Sakit sangat pada bahagian abdomen.
  • Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
  • Bernafas dengan kadar yang cepat.

Disebabkan cyst jarang menunjukkan simptom yang ketara, masalah ini lazimnya dikesan semasa pemeriksaan pelvik dilakukan. Ketika pemeriksaan dibuat, doktor biasanya akan dapat mengesan bengkak pada bahagaian ovari. Sekiranya cyst ditemui dalam ovari anda, ujian imbasan (ultrasound) akan dilakukan untuk mengenal pasti bentuk, saiz dan lokasi cyst tersebut. Pada masa yang sama, doktor turut memastikan adakah cyst tersebut dipenuhi cecair, pepejal ataupun campuran.

Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bahaya

Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.

Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.

Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.

Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.





                                                                                                                           

Friday, May 4, 2012

kadang... kadang.....


ܓ" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...." ܓ






                                                                                                                             

Friday, April 20, 2012

♥✿~~~~~ ♥✿




"ܓ♥ Dalam suka dan gembira, pasti akan ada masanya terselit duka... dalam senang dan bahagia, pasti ada akan tibanya derita... setiap ketentuan Allah itu mempunyai seribu satu hikmah disebaliknya...


Jika Allah takdirkan terlebih dahulu derita, Dia inginkan kita lebih bersyukur dan menghargai saat bahagia... Dan jika Allah takdirkan dugaan derita setelah kita berbahagia... agar kita tidak terleka dan alpa dengan kesenangan dunia. ܓ♥"



sumber : ۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞






                                                                                                                                

Friday, April 13, 2012

♥ ALLAH bg ujian..... tanda DIA sayang... ♥


(copy and paste dari fb status seseorang...terima kasih)

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA...

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita.

Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

ALLAH bg ujian bertalu-talu tanda bertapa DIA sayang... 
Renung-renungkan dan selamat beramal








                                                                                                                            

Friday, March 30, 2012

Hidup hanyalah pinjaman......

                                                                                                                                                  

Tuesday, March 13, 2012

Ku cuba menjadi yang terbaik.....









                                                                                                                                         

                                                                                                                                               

Monday, March 12, 2012

~cukuplah sekadar se ujung kuku~




                                                                                                                                                                         
Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...