Suka Entry Di Sini???

Friday, November 29, 2013

motivasi pagi : JANGAN BUAT! JANGAN LAKUKAN!




Sumber fb : Ustaz Abd Ghani Haron

JANGAN BUAT! JANGAN LAKUKAN!


Dalam hidup muslim telah di ajarkan kepada kita perkara yg patut dilakukan dan ditegah. Post kali ini saya nak peringatkan diri saya dan anda tentang berbagai perkara jangan yg diajar dalam hidup yg selaras dg agama


1.Jangan sengaja lewatkan solat kerana dimurkai Allah.


2.Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah diguna tidak dibasuh semalaman kerana ia dikatakan mewarisi kepapaan.


3.Jangan tidur selepas solat Subuh kerana ia menjadikan rezeki mahal. Berpagi pagi itu membuka pintu rezeki.


4.Jangan pakai kasut atau selipar yg berlainan pasangan kerana ia makruh dan mewarisi kepapaan.


5.Jangan biarkan mata liar di perjalanan kerana takut hati gelap diselaputi dosa.


6.Jangan menangguh taubat kerana mati boleh datang bila-bila.


7.Jangan ego utk meminta maaf kpd ibubapa dan manusia lain .


8.Jangan mengumpat rakan taulan kerana ia akan menghilangkan bahagia.


9.Jangan lupa bergantung kpd Allah pada setiap kerja kita kerana takut kita menjadi sombong kalau berjaya,kecewa bila gagal.


10.Jangan bakhil utk bersedekah kerana sedekah memanjang umur dan murah rezeki.


11.Jangan banyak ketawa kerana ia mematikan jiwa, tidak takut kpd dosa


12.Jangan biasakan berbohong kerana ia ciri munafik


13.Jangan suka menaniaya kpd manusia dan binatang kerana doa yg teraniaya cepat dimakbul


14.Jangan terlalu susah hati dg urusan dunia kerana hidup ini sementara sedangkan hidup di akhirat selamanya


15.Jangan mempertikaikan kenapa Islam berkata JANGAN kerana semuanya utk kesejahteraan kita.Allah Maha mengetahui.


16...........


Sebahagian dari perkara yg ditegah. Perhatikanlah,tanya pada diri apakah kita terbuat. Kembalilah kpd kebenaran sementara nafas masih ada. .










2 comments:

  1. T kasih diatas peringatan ini.. mudah2an membawa keberkatan buat semua.. aamiin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...