Suka Entry Di Sini???

Wednesday, February 27, 2013

"8 Pintu Murah Rezeki"

"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..” ...

4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.

5. Jangan tidur selepas solat subuh.

6. Selalu baca doa Al-Waqiah.

7. Rezeki ada dalam perkahwinan.

8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya."


Sunday, February 24, 2013

:: Tegur menegur, ingat mengingatkan sesama kita... ::

Setiap orang yang menegur sepatutnya bersedia untuk ditegur. Namun.. tidak ramai yang mampu melakukannya... Hanya suka menegur tapi tidak suka pula apabila ditegur.. Jadi.. Sebelum nak menegur anggaplah teguran itu buat diri sendiri terlebih dahulu...

Apabila kita menuding jari pada kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari kita menuding kepada diri kita sendiri...

Fb : Cara Hidup Islam

Thursday, February 21, 2013

< siapakah yang enggan itu? >

Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam bersabda :  “Setiap ummatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan!” maka sahabat bertanya, siapakah yang enggan itu wahai Rasulullah? Nabi menjawab, “Siapa yang mentaatiku maka ia masuk syurga dan siapa yang tidak taat padaku maka dialah yang enggan”. (HR. Bukhari)

~ jujurkah kita ~

Assalamualaikum.....

Semoga hari ini kita terus dilimpahi rahmat-Nya dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Amin....

Wednesday, February 13, 2013

tanda-tanda seseorang itu terkena sihir

Berikut ini dikongsikan kandungan Kuliah Ustaz Shahul Hamid tentang bab sihir dan khurafat di Masjid al-Barakah, Tikam Batu pada 11 febuari 2013 yang lepas.

Antara isi-isi kuliah yang sempat saya catat seperti berikut :

Antara tanda-tanda seseorang itu terkena sihir ialah :

>> Lemah badan, dok tak dok rasa lemah, letih dan tak bermaya. Tapi kena tengok jugak lemah badan tu pasaipa?pasai kadang2 kencing manis pun boleh membuatkan badan lemah.

>> Takdak selera makan.

>> Muka jadi pucat lesi.

>> Badan jadi panas, pegang tang mana pun panas ja.

>> Menangis tanpa sebab yg munasabah. Dok tak dok menangis sorang2.

>> Dada jadi sebak. Sebak ni orang laki ada orang pompuan lagilah ada pasai org pmpuan ni sensitif lebih.

>> Kerap menguap. Kalau pukul 12 mlm menguap kira tu time pasal la munasabah mengantuk. Tapi ni dak, baru menguap, sat lagi menguap lagi dan lagi.

>> Malas bekerja. Baloq apa pun takmau buat. Jadi blur.

>> Rasa pusing.

>> Rasa sakit di tepi dan celah badan.

>> Sakit kepala yg bersangatan. Bertambah sakit lagi bila dibaca ruqyah.

>> Selalu muntah.

>> Badan menggeletaq. Terkena penyakit yg takdak ubat
berubat.

>> Gementaq hati.

>> Selalu belahak.

>> Tak istiqomah dlm membuat sesuatu.

>> Mudah marah, panas baran, bebal.

>> Mengabaikan tggungjawab thadap kerja, keluarga dan diri.

>> Berlaku perubahan tingkah laku yang pelik-pelik.

* Dinasihatkan agar waktu senja yakni waktu maghrib kita tak berada di luaq rumah. Apatah lagi berjalan2 membawa anak isteri kerana waktu tu waktu setan selalu kacau.

* Sebenaqnya hantu yang patut takut kepada manusia. Bukannya manusia takut kat hantu…

* Orang islam tak dibenaqkan berkawan dgn jin.

* Saka ialah warisan2 yg tidak elok peninggalan tok nenek dulu2.

* Nak belajaq silat boleh tapi kena pastikan takdak amalan2 khurafat dan songsang dlm ilmu silat tersebut seperti ilmu seru gerak atau pancung maya.

–> Ada lagi sambungannya tapi dek kerana tangan ni berasa malas nak taip, jadi takat ni dulu lah. Semoga bermanfaat nooo.

**Nota : Ustaz Shahul ialah orang Penang, itu pasai perkataan yang digunakan dalam tulisan ini pun ikut macam tu…

Sumber : Dari Facebook Saudara Zun Nuun

** rindunya nak cakap pelet Penang....

Monday, February 11, 2013

:: TARBIYAH DARI ALLAH ::

Ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap liku-liku dalam hidup ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekolah atau universiti pun. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Merasakan seakan-akan tiada jalan keluar dan tiada pengharapan lagi. Kita merasakan bahawa Allah tidak mendengar doa yang kita titipkan saban hari.

Sebenarnya, kita insan yang serba lemah ini, seringkali jahil dalam mentafsir bagaimana Allah memakbulkan doa yang pernah kita lafazkan.

Indahnya tarbiyah dari Allah. Yang jauh Allah dekatkan,yang lalai Allah ingatkan.

> Ketika aku memohon kekuatan, Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,

> Ketika aku memohon kebijaksanaan, Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,

> Ketika aku memohon kesejahteraan, Allah memberikan aku akal untuk berfikir,

> Ketika aku memohon keberanian, Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,

> Ketika aku memerlukan cinta, Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,

> Ketika aku memohon bantuan, Allah memberikan aku kesempatan,

> Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta, Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.

Wednesday, February 6, 2013

Bersyukurlah pada semua nikmat yang Allah beri sebelum ia ditarik balik satu persatu oleh Allah....


Bersyukurlah pada semua nikmat yang Allah beri sebelum ia ditarik balik satu persatu oleh Allah....


Fb : Mutiara kata renungan bersama

Tuesday, February 5, 2013

~ SEPOTONG AYAT, TERLUKA SEPANJANG HAYAT.. ~

Kadang-kadang.... kita tak sedar hanya dengan SEPOTONG AYAT, mampu membuat orang TERLUKA SEPANJANG HAYAT..

Maka, berhati-hatilah berkata.. Gunakan HAK BERFIKIR sebelum HAK BERSUARA... :)

**fikir dulu sebelum cakap... Luka dijari nampak dimata... Luka dihati tiada siapa yang tahu.....

Janganlah kamu PUKUL anak-anak kamu di sebabkan mereka MENANGIS.....

TANGISAN ANAK ADA RAHMAT NYA

Apabila anak kecil kadang suka menangis Maka janganlah kalian memukul mereka.. Mereka bukan menangis karena semaunya sendiri (suka-suka ). Melainkan mereka menangis karena TIGA perkara :

Dalam usia SETAHUN anak kita :

4 bulan pertama tangisan mereka adalah untuk MENTAUHIDKAN TUHAN NYA.

4 bulan kedua tangisan mereka adalah untuk BERSELAWAT kepada NABI nya.

4 bulan seterusnya tangisan mereka adalah untuk MENDOAKAN AYAH BUNDA MEREKA dan memohon AMPUN untuk kedua nya.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Janganlah kamu PUKUL anak-anak kamu di sebabkan mereka MENANGIS dalam masa setahun karena pada 4 bulan pertama dari lahir nya ia BERSYAHADAT LA ILAAHA ILLALLAH. Pada 4 bulan kedua ia berselawat ke atas ku . Dan 4 bulan seterusnya ia mendoakan kedua ibu bapa nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhu ).

Pada riwayat yang lain Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tangis anak di waktu kecil adalah pada 4 bulan pertama ia bertauhid dan 4 bulan kedua dia berselawat atas Nabi dan 4 bulan seterusnya ia beristighfar bagi ayah bunda nya.

Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu meriwayatkan bahwa : Bagida Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Anak-anak SEBELUM sampai BALIGH apa-apa yang di perbuat dari pada KEBAIKAN maka di tuliskan untuk diri nya dan untuk kedua ayah bunda nya. Dan apa-apa yang di perbuat nya daripada KEJAHATAN maka tiadalah di tuliskan untuk diri nya dan tidak juga untuk kedua ayah bunda nya.

Tetapi apabila telah BALIGH berlaku lah yang di tulis itu atas nya ia itu BAIK dan BURUK NYA.


Fb : "KATA-KATA HIKMAH"

Senyum.... Maaf....

~ BELAJAR TERSENYUM KETIKA TERLUKA, BELAJAR MEMAAFKAN KETIKA SAKIT.... ~

Saturday, February 2, 2013

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira. ♥

Suatu Hari di Bilik Kaunseling........

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira. ♥ ♥ ♥

♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ) Syukran ♥

** Lirik Lagu Sayang - Shae **

Lirik Lagu Sayang - Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

KITA MASIH BERBOHONG KEPADA DIRI SENDIRI

Renungan...

KITA MASIH BERBOHONG KEPADA DIRI SENDIRI...

Contoh bohong yg nyata...

✔ Kata yakin ALLAH Maha Pemberi, tapi kita kurang berdoa untuk minta bantuan daripada NYA...

✔ Kata nak hijrah diri tapi tidak mahu mengaku kelemahan dan kesilapan diri...

✔ kata ALLAH cipta kita dengan sempurna tapi tak yakin untuk berjaya...

✔ kata nak cuba sungguh2 tapi tak...

✔ Kata nak istiqamah tapi hangat2 tahi ayam...

✔ kata yakin kepada qada' & qadar, tapi masih lagi kecewa bila gagal...

✔ kata org Islam bersaudara, tapi masih benci, dengki, dendam dan tidak saling tolong menolong...

✔ kata sayang kepada pasangan, tapi tak pamer...

✔ kata nak jadi pemimpin, tapi tak pimpin keluarga untuk masuk syurga...

✔ kata bertawakkal kepada ALLAH, tapi masih berharap kepada manusia. Moga ALLAH bantu kita.

- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan

Friday, February 1, 2013

:: Rahmat Allah... ::






DIAM aku.....





                                                                                                                                                                                  
Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...