Suka Entry Di Sini???

Wednesday, January 2, 2013

Back to school.....

~Doa buat anak2ku....~
… Buat anak2 mama tersayang…
Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… sesungguhnya doa mama sentiasa mengiringi kakak, adik dan baby. Mudah-mudahan berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat…
“Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah anak2ku Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… kekuatan serta semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap keputusan… permudahkanlah urusan hidup mereka dan jauhkanlah diri mereka dari sebarang kemudharatan, kelalaian dan kealpaan duniawi… Jadikanlah anak2ku Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… insan yang berjaya serta yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah juga mereka hambaMu yang soleh dan solehah dan sentiasa bersyukur kepadaMu.... aku berserah dan kepadaMu juga aku memohon pertolongan...
aminn ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...