Suka Entry Di Sini???

Monday, July 15, 2013

TIP MENDIDIK ANAK ~ Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

Salah satu kelemahan yang nyata dikalangan anak-anak hari ini adalah kelemahan berfikir. Mereka lebih suka disogokkan dengan ilmu dan tidak mahu berfikir.

Berfikir itu sebenarnya satu tabiat, dan tabiat perlu dibina. Kalau anak-anak tidak mahu berfikir, ia berpunca daripada kita ibu bapa yang tidak mendidik mereka agar mahu dan suka berfikir.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan anak-anak yang usia kecil agar terbentuk tabiat berfikir:

1) Jangan sekadar bertanya soalan 5+3 = ?

Tetapi tanyalah soalan ? + ? = 10 misalnya. Dengan cara ini dia akan memberikan lebih daripada satu jawapan.

2) Jangan sekadar tanya anak, macam mana eja 'KERUSI'?

Tetapi sebaliknya berikan mereka 10 huruf misalnya BHAEIRUSTK dan minta dia eja seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini otaknya ligat berfikir.

3) Kurangkan membeli mainan yang sudah siap, sebaliknya berikan dia mainan yang perlu dipasang. Permainan seperti LEGO sangat baik tetapi mahal. Oleh itu boleh berikan dia bongkah-bongkah kayu atau kotak-kotak dan suruh dia bina apa sahaja dengannya.

Cukup dahulu buat kali ini. Selamat mendidik.-Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

-sama sama kongsi-

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...