Suka Entry Di Sini???

Friday, November 22, 2013

Tiada cadangan tetapkan had umur 12 tahun lupuskan kenderaan


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menetapkan had umur bagi tujuan pelupusan kenderaan yang melebihi tempoh 12 tahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan kerajaan juga tidak akan melaksanakan dasar tersebut kerana tidak mahu membebankan rakyat.

Aziz berkata kenyataan MIROS sebelum ini bahawa tempoh hayat kereta melebihi 12 tahun adalah tidak selamat penggunaannya mungkin didapati daripada kajian pihak MIROS.

Beliau menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzinv dari PKR di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada 15 Nov, ketua pengarah MIROS Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan terutamanya yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi jika berlaku berbanding kereta baharu.

Beliau berkata, kenderaan berusia melebihi 12 tahun terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mempunyai daya serapan tenaga pelanggaran yang rendah apabila kemalangan berlaku.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tiada-cadangan-tetapkan-had-umur-12-tahun-lupuskan-kenderaan-25763?cp


** lega rasa hati bila baca... maklumlah kereta2  dah umur lebih 12 tahun... kalau kena lupus... kenalah mengadap hutang lagi 9 tahun.... 










1 comment:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...