Suka Entry Di Sini???

Tuesday, November 27, 2012

Himpunan Kata-Kata






Thursday, November 22, 2012

Doa Lembutkan Hati Anak

Baca ayat 200 Surah Al-Imran dan tiupkan pada muka atau dalam air untuk diberi minum pada anak. Ini akan melembutkan hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah dilakukan sendiri oleh ibu/bapa.

Amalkan setiap hari. Elok dibuat 3 kali atau lebih dan ditiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum tidur setiap hari.

*sumber : EKSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


" Mari buka buku baru dengan penuh cahaya keimanan dan semangat baru..... "


Tuesday, November 13, 2012

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.. Jawab angin yang goncang....

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Aku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok....

Watch "POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]" on YouTube


Thursday, November 8, 2012

Tahu tak kenapa Allah cipta ruang antara jari?....


Wednesday, November 7, 2012

AWAK sedang marah???

MARAH itu umpama API. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Kita masih memerlukan api sebagaimana kita memerlukan marah untuk mempertahankan maruah dan harga diri. Jangan sampai marah membakar diri. ITU BAHAYA!!!

URUS MARAH CARA RASULLULLAH
* waspada dengan sifat marah - Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah s.w.t. akan memanggilnya daripada kalangan pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga."

* membudayakan sifat pemaaf dalam diri.

* melatih fizikal untuk bertenang - Rasullullah s.a.w. menasihati para sahabat yang sedang marah agar duduk sekiranya ketika marah mereka berdiri. Sekiranya marah itu masih tidak hilang, Baginda s.a.w. menasihati para sahabat agar berbaring. Arahan itu sebenarnya adalah untuk memberi ketenangan kepada fizikal.

* berwuduk - Rasulullah s.a.w. menggalakkan sesiapa yang sedang marah agar bersegera mengambil wuduk. Ini kerana sifat air itu sendiri boleh menyejukkan darah yang sedang menggelegak kemarahan.

* menyibukkan diri dengan perkara lain

# tahukah anda, marah antara lubang yang paling mudah dimasuki syaitan. Seseorang yang sedang marah tidak mampu berfikir dengan waras... Jadi, jauhilah sifat marah....


Tuesday, November 6, 2012

~ALLAH MAHA MENGETAHUI ~


Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...