Suka Entry Di Sini???

Wednesday, February 13, 2013

tanda-tanda seseorang itu terkena sihir

Berikut ini dikongsikan kandungan Kuliah Ustaz Shahul Hamid tentang bab sihir dan khurafat di Masjid al-Barakah, Tikam Batu pada 11 febuari 2013 yang lepas.

Antara isi-isi kuliah yang sempat saya catat seperti berikut :

Antara tanda-tanda seseorang itu terkena sihir ialah :

>> Lemah badan, dok tak dok rasa lemah, letih dan tak bermaya. Tapi kena tengok jugak lemah badan tu pasaipa?pasai kadang2 kencing manis pun boleh membuatkan badan lemah.

>> Takdak selera makan.

>> Muka jadi pucat lesi.

>> Badan jadi panas, pegang tang mana pun panas ja.

>> Menangis tanpa sebab yg munasabah. Dok tak dok menangis sorang2.

>> Dada jadi sebak. Sebak ni orang laki ada orang pompuan lagilah ada pasai org pmpuan ni sensitif lebih.

>> Kerap menguap. Kalau pukul 12 mlm menguap kira tu time pasal la munasabah mengantuk. Tapi ni dak, baru menguap, sat lagi menguap lagi dan lagi.

>> Malas bekerja. Baloq apa pun takmau buat. Jadi blur.

>> Rasa pusing.

>> Rasa sakit di tepi dan celah badan.

>> Sakit kepala yg bersangatan. Bertambah sakit lagi bila dibaca ruqyah.

>> Selalu muntah.

>> Badan menggeletaq. Terkena penyakit yg takdak ubat
berubat.

>> Gementaq hati.

>> Selalu belahak.

>> Tak istiqomah dlm membuat sesuatu.

>> Mudah marah, panas baran, bebal.

>> Mengabaikan tggungjawab thadap kerja, keluarga dan diri.

>> Berlaku perubahan tingkah laku yang pelik-pelik.

* Dinasihatkan agar waktu senja yakni waktu maghrib kita tak berada di luaq rumah. Apatah lagi berjalan2 membawa anak isteri kerana waktu tu waktu setan selalu kacau.

* Sebenaqnya hantu yang patut takut kepada manusia. Bukannya manusia takut kat hantu…

* Orang islam tak dibenaqkan berkawan dgn jin.

* Saka ialah warisan2 yg tidak elok peninggalan tok nenek dulu2.

* Nak belajaq silat boleh tapi kena pastikan takdak amalan2 khurafat dan songsang dlm ilmu silat tersebut seperti ilmu seru gerak atau pancung maya.

–> Ada lagi sambungannya tapi dek kerana tangan ni berasa malas nak taip, jadi takat ni dulu lah. Semoga bermanfaat nooo.

**Nota : Ustaz Shahul ialah orang Penang, itu pasai perkataan yang digunakan dalam tulisan ini pun ikut macam tu…

Sumber : Dari Facebook Saudara Zun Nuun

** rindunya nak cakap pelet Penang....

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...