Suka Entry Di Sini???

Tuesday, September 24, 2013

INFO : Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis/Diebetes

Untuk pesakit diebetes, cubalah cara berikut, harap2 dapat membantu...

Khasiat Kacang Bendi Untuk Kencing Manis/Diebetes

Kacang bendi bagus untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah:

Ambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengah & potong lebih kurang 1/2 inci bahagiannya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas).

Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Amalkan selama dua minggu. Lihat kesannya pasti kadar gula akan turun.

Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

(Sumber:beliemas.com)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...