Suka Entry Di Sini???

Thursday, November 7, 2013

Jangan cepat nak marah...


# Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia (4)

Ibubapa jangan cepat nak marah, sikit-sikit nak marah, anak-anak jadi mangsa. Marah itu adalah sebenarnya manefestasi ego. Bila ego kita kuat, perasaan marah kita akan sukar dikawal. Kita ego bila kita rasa kita yang pandai, kita yang berharta, kita yang kuat, yang berkuasa, yang tinggi. Orang lain perlu tunduk kepada kita. Orang yang ego sebenarnya tidak mengenal diri yang merasakan dia berhak untuk marahkan orang lain. Ayuh cuba renungkan dan insafi diri yang sebenarnya lemah dan tak punyai apa-apa. Yang kita punyai sebenarnya bukan milik kita, 100% milik Allah. Kalau masih nak marah itu makna kita belum kenal siapa diri kita. Kena belajar kenal diri, kalau sudah kenal akan rasa malu nak marah.

Kisah tauladan dari kitab Al-Hikam. Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: Tahukah engkau mengapakah Aku mengangkat engkau sebagai Nabi yang terus mendengar KalamKu? Jawab Musa engkau yang lebih mengetahui. Bersabda Tuhan: Ketika Aku larikan semua kambing Nabi Syuaib yang kau pelihara itu, sehingga dengan susah payah engkau mengejar kambing-kambing itu untuk mengembalikannya, tetapi kemudian sesudah kembali semuanya engkau tidak merasa jengkel marah, itulah sebabnya.

sumber & Like --> Ibubapa Cemerlang
Join group Soal & Jawab http://www.fb.com/groups/ksjibc/










1 comment:

  1. kadang tu... takleh handle juga.... huhu kena lebih bersabar selepas ini...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...