Suka Entry Di Sini???

Monday, December 24, 2012

Tanda-Tanda Suami Anda Sudah Mula Berhajat Untuk Memadukan Anda

1. Menjadi Panas Baran - Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3. Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat kpesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4. Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang -Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.

**mohon Allah jauhkan segala yg memudaratkan hubungan kami suami isteri, Aamiin

sumber : fb ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


2 comments:

  1. Panduan buat kita-kita yg bergelar isteri. Namun kalau ketentuan Allah telah tertulis di Loh Mahfuz apalah daya kita kan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...