Suka Entry Di Sini???

Monday, September 30, 2013

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway




Assalamualaikum!

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan.

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan!




Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini


Credit to Mialiana.com

Semoga 1st GA kenit ni dapat mengeratkan lagi hubungan maya
sesama kita (^_^)
Have fun guys!





3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.

klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam





Resepi : Aiskrim Oreo handmade yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D


**Jom try buat aiskrim sendiri... terima kasih diucapkan pada empunya resepi... resepi ni jumpa kat fb tp x ingat fb siapa... hhihihihii


jadi, saya dah copy paste menu ini, dan kongsikan pada anda semua, Yang dah berkeluarga, boleh cuba bagi anak2 dan suami makan... (buat waktu anak2 tgh merajuk kompom xjadi merajuk budak tu)

Aiskrim Oreo handmade yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D

cara buat?

1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)
- sedikit esen vanilla
blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!! 


*dah reti buat, x perlu la beli kat McD lagi.... hehe... kalau jadi pos kat saya sikit yea ....

*silakan share sebanyak mungkin... dan LIKE page sjiehan.com & Telekung Amirul... tq




Sunday, September 29, 2013

Kata Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Fb : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh :

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka.. kita pakai baju baru disangka menunjuk2, kita senyum disangka mengejek kita masam disangka merajuk..berbaik sangkalah..byk sangka buruk nanti mudah jadi sangkakala..


** Ya Allah... Jauhkanlah diriku dari sikap buruk sangka dan 
dekatkanlah diriku dengan sikap berbaik sangka...

Saturday, September 28, 2013

7 Kunci Kebahagiaan

1. Jangan membenci siapapun,walau ada yg menyalahi hak kita

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan,sekalipun masalah kita terlalu rumit

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. Perbanyaklah memberi walaupun kita juga kekurangan

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

7. doakan kebaikan pada yang membenci kita

Fb : Like Suka Suka Jer

Friday, September 27, 2013

#Duo Giveaway By Amirah Azman & Safiena




sila klik gambar





TARIKH PENTING:
  • Mula Giveaway : 15 September 2013
  • Tamat Giveaway : 15 Oktober 2013 (Hari Raya Haji)
  • Pengumuman Pemenang : 19/20 Oktober 2013







Wednesday, September 25, 2013

Kelulusan akademik bukan penentu kejayaan sebenar...

Setiap orang masing2 ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri....

Tuesday, September 24, 2013

Antara LUKA dan KESEDIHAN...

" Merendah diri tu satu sikap yang bagus.... " kata ustaz UKE...



Kalau nak merendah diri sekalipun biarlah bertempat..
Merendah diri adalah sifat terpuji.. 
Tapi kalau merendah diri utk di puji..
Adalah sifat terkeji..








INFO : Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis/Diebetes

Untuk pesakit diebetes, cubalah cara berikut, harap2 dapat membantu...

Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis/Diebetes

Kacang bendi bagus untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah:

Ambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengah & potong lebih kurang 1/2 inci bahagiannya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas).

Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Amalkan selama dua minggu. Lihat kesannya pasti kadar gula akan turun.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

(Sumber:beliemas.com)

Monday, September 23, 2013

Kadang2 kita dipertemukan dengan orang yang salah....

Renungan...

Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita.. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita.. ALLaH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab.. Semua pertemuan di antara sesama manusia telah ALLaH atur sebelum kita wujud di muka bumi ini lagi..




 

Kesihatan : Darah tinggi bagai bom jangka


Seseorang itu dikatakan mempunyai darah tinggi apabila tekanan darahnya melebihi 140 mmHg untuk sistolik (tekanan darah atas) dan melebihi 90mmHg untuk diastolic (tekanan darah bawah). Pesakit akan disahkan mempunyai tekanan darah tinggi jika tekanan itu berterusan untuk selang beberapa kali bacaan dalam jarak masa yang berbeza. Pradarah tinggi pula dikatakan jika tekanan sistolik antara 120 hingga 139 mmHg dan tekanan diastolic antara 80 hingga 89 mmHg.

Secara umumnya 90 peratus daripada pesakit darah tinggi tidak mempunyai punca utama. Ia dipanggil sebagai essential hypertension. Biasanya mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dari kumpulan ini disebabkan faktor usia. Ia juga kombinasi kompleks antara faktor genetik dan amalan gaya hidup tidak sihat. Selebihnya pesakit yang mempunyai darah tinggi disebabkan masalah perubatan lain seperti buah pinggang, ketidakstabilan hormon, tiroid, masalah saluran darah ataupun masalah auto immune. Kumpulan ini dikenali sebagai secondary hypertension Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi tidak mempunyai simptom. Mereka hanya dikenal pasti apabila menjalani pemeriksaan klinikal biasa ataupun ketika rawatan ke klinik akibat demam selesema.

Bagaimanapun, ada juga yang mempunyai simptom seperti sakit kepala, sakit tengkuk, pening, loya, telinga berdesing dan penglihatan mula kabur. Oleh itu, tekanan darah tinggi juga dipanggil sebagai ‘bom jangkamasa’ kerana ia tidak mempunyai simptom walaupun tekanan darah sudah tinggi.

Yang lebih merisaukan ialah dalam kebanyakan kes, tekanan darah meningkat terlalu tinggi yang dipanggil ‘krisis darah tinggi.’ Ketika itulah simptom dirasai. Ia berlaku jika tekanan darah melebihi 180 mmHg untuk sistolik dan 110 mmHg untuk diastolic. Ketika ini komplikasi darah tinggi mungkin sudah berlaku. Antara komplikasi darah tinggi ialah strok ataupun bengkak dalam otak pesakit. Ini mengakibatkan seseorang itu mengalami lemah sebelah anggota badan ataupun gangguan saraf lain.

Jika komplikasi berlaku dalam mata, pembuluh darah pada retina boleh pecah dan mengakibatkan gangguan penglihatan. Buah pinggang juga boleh rosak dan gagal berfungsi menyebabkan seseorang pesakit akan bergantung kepada dialisis sepanjang hayat. Serangan jantung juga boleh berlaku dan mengakibatkan jantung gagal berfungsi. Walaupun diberi gelaran ‘bom jangka’, ramai yang mengambil ringan tentang pengawalan tekanan darah. Sikap sambil lewa untuk mengambil ubat seperti diarahkan dan gagal mengubah gaya hidup sihat menyebabkan komplikasi darah tinggi berlaku lebih awal dan komplikasi ini kekal serta berpanjangan.

Perubahan gaya hidup amat penting kepada semua pesakit darah tinggi terutama kepada mereka dalam kelompok pradarah tinggi. Pergantungan hanya kepada ubat diberi tidak memadai.

Pengurusan berat badan amat penting. Semua pesakit dinasihatkan mencapai berat badan optimum berdasarkan pengiraan indeks jisim badan (BMI). Pengurangan berat badan sebanyak 4.5 kilogram terbukti dapat mengurangkan tekanan darah.

Penjagaan makanan yang kurang garam dalam masakan dan pengambilan diet yang kaya dengan buah-buahan serta sayuran dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman keras juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, senaman juga tidak boleh dilupakan. Bersenamlah 30 minit sehari sekurang-kurangnya selama lima hari. Senaman dapat mengendurkan lapisan salur darah dan seterusnya tekanan dalam salur darah pesakit dapat dikurangkan.

Artikel ini disiarkan pada:2013/09/22

Tuesday, September 17, 2013

Ya Allah... Engkau tabahkanlah hatiku.....

Assalamualaikum,...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




**copy & paste dari blog mana saya dah lupa... minta maaf erk....








Monday, September 16, 2013

SELAMAT HARI LAHIR KE-8 TAHUN

Selamat Hari Lahir buat Nur aini bt Muhd Zailani yang ke 8 tahun....

Semoga kakak dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat....

Tiada apa yg lebih menggembirakan hati emak dan ayah selain melihat anaknya membesar dengan izinNya sempurna di depan mata! Terima kasih Ya Allah, Kau berikan permata hati ini untuk kami.... 

Syukur Alhamdulillah...


Nuraini bt Muhd Zailani,  DOB : 16.9.2005

Friday, September 13, 2013

gunakan ikut kesesuaian...












September Giveaway By KasihLestariAbadi

sila klik banner

 

September Giveaway By KasihLestariAbadi 

 

Assalamualaikum dan Hai.....
Selepas beberapa lama tidak anjurkan GA sendiri,KLA memilih bulan September untuk KLA sekali lagi menganjurkan segmen iaitu "September Giveaway By KasihLestariAbadi" yang 100% disponsor oleh KLA sendiri.Apa yang istimewanya giveaway KLA ialah KLA mencari 100 pemenang.Sebab itu KLA buat giveaway ini selama sebulan,supaya dapat mencapai 100 peserta.Tapi jangan bimbang,kalau tak cukup 100 peserta pun,giveaway tetap diteruskan.
Syarat Penyertaan :
 
1. Segmen ini bermula 1hb September dan berakhir pada 11.59 malam 30hb September 2013
2. Sila follow blog KasihLestariAbadi
3. Sila like fanpage KasihLestariAbadi
4. Klik | SATU | DUA | TIGA | EMPAT | LIMA |  Tunggu hingga sampai habis loading...Jujur tau..
5. Buat satu entri yang bertajuk : September Giveaway By KasihLestariAbadi
6. Copy banner di atas dan link kan ke entri ini
7. Tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen (ruangan komen sahaja yang akan diterima)
Pemenang :
1 Pemenang Top refferal tertinggi
99 Pemenang mengikut pilihan hati Pakcik Random.org

Pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2013
Untuk melihat senarai hadiah,klik DI SINI
Untuk melihat senarai peserta,klik DI SINI 
Thanks.....
 









Thursday, September 12, 2013

Ujian... Duka.... Redha.... Bahagia....

Wednesday, September 11, 2013

Doa untuk anak soleh dan kedua ibu bapa

Doa untuk anak soleh dan kedua ibu bapa.

Surah ibrahim ayat 40-41

Tuesday, September 10, 2013

@Niat


LAKUKAN SESUATU DENGAN NIAT YANG BAIK...

 

Monday, September 9, 2013

[ INFO : ANAK DEMAM, SELSEMA & BATUK]

** sumber fb.. tapi dah x ingat fb sapa....

Sila baca....sila baca.. x rugi pun mummy....

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Dah baca tlg share tau...maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain...

 

Sunday, September 8, 2013

Cuma sedekahkan al-Fatihah!

#copy paste Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al- fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin..

SEDEKAH ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluangs untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya. Sahabat-sahabatku yang baik, Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Nasihat... Tanda sayang....

Nasihat adalah tanda kita prihatin dan sayang. Namun, nasihatlah dengan hikmah dan bijaksana.

Mari berselawat...


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Mari berselawat...


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Monday, September 2, 2013

Who Am I... ?

Di matamu aku bukan siapa-siapa, bukan teman, bukan kawan, bukan sahabat, bahkan jauh sekali saudara melainkan orang asing.... :


Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...