Suka Entry Di Sini???

Thursday, March 8, 2012

Berita Harian Online | PM umum batal SBPA, SSM dikekal dengan ditambah baik

Berita Harian Online | PM umum batal SBPA, SSM dikekal dengan ditambah baik


2012/03/08

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini
mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya
berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia
(SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan
Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,
bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan
peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang
diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi
Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada
RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada
RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di
Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
--BERNAMA





                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...