Suka Entry Di Sini???

Wednesday, December 4, 2013

Ketam Nipah vs Ketam Batu


https://www.facebook.com/shbtHalal
https://www.facebook.com/shbtHalal

Soalan

apakah hukum memakan ketam nipah? ada dua pendapat yang pertama hukummya
boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya
haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan
air.. Minta jelaskan.
sekian..tq

Jawapan

Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah
dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.
Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem
pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan
oksigen dalam air sebagai pelarut.
Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja
iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu
ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan
air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.
Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan.

sumber :  http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/1672











1 comment:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...