Suka Entry Di Sini???

Wednesday, July 31, 2013

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa

AYAH TIDAK PERNAH MEMINTA UNTUK DIBALAS AKAN JASANYA...

Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa hari lepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...aku adalah satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebelahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

Pakaian "uncle" ni sedikit lusuh...berkerut muka menahan bahang matahari...tetap setia menanti...beberapa minit kemudian seorang kanak2 perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh..."uncle" tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar...dicurah perlahan2 di tempat duduk...pelik...kenapa pula tu..? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal...di ambil dilap perlahan2 pada tempat duduk yang telah dibasahi...baru "kepelikan" aku terjawab ketika itu....demi keselesaan tempat duduk...dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas...walaupun membonceng motorsikal...tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan...Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.

MORAL OF THE STORY... Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.

Renungkanlah... Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.

Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. Insya ALLAH...Doa anak -anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana...

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya." - Hadis Riwayat Muslim

Diadapatasikan semula oleh RP daripada penulisan Mohamad Azhan

AYAH & ANAK @ Rahsia Perkahwinan

Tuesday, July 30, 2013

~ jaga hati sendiri ~





Belajarlah menjaga hati sendiri terlebih dahulu….
sebelum kita mengharapkan
orang lain menjaga hati kita….

Kerana orang lain takkan fikir apa
yang kita faham dan orang lain
takkan faham apa yang kita fikir….




Sunday, July 28, 2013

Mencari malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi –1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Sumber : http://www.myberita.net/petua-imam-ghazali-mencari-lailatul-qadar/

Wednesday, July 24, 2013

ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT...

Nukilan Puan Haslina Mohamad

Sebaik suami berangkat ke tempat kerja, saya pula meneruskan pekerjaan saya.Segala kudrat saya tumpahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, membasuh, mengasuh anak-anak dan sebagainya. Inilah rutin saya.Sudah hampir 4 tahun saya memgang jawatan ini.Dan semakin hari saya sayang akan jawatan ini. Kerana sememangnya jawatan ini sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Sayalah yang menjadi pengurus, akauntan, kerani, tukang bersih, pengasuh, jururawat, guru..semuanya saya yang lakukan sendirian setelah suami keluar bekerja.

Anak-anak pula adalah rakan sekerja saya. Masing-masing punya kerenah yang perlu saya tangani. Saya akui, adakala merasa kelam kabut juga.Masa juga sangat terhad untuk diri sendiri. Tapi tetap seronok melihat anak-anak membesar depan mata.Segala penat bagai terbang melayang bila melihat keletah anak-anak. Apalagi bila melihat wajah suami ceria kerana makan pakainya siap tersedia.Anak-anak pula sudah siap mandi dan bersih untuk didakap setiap kali pulang kerja.Mungkin hilang kepenatan seharian bekerja barangkali.

Kerana itu saya aturkan jadual untuk diri dan anak-anak.Jadual tidaklah ketat, terpulang yang mana hendak didahulukan melalui kreativiti sendiri.Termasuk mencipta permainan bersama-sama anak2.Agar di merasa "berkawan" di rumah.Agar minda dan pemandangan kecil mereka terangsang dengan pembelajaran baru setiap hari.Insyaallah...

Menjadi ibu dan isteri.. Sebenarnya, sangat seronok menjadi seorang ibu dan isteri.Pengalaman ini sungguh mengujakan bagi seseorang yang bernama wanita.Banyak pahala dan ganjaran yang tidak kita sedar melalui status ini.

Dan yang penting, siapa pun kita, setinggi mana pun ilmu atau jawatan kita, suami dan anak-anak tetap menjadi keutamaan selepas kasih kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW... Kerana walaupun pada asalnya, kita adalah kaum yang lemah.Tetapi kita masih punya kudrat untuk mencurahkan tenaga sebagai tulang belakang buat suami dan anak-anak.

Kitalah "orang yang hebat itu".Yang menggunakan kudrat yang tidak seberapa bekerja di "belakang tabir. Yang menumpahkan segala kasih sayang dan perhatian untuk orang-orang tersayang.Yang mengorbankan keinginan nafsu setiap hari.Yang besabar dalam melakukan kerja-kerja harian dan kerenah anak-anak.Insyaallah..

Apalagi kepada ibu-ibu yang bekerja. Mereka keluar sama-sama mencurahkan tenaga bekerja demi membantu suami.Bangun seawal pagi dan pulang sewaktu matahari sudah terbenam. Di rumah pula, ada kerja yang menunggu.Ada kerja yang perlu beres. Ada suami yang perlu dilayan. Ada anak-anak yang perlu diperhatikan.

Sungguh!! Ia sangat memenatkan.Tetapi, kudrat lemah dikuatkan juga. Kadang-kadang mengeluh kepenatan. Adakala menangis sendirian...

Dan kerana itu, saya kagum dengan ibu-ibu ini.......

Ya..ianya tidak mudah.....

Seperti saya, sepanjang masa di rumah.Kerja-kerja saya dapat dibereskan awal. Walaupun tidak bergaji, saya merasa puas. Walaupun mungkin tidak semewah mana, hati tetap merasa gembira.

Saya anggap pencapaian anak-anak dari segi akhlak, pelajaran dan yang penting penerapan nilai-nilai islam kepada diri mereka adalah hadiah buat saya. Dan tentunya ia lebih besar dari gaji yang saya dapat setiap hujung bulan.Meskipun lambat melihat hasilnya, saya tetap menunggu.

Walaupun sebenarnya ini bukanlah eksperimen. Tapi saya ingin melakukan yang terbaik. Itulah azam saya setiap hari.Dan lain-lain itu saya serahkan kepada ALLAH...

'ANAK DAN SUAMI YANG HEBAT DATANG DARI IBU DAN ISTERI YANG HEBAT "

Inilah kata-kata motivasi saya. Saya yakin ianya sesuai untuk ibu dan isteri dalam menentukan pencapaian dalam hidup ini.Kita tidak semestinya perlu menonjolkan diri untuk jadi hebat.Cukup sahaja menjadi orang yang dibelakang tabir.

Moga2 kita menjadi isteri dan ibu yang hebat itu...amin...

Tuesday, July 23, 2013

YA ALLAH.... Gerakkanlah hatiku ini....

YA ALLAH....
Gerakkanlah hatiku ini
agar sentiasa bertaubat kepada-Mu
serta
peliharalah hati dan diriku
agar tidak tenggelam, hanyut
dalam dosa-dosa yang
menggekapkan hati...
Aminnn.....

Monday, July 22, 2013

** 7 PENYAKIT HATI **

1-Suka dipuji = SUM'AH.
2-Suka berbangga diri = TAKBUR
3-Suka pandang rendah kpd org lain = SOMBONG.
4- Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ.
5- Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK.
6- Suka sakit hati terhadap nikmat org lain = BUSUK HATI / DENGKI.
7- Suka berfikiran negatif terhadap org lain = BURUK SANGKA.

(Ustaz Mohd Izhar Ariff)

Sunday, July 21, 2013

Ujian itu tanda ALLAH sayang pada kita...

Selalu ada wanita mengadu masalah hidup yang tidak berhenti. Hidup seperti tiada jalan keluar dan buntu. Bala dan musibah tidak berhenti. Masalah suami, ibubapa, anak-anak, tempat kerja, duit dll.

Tanya saya pada mereka semua yang berlaku itu bala malapetaka semata-mata atau ujian?

Jawab mereka ujian ALLAH.

Apa tujuan ujian dan peperiksaan diadakan. Untuk membaikkan hidup, memberi kesenangan dalam hidup, mendapat Redha ALLAH. Memberi kehidupan yang bahagia. Maknanya kita semakin maju dalam hidup.

Jadi ujian itu tanda ALLAH sayang pada kita.

Samalah sudah pasti setiap ujian yang berlaku untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, baiki diri kita, tingkatkan dakwah...tambah menangis demi Islam.

Kita boleh pilih untuk menjadikan ia ujian atau bala semata-mata

InsyaALLAH kehidupan kita jadi baik. Yang membaikkan kehidupan kita ialah ALLAH. Tugas kita menjadi hamba yang syukur dan berusaha keras dengan hati yang penuh pergantungan kepada ALLAH. ALLAH janji ketenangan dan kebahagiaan dan kelapangan untuk mereka yang dekat padanya

- Ustaz Ebit Lew

Saturday, July 20, 2013

Anugerah Ilahi...



Friday, July 19, 2013

Segan + malu = malas


"Bekerjalah kamu seolah2  kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari"......

Apabila perasaan segan dan malu menguasai diri... Maka wujudlah sikap pemalas dalam diri... Macam mana  kehidupan kita nak berubah jika kita lebih selesa dengan berehat2 dan bersenang2....

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'du:1)

Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya...



Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam....




Peraturannya sangat mudah. Bila menghina orang lain, tidak menjadikan kita lebih mulia. Dan bila kita muliakan orang lain, tidak pula menjadikan kita hina.



Kenapa kita mudah benar memandang rendah terhadap orang lain. Tak kiralah dari segi apa sekalipun. Mungkin kita fikir kita lebih pandai, lebih kaya, lebih berilmu atau lebih alim. Namun sedarkah bahawa semua kelebihan itu tidak menuntut untuk merendahkan orang lain. Usahkan melalui kata-kata yang kita hamburkan atau tingkahlaku kita tunjukkan malah lintasan hati yang merasakan kita lebih baik dari orang lain. Semua itu bentuk ‘penghinaan’ terhadap orang lain.


Dalam hati kita ini pusat kebaikan atau mahmudah mahupun keburukan atau mazmumah. Ia mengikut apa yang kita tanamkan dalam diri kita. Bila hati kita baik, tingkahlaku dan sangkaan kita baik-baik belaka. Bila hati kita dihinggapi keburukan, tingkahlaku dan sangkaan kita buruk-buruk pula.


Mungkin kita terlalu yakin bahawa kita mampu melalui apa yang diuji ke atas individu lain. Namun tidak semudah itu. Bila kita tak diuji sedemikian, sebenarnya kita tak mampu.


Allah menguji hamba-Nya mengikut apa yang mampu ditanggung oleh mereka.


Bila kita meletakkan diri kita dalam kedudukan lebih tinggi dari orang lain, kita sangat lupa bagaimana semua itu boleh berubah sekelip mata. Apa yang kita ada atau miliki, semuanya milik Allah. Jika Dia menghendaki semua itu hilang, bagaimana agaknya kita?


Akhirnya, semua ini peringatan bersama. Jika ada rasa kita lebih mulia dari orang lain, berhati-hatilah. Allah mengurniakan semua itu untuk kita syukuri. Bukan untuk memandang rendah orang lain.


Ingatlah bahawa bila menghina orang lain, tidak menjadikan kita lebih mulia. Dan bila kita muliakan orang lain, tidak pula menjadikan kita hina.


Waallahualam…


Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Ameen…



kredit kepada: citratus.blogspot.com








Tuesday, July 16, 2013

Air tangan ibu...

Renungan...

"Apabila seorang ibu memasak dengan perasan kasih sayang disertakan lagi dengan bacaan Bismillahirrahmanirahim dan selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW maka keberkatan dalam makanan tersebut akan menyerap darah daging si anak dan si suami. Daging yang tumbuh dan darah yang mengalir hasil dari air tangan ibu ini akan melahirkan rasa kasih sayang anak dan suami terhadap si ibu/isteri tanpa dipaksa-paksa. Anak-anak juga akan lebih mudah dididik dan diasuh.

Memang benar kata orang-orang tua “Air tangan isteri, boleh mengikat suami” bahkan bukan sahaja suami malah anak-anak juga mudah dididik menjadi anak-anak yang patuh." - Ibuaiman

RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan

Monday, July 15, 2013

TIP MENDIDIK ANAK ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Salah satu kelemahan yang nyata dikalangan anak-anak hari ini adalah kelemahan berfikir. Mereka lebih suka disogokkan dengan ilmu dan tidak mahu berfikir.

Berfikir itu sebenarnya satu tabiat, dan tabiat perlu dibina. Kalau anak-anak tidak mahu berfikir, ia berpunca daripada kita ibu bapa yang tidak mendidik mereka agar mahu dan suka berfikir.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan anak-anak yang usia kecil agar terbentuk tabiat berfikir:

1) Jangan sekadar bertanya soalan 5+3 = ?

Tetapi tanyalah soalan ? + ? = 10 misalnya. Dengan cara ini dia akan memberikan lebih daripada satu jawapan.

2) Jangan sekadar tanya anak, macam mana eja 'KERUSI'?

Tetapi sebaliknya berikan mereka 10 huruf misalnya BHAEIRUSTK dan minta dia eja seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini otaknya ligat berfikir.

3) Kurangkan membeli mainan yang sudah siap, sebaliknya berikan dia mainan yang perlu dipasang. Permainan seperti LEGO sangat baik tetapi mahal. Oleh itu boleh berikan dia bongkah-bongkah kayu atau kotak-kotak dan suruh dia bina apa sahaja dengannya.

Cukup dahulu buat kali ini. Selamat mendidik.-Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

-sama sama kongsi-

TIP MENDIDIK ANAK ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Salah satu kelemahan yang nyata dikalangan anak-anak hari ini adalah kelemahan berfikir. Mereka lebih suka disogokkan dengan ilmu dan tidak mahu berfikir.

Berfikir itu sebenarnya satu tabiat, dan tabiat perlu dibina. Kalau anak-anak tidak mahu berfikir, ia berpunca daripada kita ibu bapa yang tidak mendidik mereka agar mahu dan suka berfikir.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan anak-anak yang usia kecil agar terbentuk tabiat berfikir:

1) Jangan sekadar bertanya soalan 5+3 = ?

Tetapi tanyalah soalan ? + ? = 10 misalnya. Dengan cara ini dia akan memberikan lebih daripada satu jawapan.

2) Jangan sekadar tanya anak, macam mana eja 'KERUSI'?

Tetapi sebaliknya berikan mereka 10 huruf misalnya BHAEIRUSTK dan minta dia eja seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini otaknya ligat berfikir.

3) Kurangkan membeli mainan yang sudah siap, sebaliknya berikan dia mainan yang perlu dipasang. Permainan seperti LEGO sangat baik tetapi mahal. Oleh itu boleh berikan dia bongkah-bongkah kayu atau kotak-kotak dan suruh dia bina apa sahaja dengannya.

Cukup dahulu buat kali ini. Selamat mendidik.-Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

-sama sama kongsi-

Sunday, July 14, 2013

Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami.

** copy & paste dari fb. ingin sekali mengetahui macamna keadaan si suami ni sekarang...

Andai ini takdirku..
---------------------

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah payu dara....dia dah mula cari spare tyre, dapat plak student IPTA..muda lagi. wife dia kena buang sebelah payu dara...kawan saya ni dah geli untuk bersama dengan wifenya. Bulan 12 tahun lepas, kawan saya kahwin dengan 2nd wife dia yang baru berumur 21 tahun....

Masa cuti Thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1. Dan yang paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed room..untuk beri laluan kepada wife no.2...kejam. Memang kejam !!

Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yang halau wife no.1 keluar bilik. Walaupun tindakan dia kahwin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.

Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dengan dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah - we all sama-sama beli rumah masa bujang. Saya cakap sampai hati dia buat macamtu kat wife no.1, dia marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jangan campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...

Saya ada jugak suruh dia asingkan dua dua isteri...tapi dia tak nak...dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar Tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.

Kawan saya tu sebaya dengan saya. Umur 35 tahun. Wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kami. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu...lepas tu, dah jodoh, dia orang kahwin..

Mungkin sebab perbezaan umur yang perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yang buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah sekarang supaya jadi macam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.

Saya memula tak tahu jugak yang kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal bersama wife no. 1. Tapi, bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju-baju wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...

Kat bawah...saya tengok...anak-anak dia yang 4 orang tu dengan maid...menangis pungut baju mak dia...kawan saya menjerit-jerit dari atas balconi..cakap. .. "kau orang cakap dengan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jangan lawan cakap papa..."

Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia bila dengar papa dia cakap camtu. Anak-anak no.1 & 2 perempuan, 3 & 4 lelaki. Saya rasa, tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama-sama dengan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama-sama pergi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing-masing dulu...

-----------------------------------------------------------------------
Maaf. Lama saya tak sambung cerita pasal kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri arwah wife no.1 kawan saya tu.

Arwah baru sahaja meninggal dunia pada hari sabtu 250103...sedangkan suaminya -rakan baik saya tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 di France . Rakan saya sudah berlepas pada malam 240103 lagi.

Apabila saya balik ke rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport Changi, maid arwah call mengatakan yang arwah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..untuk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi ke hospital.. .dengan kepayahan, arwah mencium dua anak kembarnya (no.3,4) yang berusia 3 tahun yang sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yang berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yang dia akan pergi..

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan, arwah berpesan pada saya supaya tolong tengok-tengokkan anaknya...

Saya masa tu, hanya meninggalkan pesanan sms kat rakan saya yang isteri dia sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abang arwah yang berada di Kluang supaya datang segera. Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak & ayahnya sudah tiada.

Semasa di hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jangan lakukan rawatan yang teruk-teruk kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis 2 3 hari ni.

Masa abang arwah sampai dari Kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abang arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi buat selamanya. dan abang arwah yang membuat keputusan agar jenazah arwah segera dikebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

Saya dengan abang arwah yang sibuk menguruskan urusan untuk mengeluarkan jenazah. Banyak perkara yang saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital untuk mengeluarkan jenazah dan juga urusan-urusan lain.

Alhamdulilah.. untuk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. malam tu, saya dan abang arwah tidak tidur.

Dalam pukul 10 lebih, 250103, pagi, barulah jenazah arwah dapat dibawa ke rumahnya dan selepas zuhur, jenazah arwah selamat dikebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah dibawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian. dalam kepala saya masa tu tak ada fikir untuk marahkan rakan saya tu, hanya yang terlintas untuk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

Masa jenazah di rumah, anak-anak arwah yang no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yang kembar tu..sibuk bertanya ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ ‘’kenapa mama tidur kena tutup.. ??’’ sedih. sedih sangat saya ketika itu. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi air mata saya menitis juga. saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM. masa tu, saya dan rakan saya sama-sama belajar di sana. masa form 4 lah, rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwahlah yang selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas SPM, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

Masa pengebumian, saya antara yang menyambut jenazah dari dalam lubang kubur untuk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang merenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak-anak arwah yang kembar hanya memandang sahaja. Tetapi, bila tanah ditimbus menutupi jasad mamanya, barulah yang kembar itu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.

Suami arwah akan kembali pada hari rabu 290103. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat-empat anak arwah tidur bersama-sama saya...mereka rindukan arwah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan, budak-budak tu selalu je mengigau bila tidur. Mereka akan memanggil ‘’mama...mama...mama...’’ dan saya terpaksa memujuk dengan mengatakan.. ..shhh.. senyap.. senyap sayang...papa ada..papa ada sini..dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yang masih bernafas di bumi ini untuk arwah mamanya...

P/S : Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki yang bergelar suami. Setiap yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita, tak kiralah sempurna atau tidak pada pandangan mata, ia adalah anugerah, amanah yang tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila-bila, bukan untuk dibuang bila dah "tak berguna"..

SHARE UTK SALING INGAT MENGINGATI

Friday, July 12, 2013

~@ muslimah sejati @~


~Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, namun sejauh mana ia mampu menjaga tubuhnya dengan menutup aurat agar tak sembarang orang melihatnya..

~Muslimah sejati bukan dilihat dari banyaknya berbuat kebaikan,namun dari keikhlasan karena mengharap ridho Allah semata..

~Muslimah sejati bukan dilihat dari indahnya lantunan suara,namun sejauh mana ia mampu menjaga lisan agar tak banyak orang tersakiti olehnya..

~Muslimah sejati bukan dilihat dari bagusnya mutiara kata yang ia rangkai,namun sejauh mana ia mampu menyelaraskan antara ucapan dan perbuatan..

~Muslimah sejati bukan dilihat dari tingginya ilmu yang dimiliki,namun sejauh mana ia mampu memanfaatkan ilmu baik untuk diri dan sesama..

~Muslimah sejati bukan dilihat dari banyaknya pria yang memuja dan mencintainya,namun sejauh mana ia mampu menjaga kehormatannya serta mempertahankan cinta sucinya hanya untuk kekasih halalnya..

~Saudariku..jadilah wanita yang anggun dan mampu menjaga harga diri niscaya kita akan lebih dihormati.Nilai kita bukan terletak dari bagusnya tubuh,indahnya lantunan suara,tingginya ilmu dan banyaknya pria yang ingin memiliki, namun sejauh mana kita mampu menjaga harga diri kita serta memanfaatkan segala potensi yang kita miliki untuk meraih ridha-Nya semata.

Semoga bermanfaat dan menginspirasi sahabat muslimah semuanya

Sumber : Fb Cinta dan Persahabatan dalam Islam

Saturday, July 6, 2013

Tips Untuk Kebahagiaan Anak

By Prof Dr Muhaya

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" -yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Share l Like

Friday, July 5, 2013

Carilah hatimu....


Carilah hatimu di tiga tempat.

1-Ketika engkau membaca Al- Qur'an
2-Ketika engkau solat
3-Ketika engkau mengingati mati.

Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati, karena .vsesungguhnya ketika itu kamu tidak memiliki hati.

(Imam al Ghazali)

Via Dr Zainur Rashid Zainuddin

Thursday, July 4, 2013

~ Ya Allah.... ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami ya Allah.. ~

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami ya Allah.. kurniakanlah belas kasihanMu kepada mereka, sebagaimana mereka kasih kepada   ketika kami masih kecil...

Ampunkanlah segala dosa mereka sama ada sengaja atau tidak ya Allah....

Sesungguhmu Rasulmu dah berjanji bahawa doa kami anak-anak akan memberi manfaat kepada ibu bapa kami ya Allah....

Ya Allah,.. jadikanlah tempat persemadian mereka sebagai salah satu dari taman2 syurgaMu ya Allah, himpunkanlah mereka bersama hamba2Mu yang soleh. Ya Allah kurniakanlah kelapangan mereka di alam barzakh, kurniakanlah ketenangan kepada mereka dan himpunkanlah mereka dikalangan wali2mu, di kalangan hamba2 yang kau redha, janganlah dosa2 yg kami lakukan harini di bebankan kepada mereka..

ameen ya Rabbal alameenn..

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI.


Jom kita berzikir..

①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah." (HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Sumber : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

Tuesday, July 2, 2013

Fadhilat mencium anak ::::


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak......

Sumber : Kelab Soal  Ibu & Bakal Ibu

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...