Suka Entry Di Sini???

Thursday, November 21, 2013

Kesilapan fesyen buatkan wanita nampak tua


Fesyen itu secara zahirnya, membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek lain.

Asasnya fesyen itu dapat mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan.

Namun sedarkah anda jika tersilap dalam berfesyen boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar dan disini ada beberapa faktor kesilapan fesyen yang boleh membuatkan seorang wanita itu lebih tua dari umur sebenarnya.

Cara anda berpakaian
Kalau boleh sebelum ingin menggayakan sesuatu pakaian mintalah pendapat dan nasihat dari kawan kerana kadangkala mereka dapat membantu anda mencari pakaian yang secocok dan sesuai mengikut trend semasa. Yang penting banyakkan membaca majalah dan info berkaitan fesyen agar anda boleh membezakan dan mengetahui apakah fesyen terkini yang kena untuk anda gayakan.

Menggunakan alat solek berlebihan
Mimpi ngeri buat si jejaka jika melihat si wanita idaman memakai mekap terlalu tebal yang mana pasti kelihatan seperti orang tua . Elakkan dari memakai mekap terlalu banyak dan berlebihan kerana mekap itu sebenarnya menyembunyikan kecantikan anda, sebaiknya jadilah 'natural beauty' iaitu kurangkan mekap tetapi lebihkan senyuman yang mana senyuman manis yang terukir pastinya membuatkan wajah anda awet muda dan jelita.

Mengabaikan penggunaan krim pelindung sinaran UV
Pancaran matahari sememangnya membekalkan vitamin D tetapi sekiranya kulit anda terdedah terlalu lama ianya bukan sahaja menjadikan kulit anda kering dan tidak stabil bahkan ia juga merosakkan warna semulajadi yang mana menyebabkan kulit kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Seeloknya sebelum keluar gunalah krim pelindung sinaran UV dan elakkan dari berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.

Penggunaan aksesori lama
Penggunaaan aksesori lama seperti barangan perhiasan gelang, rantai dan sebagainya perlulah dijauhi kerana anda haruslah peka dan 'up to date' dengan gaya terbaru terutamanya apabila berkaitan dengan beg tangan, jenis pakaian, warna terkini dan aksesori terbaru yang dijual. Berbelanjalah lebih sedikit untuk kelihatan elegan dan anggun kerana hasilnya pasti anda menjadi perhatian si jejaka yang tertarik dengan fesyen yang anda gayakan itu.

Gabungan warna / kombinasi warna
Gabungan dan kombinasi warna yang salah seperti warna berwarna-warni dan tidak teratur boleh melihatkan struktur badan dan kulit anda kelihatan lebih tua. Sebaiknya janganlah pilihlah warna yang pudar kerana ia tidak sesuai dengan jiwa muda dan remaja anda.

Pakaian itu melambangkan personaliti dan juga merupakan aset terpenting untuk anda tampil menawan, feminin dan ayu sentiasa. Ini kerana setiap gaya dan pakaian itu haruslah memaparkan imej anda tersendiri kerana kadangkala 'first impression' seseorang itu terletak pada bagaimana anda berpakaian.

Ketahuilah cara solekan, dandan rambut itu semua haruslah dijaga rapi untuk memastikan anda kelihatan muda setiap hari kerana dirimu berharga.



http://my.entertainment.yahoo.com/news/kesilapan-fesyen-buatkan-wanita-nampak-tua-043215438.html












1 comment:

  1. apa yang penting..dalam berfesyen, biarlah bersederhana ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...