Suka Entry Di Sini???

Thursday, January 26, 2012

Aku diuji lagi YA ALLAH.......

Innalillahiwainnailairojiu'n •• Aku diuji lagi YA ALLAH,
Subhanallah •• UJIAN apa yang KAU berikan ini,
MasyaALLAH •• mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
Astaghfirullahaa'zim •• Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
Allahhuakhbar •• kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,...
Alhamdulillah •• ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”

(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

Setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...