Suka Entry Di Sini???

Wednesday, February 29, 2012

✿ Semoga hari ini lebih baik dari semalam ✿


.¸.•✿◕ RENUNGAN HATI .¸.•✿◕

•*¨*•.¸¸.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸.¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸

Bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk.. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk.. Kalau tak mampu,bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat..... Kalau tak mampu,memadailah dengan satu ayat….
Kalau tak mampu juga,cukuplah hanya dengan memandang Al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"

•*¨*•.¸¸.ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸.ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸

Jangan dibiarkan berhabuk didalam almari.. Tataplah akan ia.. Peganglah akan ia. Selaklah akan ia.. Bacalah akan ia..Hayatilah akan ia.. Pasti ia akan menjadi pendamping kamu dihari yang sukar.

SubhanaAllah Alhamdulillah AllahuAkbar

Semoga hari ini lebih baik dari semalam


 

Tuesday, February 28, 2012

rumahku syurgaku...


“untuk melahirkan ‘rumahku syurgaku’ bukan semudah ungkapan dibibir mulut tetapi ia perlu dibentuk dengan kecekalan dan kesabaran dengan patuh tunduk menurut perintah Tuhan. Yang paling penting, persefahaman suami dan isteri serta tolak ansur dalam menyelesaikan perselisihan menjadi rencah yang boleh menjurus ke arah pembentukan rumah tangga harmoni…”





p/s : sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama...
sumber : dari email seorang teman....


Tuesday, February 21, 2012

~~ Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini? ~~

Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat.
Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung.
Jan...gan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.. Aamiin…..

Monday, February 20, 2012

~~ Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w ~~



** Sekadar berkongsi ilmu…. Aritu dengar ceramah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid mengenai Selawat nabi kat TV Al-Hijrah… banyak faedah2nya… jadi,… marilah kita berkongsi ilmu tentang Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah s.a.w…

Allah swt berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi Muhammad saw oleh kerana itu wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat (meminta rahmat) untuk Nabi saw dan ucapkanlah salam dengan penuh kehormatan terhadapnya".

Adapun antara ganjaran ataupun hikmah berselawat ini amat banyak sekali, berikut dicatatkan beberapa hikmah-hikmah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w iaitu:

1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.

2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.

3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.

4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.

5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).

6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.

7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.

8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.

9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.

10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.

11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.

12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.

13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.

14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.

15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.

16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.

17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.

18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.

19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.

20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga.

Demikianlah dicatatkan beberapa hikmah berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan juga antara ganjaran-ganjarannya.

Adalah amat digalakkan bagi kita semua umat Islam untuk sentiasa berselawat kepada Nabi saw kerana amat banyak sekali manfaat dan juga ganjaran yang akan dilipat gandakan.





p/s :
Marilah kita berselawat sebanyak yang mampu... marilah berusaha utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insya'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!



Friday, February 17, 2012

@@~ Bahana Kerja Curi Tulang ~@@



SETIAP pekerja perlu merasakan tugasan yang mereka setiap hari itu sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sempurna.Ia penting supaya gaji yang diterima setiap bulan halal, bersih dan mendapat keberkatan daripada Allah.
Pekerja yang amanah meletakkan syariat Islam sebagai pegangan utama supaya Allah sentiasa melindungi setiap rezeki yang mereka peroleh.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti” (Riwayat al-Baihaqi).Kita perlu bijak, ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan tuntutan kerja seharian di pejabat.Dalam suasana kerja hari ini, ada sebilangan pekerja yang melakukan kerjanya dengan sambil lewa atau mencari jalan ‘mencuri tulang’ untuk melakukan penyelewengan.

Ia menggambarkan seseorang itu tidak ikhlas dan cuba berlaku khianat. Ingatlah setiap gerak-geri kita sentiasa diperhatikan Allah. Curi tulang boleh berlaku dengan cara mengabaikan tugas yang diberikan, melengahkan masa kerja atau tidak membuat langsung kerja dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Pasti wang gaji yang diterima pastinya tiada keberkatan. Oleh itu, kita perlu sentiasa memohon keampunan dari Allah sekiranya ketika menjalankan tugasan harian secara sedar atau tidak kita pernah mencuri masa dengan melakukan perkara di luar bidang tugas.

Pekerjaan sebenarnya dinilai sebagai ibadah apabila ia memenuhi syarat dan panduan yang ditentukan syariat. Di situlah letaknya keunikan Islam sebagai cara hidup.

Matlamat terakhir kenapa pekerjaan itu perlu dilaksanakan adalah bagi memperoleh keredaan dan keberkatan Allah. Tidak dinafikan setiap orang mengharapkan balasan bersifat duniawi seperti bayaran gaji dan ganjaran terhadap kerja yang dilakukan.

Alhamdulillah, jika ada timbul perasaan bimbang mengenai halal atau haram, berkat atau tidak pendapatan yang diperoleh memberi petanda baik dalam diri kita masih ada iman.

Nabi memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dalam kata-katanya yang bermaksud: “Barang siapa yang menjauhi syubhat, selamatlah agamanya dan kehormatannya, barang siapa yang menyertai syubhat, ia seolah jatuh dalam yang haram” (Riwayat Muslim).

Pensyarah Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohd Shahrizal Nasir berkata Islam menganjurkan umatnya berusaha mencari rezeki yang halal dengan kudrat sendiri.

“Umat Islam dilarang bergantung harap kepada Allah semata-mata tanpa berusaha memperoleh rezeki sendiri. Rasulullah pernah ditanya: “Pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik.” (Hadis riwayat Ahmad).



 “Setiap manusia sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Mereka hanya perlu berikhtiar lebih sedikit bagi mendapatkan rezeki itu malah Islam melarang umatnya minta daripada orang lain.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu mengambil talinya (keluar mencari kayu), kemudian dia memikul seberkas kayu api di atas belakangnya, lalu dijualnya, maka dengan itu Allah memelihara air mukanya adalah lebih baik daripada ia meminta-minta daripada orang lain, sama ada diberi atau tidak.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Dalam usaha mencari rezeki, kita tidak boleh lupa tatacara atau garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah soal halal atau haram pekerjaan yang kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata dalam Islam jika rezeki yang kita cari itu sumbernya halal maka kehidupan kita akan diberkati dan setiap usaha mencari rezeki itu bakal mendapat ganjaran pahala.

“Sebaliknya, jika rezeki yang kita cari itu datangnya dari sumber haram maka kehidupan kita jauh dari keberkatan Allah ditambah pula dengan dosa yang dipikul.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling kecewa (rugi) pada hari kiamat adalah orang yang mencari harta secara tidak halal, lalu ia masuk ke neraka bersama hartanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Berbicara soal keberkatan, perkara yang perlu dijaga adalah bagaimana menjamin keberkatan dalam rezeki yang kita dapat. Terdapat sesetengah orang yang secara zahir, pekerjaannya halal, tetapi rezeki yang diperoleh tidak berkat.

“Antara sebabnya adalah terdapat perkara syubhah dalam urusan pekerjaan yang dilakukannya,” katanya.

Mohd Shahrizal berkata fenomena negatif seperti ‘curi tulang’ ketika waktu bekerja perlu dijauhkan.

“Golongan ini lebih suka berbual kosong, melayari internet tanpa faedah, keluar makan pada waktu kerja dan menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi.

“Ia perlu dielakkan dan berusaha dari sekarang untuk mengurangkannya. Sebab itu, ada di kalangan mereka yang gaji bulanannya mencecah puluhan ribu, namun kehidupannya masih serba kekurangan, keluarganya tidak harmoni dan dilanda pelbagai masalah.

“Itulah sebahagian tanda rezeki itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata masalah itu boleh diatasi sekiranya setiap pekerja berusaha mendapatkan kepuasan hasil kerja mereka sendiri.

“Tanamkan perasaan gembira apabila tugasan yang diberikan majikan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dalam laporan Asean Conference on Civil Service Matters pada 1993 menyatakan pegawai (penjawat awam) perlu digalakkan bukan saja melaksanakan tanggungjawab mereka tetapi perlu mendapatkan kepuasan peribadi selepas berjaya melaksanakan tugas yang diberi,” katanya.

“Rasulullah pernah menyatakan bahawa Allah menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menurutnya setiap pekerja Muslim perlu sedar mereka perlu berubah dan berusaha memperbaiki mutu serta prestasi kerjanya.

“Islam menyediakan ruang bagi menebus kesalahan yang dilakukan. Sebab itu kita ada zakat yang wajib dan sedekah yang sunat.

Inilah antara alternatif terbaik bagi menjamin rezeki kita diberkati Allah.

Zakat dan sedekah itu pembersih kepada rezeki yang kita peroleh,” katanya.

Beliau berkata umat Islam wajib menjauhkan diri daripada perkara yang nyata pengharamannya dalam Islam antaranya rasuah.

“Rasuah adalah sogokan wang atau sebarang hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balas terhadap sesuatu hajat yang sudah, tengah atau bakal ditunaikan dengan cara salah.

“Penggunaan perkataan duit kopi, hadiah, sumbangan ikhlas, upah atas pertolongan dan duit proses sering digunakan bagi mengaburi mata orang ramai menghalalkan rasuah.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sudah kami lantik untuk memegang sesuatu pekerjaan, yang sudah kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada (pendapatan) yang ditetapkan itu (iaitu dengan cara rasuah), dia adalah pencuri.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

“Sebagai seorang pekerja Muslim, kita perlu bersyukur atas anugerah pekerjaan yang kita ada sekarang. Tidak salah berusaha meningkatkan taraf hidup dengan mencari pekerjaan yang lebih baik namun ia bukan penyebab untuk kita bersikap acuh tak acuh dengan pekerjaan yang kita lakukan sekarang.

Setiap pekerja perlu berfikiran positif dan proaktif dalam menunaikan tanggungjawabnya. Apa saja perbuatan yang dilakukan, walaupun di luar pengetahuan majikan tetapi ia tidak sekali-kali berada di luar pengetahuan Allah,” katanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu di atas segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah, ayat 105).


 
Sumber : myMetro  Variasi  Ad Din
 

Thursday, February 16, 2012

~~ manusia itu tidak ada yang sempurna... ~~


"¸.•´¯) BELAJARLAH UNTUK SELALU MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...¸.•´¯)"
¸.•´¯) Kerana.... kadang2 10 kebaikan seseorang boleh kita terlupa hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua orang itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah untuk saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu yang indah :) ¸.•´¯)"
 
Sumber : Mencari Redha Allah


 

Tuesday, February 14, 2012

15 Kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak




“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran
Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW
diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.”
Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata :
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak ;

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak menakutkan anak2 dgn perkara2 yang tidak sepatutnya seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : 
 
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di
rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sama-samalah kita belajar…..




p/s : Ya Allah, berikanlah kejayaan buat anak-anakku, kejayaan yang cemerlang di dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Ya Allah, berikanlah kesihatan, akal yang cergas, kuat daya ingatannya dan sentiasa tenang dalam kehidupan mereka. Limpahkanlah rahmatMu kepada mereka dan semua rakan karib mereka di mana-mana saja mereka berada.


Monday, February 13, 2012

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati....          
                                               

Friday, February 10, 2012

~ mati itu PASTI ~

Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”
(Surah Jum’ah ayat 8 )

mati itu pasti…
cuma bila?
di mana?
bagaimana?
kenapa?
dan 
seumpamanya yang membezakan segalanya…

Sudah bersediakah kita???









Wednesday, February 8, 2012

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Yang Ketahui

SubhanaAllah…. Terbaca entry kat FB seorang kawan semalam…. jadi marilah kita baca sama-sama. Jom kita baca….


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.




Tuesday, February 7, 2012

"Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak"


"Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati"

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri.
Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala.
Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad SAW melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas.
Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.
Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?
Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak.
Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.
Kita sedang menuju ke suatu destinasi yang belum menjanjikan kebahgiaan yang abadi.
Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, samada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had.
Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.
Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan kubur".
Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.
Kita keseorangan sunyi tanpa teman dan keluarga.
Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka.
Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu.
Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Mereka yang banyak ketawa di dunia, nescaya banyak menangis di akhirat.
Saidina Ali senantiasa mengeluh..."Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan".
Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya.
Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24jam.
Dalam kita gembira, kita sering lalai, terlupa dengan Allah swt.
Berapa ramai antara kita yang senang masih mengingati Allah swt?

Kita tidak dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.
Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa berlebih-lebihan.
Sebaik-baik cara gembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW.
Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata,
"Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak".


 



Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...