Suka Entry Di Sini???

Sunday, December 9, 2012

** jaga lidah kita **

Peringatan untuk kita sebagai ibu bapa...

Kadang² memang kita geram sangat dengan perangai anak² yang mungkin menyebabkan kita menjadi marah. Maklumlah penat balik kerja pulak tue, dengan masalah di ofis, masalah kewangan, masalah jem, risau mak ayah di kampung.

Seandainya di mulut kita, ingin terkeluar perkataan seperti

"Adik nie degil lah"
"Apasal la anak mak nie malas sangat!!"
"Bang**** punya budak, rosakkan telefon mak"
dan ayat² seumpamanya.

Cepat² kita beristighfar dan tukar kan ayat tadi dengan

"Pandainya abang, tapi org pandai hanya berjalan dalam rumah, tak berlari²"
"Kakak nie pandai betul jaga adik, cuba usap² kepala adik tue"
"Allah sayang kalau kita tidur awal"

Cakap macam ini lagi dan lagi, InsyaAllah anak2 kita akan menjadi seperti yang kita ingini.

Setiap kata2 ibubapa adalah doa buat anaknya. Jagalah lidah kita ^_^

Dipetik dari -->> Anakku Bijak Membaca :)

7 dosa lidah yang harus kita jauhi :

1.Lidah berdusta
2.Lidah menghancurkn hati
3.Lidah mengutuk
4.Lidah suka bergosip
5.Lidah suka bertengkar
6.Lidah memperkatakan perkataan yg sia-sia
7.Lidah membuat PerpecaHAn…….


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...