Suka Entry Di Sini???

Wednesday, October 30, 2013

Lakukan... Sebelum terlambat...


** pada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah... Hargailah mereka selagi mereka masih ada...



Fb : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


As salamu'alaikum shbt yg di rahmati Allah SWT. Syurga di bwh telapak kaki ibu & di bawah redha (bkn di bwh kaki) suami. Antara cara nak pamer syg kpd ibu:

1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah

2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya!

3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka)

4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu!

5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain!

6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja

7. Elak bebani ibu dgn masalah kita

8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati

9. Bawa ibu ke majlis ilmu

10. Biayai ibu utk tunaikan haji & umrah. Pakat dgn adik beradik agar ringan beban kewangan

11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kpd ibu

12. Lakukan ibadah wakaf utk ibu setakat kemampuan

13. Jaga rahsia ibu & elak permalukan ibu!

14. Lebihkan ibu drp isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jgn terguris.

15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu

16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mrk)

17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin

18. Sentiasa mohon maaf drp ibu, takut2 ibu pergi dulu

19. Tegur & nasihati ibu dgn cara yg paling hikmah agar ibu tak kecil hati

20. Jgn sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu

21. Mohonlah izin & doa drp ibu sblm bermusafir

22. Sediakan telefon yg mesra pengguna utk ibu-- masukkan software Quran yg jelas & mudah ibu baca

23. Hubungkan ibu dgn kwn2nya

24. Eratkan hub dgn adik beradik agar IBU BAHAGIA

25. Peka kpd "hajat" ibu yg sering tak terucap, sbb ibu tak mahu menyusahkan anak2

26. Seboleh2nya, carilah rumah berdekatan dgn rumah ibu

27. Sentiasa ucap terima kasih kpd ibu

28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kpd ibu

29. Prihatin terhadap kesihatan ibu

30. Byk bersedekah atas nama ibu

31. Yakinlah walau apapun khidmat yg kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU Ada beribu lagi perkara yg boleh kita lakukan utk pamer sayang kita kpd ibu. 

Moga Allah Rahmati kita semua & dpt berbakti kpd ibu hingga hujung nyawa. Aameen, wassalam.



**Semuanya tinggal kenangan... X byk yang dapat anakmu lakukan kini.. Hanya doa mengiringi mu buat mak dan pak.... Alfatihah buat aruah mak dan pak...













1 comment:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...