Suka Entry Di Sini???

Tuesday, May 28, 2013

Tips anak soleh

Friday, May 24, 2013

Sakit itu PEMBERSIH DOSA...


Sakit itu pembersih dosa jika kita ikhlas... Namun jika tidak ikhlas akan menambahkan dosa kita.....

Thursday, May 23, 2013

Wajah yang "kotor" tidak akan menyakitkan hati seseorang tapi lidah yang "kotor" pasti akan menyakitkan hati seseorang

Wajah yang "kotor" tidak akan menyakitkan hati seseorang tapi lidah yang "kotor" pasti akan menyakitkan hati seseorang.

Tuesday, May 21, 2013

Pelangi.....





Monday, May 20, 2013

Rindunya.... "PAK"..


Tiba2 terasa sayu sebak rindu menyapa diri apabila terbaca satu post dari rakan fb......


~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..



~sumber dari facebook saudara seislam~


** alfatihah buat aruah pak.. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yg terpilih....


Wednesday, May 15, 2013

~ Senyum Selalu ~

Assalamualaikum.......

Mulakan pagi ingin dengan senyuman & Bismillah.. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar, dan semoga hari ini akan berakhir dengan senyuman yang indah.. Alhamdulillah…..
  

Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Senyum Selalu :)











Friday, May 10, 2013

Bulan Rejab



Doa utk bulan Rejab....marilah sama2 amalkan


 Hayatilah kelebihan di bulan Rejab.

Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah..

 










Thursday, May 9, 2013

~cara tunjuk jari yang betul~ SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!



Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
 
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

~sumber dari facebook saudara seislam~




 










Monday, May 6, 2013

INFO RASA : KHASIAT BUAH DELIMA





Buah delima sangat sedap dimakan dan menganti pelbagai khasiat. Antar khasiat yang terkandung dalam buah delima ialah:


1. ANTIOKSIDAN
Buah delima mengandungi jumlah antioksidan dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan manusia. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.


2. BAIK UNTUK JANTUNG
Buah delima dapat melindungi jantung. Kajian menunjukkan jus yang terhasil dari buah delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.


3. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Buah delima juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana antioksidan dalam buah delima dikatakan dapat mengurangkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).


4. MENCEGAH KANSER
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Sebagai contoh:
a)      Jus buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel-sel
kanser payudara.
b)      Ekstrak biji delima dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali
menjadi normal.
c)       Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser
prostat.


5. KAYA VITAMIN C

Selain sedap, buah delima juga kaya dengan Vitamin C. Sebiji buah delima boleh menyumbangkan kira-kira 40 % jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan manusia dewasa. Selain itu ia juga kaya dengan folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
  
~sumber dari facebook saudara seislam~

















Friday, May 3, 2013

~setitis air mata ibu mungkin boleh menjadi air dingin yanag memadamkan api neraka....


"Hargai lah ibu anda dan sayangilah ibu anda tika hayat mereka masih ada.."

 

 Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).[Luqman 31:14]


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]



** mak.... ampuni anakmu ini.....















“Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"


  • Imam Ghazali“Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"     
  •  
  • Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang   
  •  
  • Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri 
  •  













Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...