Suka Entry Di Sini???

Friday, July 13, 2012

Teknik Laparoscopy


Untuk melihat macamana pembedahan Laparoscopy - ovarian cyst sila klik link dibawah.....






Pembedahan yang selalu digelar “teropong” ini dilakukan dengan membuat belahan kecil (0.5 cm) di abdomen. Tiga belahan atau “incision” dibuat dan pembedahan utama (major) boleh dilaksanakan melalui lubang-lubang ini. Belahan pertama dilakukan di pusat. Teropong atau laparoscope dimasukkan ke dalam abdomen dan kamera video diletakkan pada penghujung luar teropong ini. Gambaran dalam abdomen dilihat pada television dalam dewan pembedahan dan segala organ dapat dilihat dengan jelas kerana diperbesarkan.


Selepas laparoscope dimasukki melalui pusat, dua atau tiga belahan kecil lagi dibuat dibahagian bawah abdomen. Segala peralatan pembedahan dan jahitan akan dibuat melalui lubang yang dibentuk di abdomen ini.Pembedahan teropong ini membenarkan pembedahan yang sungguh jitu yang tidak dapat ditandingi oleh pembedahan biasa. Kejituan pembedahan jenis ini lebih ketara semasa pembedahan untuk senggugut, ketumbuhan, cyst dan kanser.

Sebagai perbandingan, laparotomy atau pembedahan biasa mengakibatkan belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang beasr ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa. Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang.

Kelebihan pembedahan laparoscopy berbanding dengan laparotomy jelas dilihat. Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan.

Jikalau kelebihan pembedahan laparoscopy sangat nyata, kenapakah pembedahan ini tidak begitu berleluasa? Ini ialah kerana pembedahan laparoscopy adalah susah dan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk mencapai tahap yang sewajarnya. Tambahan pada itu, peralatan yang digunakan adalah mahal dan tidak didapati di semua kebanyakan hospital. Pusat Pakar Wanita adalah hanya satu daripada beberapa pusat perubatan di negara ini di mana pembedahan ini dilakukan secara rutin.











Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...