Suka Entry Di Sini???

Monday, October 28, 2013

2 Resipi - Baik untuk ginjal

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Baikuntukginjal/Article/index_html


Hidangan yang sihat tidak perlu kalah daripada segi rasa, malah dengan sedikit kreativiti dan menukar bahan yang kurang baik kepada kesihatan dengan pilihan lebih sihat, makanan boleh menjadi enak dan menyelerakan.

Semua orang tahu makanan yang terlalu manis atau masin tidak baik untuk kesihatan, namun ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan makanan yang sihat, tetapi tetap lazat.

Sehubungan itu, Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama Abbvie Sdn Bhd mengambil langkah menerbitkan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 yang mempromosi cara pemakanan yang lebih sihat dan mudah disediakan.

Di sini ditampilkan dua resipi menu ayam yang boleh dicuba dan tidak memudaratkan kesihatan seseorang terutama mereka yang berhadapan dengan kerosakan buah pinggang.





Foto




Resipi 1
Ayam Goreng Kunyit (hidangan untuk empat orang)

Bahan-bahan:
4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
1 batang lobak merah dipotong memanjang
1 cawan kacang buncis
2 biji cili hijau dihiris

Bahan-bahan A (bahan tumis)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan-bahan B (bahan perasa)
2 sudu makan serbuk ­­kunyit
1/2 sudu teh jintan manis(biji)
1/2 sudu teh jintan putih (biji)
1/4 sudu teh garam

Cara Penyediaan:
1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya.
2. Panaskan dua sudu makan minyak masak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis dan cili hijau.
4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika.
5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan nutrien (bagi setiap hidangan): Kalori (221kcal), karbohidrat (9g), protein (15g), lemak (14g), sodium (150mg), potasium (348mg) dan fosfat (166mg).







Foto
AYAM BBQ

Resipi 2
Ayam BBQ (hidangan untuk empat orang)

Bahan-bahan:
4 ketul ayam

Bahan A (bahan kisar)
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (kisarkan)
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar

Bahan B (bahan perasa)
1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
4 sudu makan gula pasir

Cara Penyediaan:
1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa.
2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150∞C selama 30 minit atau hingga masak.

Kandungan nutrien (untuk setiap hidangan): Kalori (203kcal), karbohidrat (11g), protein (29g), lemak (4g), sodium (372mg), potasium (368mg) dan fosfat (232mg).





















2 comments:

  1. Bila kakak baca resepinya sedaplah Hanis. Kakak rasa kita pun boleh guna resepinya. Cuma biasa kita rebus ayam tak buang stoknya. Tak apa boleh ikut kalau baik utk kesihatan..

    ReplyDelete
  2. tu la... mudah resepinya... selalunya ayam tu goreng jer terus... lps ni kena rebus dulu.... baik utk kesihatan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...