Suka Entry Di Sini???

Friday, June 28, 2013

Pengorbanan Seorang wanita Yang Bergelar Ibu.



** hargailah ibu kita.....  


UBAT PENYAKIT SOMBONG...



✔ Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita.


✔ Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan nak lebih lagi.


✔ Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran ALLAH SWT. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononya bagus.


✔ Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah ALLAH SWT. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita menghidap penyakit "syirik kecil". Na'uzubillah.


✔ Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. Biasanya kalau dah popular nanti pandang rendah terhadap orang lain.


✔ Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati. Biasanya kalau tak ada rasa belas nanti sifat zalim pula yang datang.


✔ Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita hilang kawan atau tiada kawan langsung.



 




sumber : ISLAM @ Rahsia Perkahwinan














Friday, June 21, 2013

~SEMBAHYANG MEMADAMKAN DOSA-DOSA KECIL ~

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu,selagi dia tidak melakukan dosa besar.
(Riwayat Muslim)

Sumber : Dakwah With Fb Crew

Wednesday, June 19, 2013

@~ jagalah lidahmu ~@


KERANA LIDAH...


=>> KERANA LIDAH Adik beradik bergaduh,
=>> KERANA LIDAH sahabat menjadi musuh,
=>> KERANA LIDAH bisa berdusta,
=>> KERANA LIDAH badan binasa,
=>> KERANA LIDAH juga kita berdakwah,
=>> KERANA LIDAH kita bercakap benar,
=>> KERANA LIDAH kita berukhwah,
=>> KERANA LIDAH kita memuji Allah,


LIDAH walaupun lembut tidak bertulang,peranannya hebat sekali...boleh MENDAMAIKAN dan boleh MEMPORAK-PERANDAKAN..boleh MEMPESONA dan boleh MELIARKAN..boleh MENGHASUT dan boleh MEMUJUK..maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..~~


Sumber : MARI BERKONGSI ILMU

Tuesday, June 18, 2013

:: Jangan Sesekali Melukai Hati Seorang Ibu ::


PESANAN BUAT ANAK-ANAK YANG DISAYANGI...

:: Jangan Sesekali Melukai Hati Seorang Ibu ::

"Jika seorang anak terluka hatinya, maka perasaan itu tidak akan menghalang ibunya dari masuk ke syurga.... Akan tetapi jika seorang ibu terluka hatinya, pasti perasaan itu akan mengheret anaknya masuk ke dalam neraka....."

** mak... Maafkan anakmu ini andai pernah menyakiti hatimu....

Monday, June 17, 2013

~My 3 Series Birthday GIVEAWAY By ApenIdaRiana

 

Tarikh tutup adalah 28 Jun ini..

















Hadiah-hadiahnya merupakan : 

1) Wallet x 1 by ApenIdaRiana


Hadiah-hadiah daripada sponsor pula

1) 1 set fridge magnet dari Pulau Langkawi X 1 by Mrs Upham

2) Wallet X 1 by Myra Mokhtar
3) Buku Resepi Kek & Biskut X 1 by Hanisah
4) Tudung bawal 3 tone & brooch X 1 by Firzara
 
Giveaway ini bermula dari 10 Jun 2013 dan berakhir pada 28 Jun 2013.  So, apa tunggu lagi.  Jom sama-sama join GIVEAWAY ini.  Semoga mendapat sambutan daripada anda semua.  Sekian...





Sunday, June 16, 2013

Ajaibnya sentuhan... Keajaiban Di Sebalik Pelukan Terhadap Anak

1) Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak.

Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui sentuhan seperti pelukan dari seorang Ibu kepada anak, ianya akan mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.

2) Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukan akan mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukan akan memberi kestabilan emosi dan 12 kali pelukkan akan membantu perkembangan psikologi seseorang.

Pelukan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang sihat buat anak-

3) Pelukan juga dapat memberikan suntikan motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan berada di dalam kesedihan.

Daya sentuhan akan menghasilkan ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar daripada zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukan ibu kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut.

4) Pelukan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukkan akan lebih aktif mempamerkan potensi mereka samada di sekolah mahupun di rumah.

Keyakinan diri mereka berkembang elok melalui hasil pelukan yang diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba.

Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin diri yang tinggi di dalam diri mereka.

5) Hasil pelukan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 9 tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tangungjawab untuk memimpin yang dinamakan ‘khalifah’ di muka bumi ini.

Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan terhadap mereka.

Semoga kita dapat jadikan rutin memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti wajib kita setiap hari. Inilah yang dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak.

Sumber : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

Saturday, June 15, 2013

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Sumber : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

Doa Untuk Menangani Anak Nakal

1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar-baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
" Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud
     "wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."


Tuesday, June 11, 2013

Doa Untuk Anak-Anak

Ya Allah, Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah, Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Tanda2 Rezeki Yang Berkat...

Tanda2 Rezeki Yang Berkat....

Setiap manusia rezeki tak sama..

Nasihat untuk isteri

Nasihat untuk para isteri... dan diri sendiri....
Nasihat untuk isteri
1. Jangan membiarkan suami anda memandang dalam keadaan anda tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.
2. Hendaklah senyum itu senantiasa menghiasi bibirmu setiap anda dipandang oleh sang suami.
3. Perbanyaklah mencari keredhan suami dengan mentaatinya, sejauh mana ketaatan anda kepada suami, sejauh itu pulalah dia merasakan cintamu kepadanya dan dia akan segera menuju keredhaanmu.
4. Pilihlah waktu ynag tepat untuk meluruskan kesalahan suami.
5. Jadilah anda orang yang lapang dada, janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami anda kepada orang lain.
6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang anda miliki, janganlah berusaha melukai perasaannya.
7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.
8. Jangan engkau benarkan ucapan negatif dari orang lain tentang suamimu.
9. Upayakan untuk tampil di depan suamimu dengan perbuatan yang disenanginya dan ucapan yang disenanginya pula.
10. Berilah pengertian kepada suami anda agar dia menghormatimu dan saling menghormati dalam semua urusan.
11. Anda harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.
12. Janganlah anda menampakkan kejemuan padanya, jika terjadi kekurangan material/kebendaan Ingatlah bahwa apa yang ia berikan kepadamu sudah lebih dari cukup.
13. Biasakanlah anda tertawa bila ia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Karena bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.
14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.
15. Janganlah banyak mengingatkan bahwa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika anda tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.
16. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami anda dan ia tidak suka melihatnya.
17. Jangan lupa bila anda melihat suami anda solat sunnah di rumah, hendaknya anda berdiri dan ikut solat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.
18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan pribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.
19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.
20. Janganlah anda mengerjakan shaum sunnah kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah kecuali dengan sepengetahuannya.
21. Jagalah rahasia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.
22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahwa anda lebih tinggi derajatnya dari derajat suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.
23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka anda punya kewajiban untuk menjenguk bersamanya.
24. Sesuaikanlah peralatan rumah tangga anda dengan barang-barang yang disenangi suami anda.
25. Jangan sampai anda meninggalkan rumah meskipun sedang bertengkar dengannya.
26. Katakanlah kejemuan dan kebosananmu ketika ia sudah meninggalkan rumah.
27. Terimalah udzurnya ketika ia membatalkan janjinya untuk keluar bersamamu, karena mungkin ia terpaksa memenuhi panggilan orang yang datang kepadanya.
28. Hindari sifat cemburu, sesungguhnya cemburu adalah senjata penghancur.
29. Janganlah mengabaikan pemimpinmu (suami) dengan alasan bahwa ia telah menjadi suamimu.
30. Janganlah anda berbicara dengan sang suami, seakan-akan anda suci dan dia berdosa.
31. Jagalah perasaannya, jangan gembira ketika dia sedang sedih dan jangan menangis ketika dia gembira.
32. Perbanyaklah menyebut-nyebut keutamaan suami di hadapannya.
33. Perlihatkan kepada suamimu bahwa anda turut merasakan apa yng dirasakan sang suami tatkala ia tidak berhasil mencapai maksud dan tujuannya.
34. Perbaharuilah (tekad suami) ketika terjadi kegagalan.
35. Jauhilah sifat dusta karena hal itu akan menyakitkannya.
36. Ingatkanlah selalu pada suamimu bahwa anda tidak tahu (bagaimana nasib anda) seandainya anda tidak dipersunting olehnya.
37. Ucapkanlah rasa syukur dan terima kasih pada waktu ia memberikan sesuatu kepadamu.
sumber : "Nasehat kepada para Muslimah", Majdi as-Sayyid. Penerjemah:Muzaidi Hasbullah
Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...