Suka Entry Di Sini???

Wednesday, November 7, 2012

AWAK sedang marah???

MARAH itu umpama API. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Kita masih memerlukan api sebagaimana kita memerlukan marah untuk mempertahankan maruah dan harga diri. Jangan sampai marah membakar diri. ITU BAHAYA!!!

URUS MARAH CARA RASULLULLAH
* waspada dengan sifat marah - Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah s.w.t. akan memanggilnya daripada kalangan pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga."

* membudayakan sifat pemaaf dalam diri.

* melatih fizikal untuk bertenang - Rasullullah s.a.w. menasihati para sahabat yang sedang marah agar duduk sekiranya ketika marah mereka berdiri. Sekiranya marah itu masih tidak hilang, Baginda s.a.w. menasihati para sahabat agar berbaring. Arahan itu sebenarnya adalah untuk memberi ketenangan kepada fizikal.

* berwuduk - Rasulullah s.a.w. menggalakkan sesiapa yang sedang marah agar bersegera mengambil wuduk. Ini kerana sifat air itu sendiri boleh menyejukkan darah yang sedang menggelegak kemarahan.

* menyibukkan diri dengan perkara lain

# tahukah anda, marah antara lubang yang paling mudah dimasuki syaitan. Seseorang yang sedang marah tidak mampu berfikir dengan waras... Jadi, jauhilah sifat marah....


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...