Suka Entry Di Sini???

Monday, November 4, 2013

quit on blaming others..

# Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia (2)

Mulai hari ini berhenti dari menyalahkan orang lain (quit on blaming others) untuk apa yang kita dapat atau tidak dapat, untuk apa yang kita rasa atau tidak rasai. Kecenderungan menyalahkan orang lain sentiasa wujud dalam diri semua orang, kerana semua orang suka dirinya betul. Diri kita adalah tanggung jawab kita sendiri, bukan orang lain. Apa yang berlaku kepada kita bukan sebab orang lain melainkan diri kita sendiri.

Sering kita dengar anak menyalahkan ibubapa atas kegagalan mereka, isteri menyalahkan suami, suami menyalahkan isteri, ibubapa menyalahkan anak. Orang yang hidup sentiasa menyalahkan orang lain tidak akan dapat tenang sebab ketenangan tidak wujud pada minda dan hati yang sentiasa menyalahkan orang lain. Buang aktiviti tidak sihat seperti ini dari minda kita. Jangan terlalu cepat menghukum orang lain sebab orang lain juga punya masalah hidup mereka sendiri dan mungkin lebih teruk dari kita.

Anak-anak mungkin sudah sering dipersalahkan di sekolah dan di luar sekolah. Jangan kita tambah lagi menyalahkan mereka semasa di rumah. Mungkin kita tidak mengucapkannya ketika berhadapan, namun wujudnya fikiran seperti itu di fikiran kita sudah cukup untuk orang lain merasakan aura negatif tersebut.

"I'm not blaming my mom for my life because I am responsible for me, and nobody can change me or ruin me easier than I can."
~ Mindy McCready

sumber & LIKE --> Ibubapa Cemerlang
Group Soal dan Jawab --> http://www.fb.com/groups/ksjibc/










No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...