Suka Entry Di Sini???

Tuesday, November 19, 2013

APAKAH TIPS UNTUK MEMBUANG MALAS?


Berikut diberikan petua-petua dan tips untuk mengurangkan penyakit malas yang dihidapi oleh kita sejak lahir lagi... dan pembaca yang mengikuti post ini pastinya malas seperti saya juga... Insyallah bersamalah kita mengatasinya:

Punca Malas:

  • Semulajadi
  • Tiada semangat berubah
  • Kurang vitamin dalam tubuh anda dan badan rasa lesu dan letih
  • Tiada sokongan dan dorongan dari sahabat atau ahli keluarga
  • Faktor sekeliling yang menyebabkan seseorang itu malas, misalnya suasana kesibukan
  • Kurang keyakinan diri dan bersikap takut untuk mengambil risiko untuk melaksanakan sesuatu tugas

Kaedah Mengatasi Malas:

  • Ingat pada diri sendiri dan niat melakukan sesuatu perkara kebaikan adalah untuk beribadat kepada Allah serta mengharap keredhaan daripada Ilahi, bukan kerana orang lain atau terpaksa.
  • Menanam cita-cita serta impian yang boleh terlaksana... Elakkan bermimpi lebih-lebih lagi bermimpi di siang hari atau bermimpi di dalam mimpi...
  • Elakkan berlebihan dalam makan... kerana ianya akan menyebabkan kemalasan
  • Melakukan checklist atau senarai tugas mengikut keutamaan untuk mengingati aktiviti tugas yang ingin dilaksanakan
  • Melakukan tugasan bersama rakan-rakan dapat menghindari kebosanan, Pepatah English ada menyatakan "Alone we can do so little, Together we can do so much"
  • Membahagikan tugasan secara berperingkat-peringkat atau memecahkan tugasan kepada tugasan-tugasan yang kecil.
  • Sentiasa dalam keadaan bersih dan memastikan persekitaran atau ruang kerja juga berada dalam keadaan bersih supaya berada dalam keadaan kemas dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan dalam melaksanakan tugasan.
  • Melakukan senaman dan rehat yang secukupnya untuk kekal sihat dan cergas dalam melakukan tugasan

Semoga tip ini dapat mengurangkan penyakit malas kepada saya dan anda juga...



copy & paste : http://halaqah.net/









2 comments:

  1. Mmg betul sebagai insan perasaan malas itu kdg2 datang.. semoga kita semua terhindar dari perasaan malas ini.. aamiin.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..

    terima kasih tip2 nie.. kkd mmg kemalasan di tagap maksima...

    mselim3

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...