Suka Entry Di Sini???

Monday, May 6, 2013

INFO RASA : KHASIAT BUAH DELIMA





Buah delima sangat sedap dimakan dan menganti pelbagai khasiat. Antar khasiat yang terkandung dalam buah delima ialah:


1. ANTIOKSIDAN
Buah delima mengandungi jumlah antioksidan dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Antioksidan berfungsi melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan manusia. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.


2. BAIK UNTUK JANTUNG
Buah delima dapat melindungi jantung. Kajian menunjukkan jus yang terhasil dari buah delima mampu mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok.


3. MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Buah delima juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana antioksidan dalam buah delima dikatakan dapat mengurangkan kadar LDL (kolestrol jahat) dalam badan dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).


4. MENCEGAH KANSER
Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Sebagai contoh:
a)      Jus buah delima dapat mencegah dan menghancurkan sel-sel
kanser payudara.
b)      Ekstrak biji delima dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali
menjadi normal.
c)       Membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser
prostat.


5. KAYA VITAMIN C

Selain sedap, buah delima juga kaya dengan Vitamin C. Sebiji buah delima boleh menyumbangkan kira-kira 40 % jumlah vitamin C yang diperlukan oleh badan manusia dewasa. Selain itu ia juga kaya dengan folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
  
~sumber dari facebook saudara seislam~

















No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...