Suka Entry Di Sini???

Friday, December 13, 2013

Sakit anda tidak patut abaikan


Tahukah anda ada 9 gejala sakit yang biasa anda hadapi boleh menjurus kepada penyakit yang lebih serius jika tidak di rawat? Mungkin kesibukan harian menjadi satu alasan anda malas untuk mendapatkan rawatan. Tidur mungkin boleh melegakannya seketika tetapi bukan merawatinya.

Mari kita lihat antara 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan. Kami nasihatkan, jika anda mempunyai beberapa gejala di bawah, segeralah mendapatkan rawatan ya.

Pening kepala yang serius / migrain
Semua orang menghadapi pening kepala, dan sesetengah daripada kita mungkin menghidap migrain. Tetapi jika tiba-tiba anda menhadapi pening kepala yang sangat luarbiasa atau terlampau sakit sehingga anda tidak boleh tahan, segeralah berjumpa dengan doktor. Pastikan anda tidak memandu sendirian. Pening kepala mampu menyebabkan kerosakan otak dalam masa beberapa minit.

Sakit gigi
Kata orang-orang tua, sakit bersalin masih mampu ditahan, tetapi sakit gigi tidak boleh. Sakit gigi biasanya disebabkan kaviti. Jika anda membiarkan sahaja kaviti merebak, ia boleh menjurus kepada infeksi dimana kos rawatannya boleh mencecah beratus ringgit kerana anda perlu membuat rawatang akar. Apa yang paling penting, infeksi tersebut boleh merebak ke seluruh tubuh badan anda jika ditidak dirawat.

Cirit-birit / sembelit
Sekali sekala kita akan mengalami cirit birit atau sembelit, Tetapi jika gejala ini berlangsung lebih daripada beberapa hari, lebih baik anda pergi mendapat rawatan doktor secepat mungkin. Sembelit juga boleh bermakna anda menghadapi masalah usus tersumbat, tumor atau prolaps. Cirit birit yang berpanjangan pula boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti jangkitan parasit, kanser, atau masalah pada pankreas atau pundi hempedu.

Sakit mencucuk pada bahagian belah kanan badan
Jika anda merasakan sakit yang tajam atau seolah – olah dicucuk terutamanya pada bahagian bawah perut dan disertai dengan loya dan demam. Kemungkinan anda mempunyai apendiks. Apendiks boleh mambawa maut jika tidak dirawat.

Penurunan berat badan yang mendadak
Memang penurunan berat badan sesuatu yang menggembirakan, namun jika anda mendapati anda kehilangan berat badan yang mendadak dan anda tidak mengamalkan sebarang diet, ia mungkin boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan seperti hypertyrodisme, kanser, diabetes dan penyakit hati.

Demam berpanjangan
Demam adalah reaksi biasa untuk jangkitan kecil atau ia boleh menjadi gejala yang mengancam nyawa. Kadang-kadang memang sukar untuk mengetahui perbezaannya. Garis panduan yang terbaik adalah jika demam yang di hadapi di atas 103 darjah anda perlu mendapatkan rawatan doktor segera. Atau, jika demam tidak kebah dalam masa lebih daripada tiga hari, ia juga perlu diperiksa. Sambil itu juga, periksa di badan jika ada kemunculan bintik-bintik kecil. Ia mungkin satu isyarat badan anda sedang bertindak balas kepasa sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan saluran kencing, batuk kering atau kanser.

Kemunculan bintik seperti tahi lalat di kulit
Kita semua mungkin mempunyai sekurang-kurangnya beberapa tahi lalat, tetapi jika anda menyedari bahawa tahi lalat anda kelihatan lebih besar, lebih gelap atau bentuk yang berbeza daripada bentuk tahi lalat biasa, Ia boleh menjadi tanda bahawa ia telah berkembang menjadi melanoma atau kanser kulit.

Sesak nafas
Sesak nafas merupakan salah satu gejala yang anda tidak boleh abaikan. Jika anda hampir tidak boleh bernafas atau tercungap-cungap secara tiba-tiba, jangan lengahkan waktu. Panggil sesorang untuk menghantar anda ke klinik atau hospital berdekatan. Sesak nafas boleh menyebabkan asma, radang paru-paru, bronchitis, embolisme pulmonary, masalah jantung, paru-paru atau lain-lain masalah.

Sakit dada
Kadang-kadang sakit dada hanya disebabkan pedih ulu hati. Tetapi itu bukan sahaja, banyak penyakit yang mempunyai gajala ini dan ia tidak boleh dipandang remeh. Kesakitan dada yang dihadapi mungkin menyebabkan serangan jantung. Kesakitan akan berterusan dan ia seperti dada anda ditekan, atau dada terasa sebu. Anda juga mungkin akan mengalami kesakitan pada bahagian atas badan terutamanya lengan kiri, leher atau bahu anda.


sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/news/sakit-anda-tidak-patut-abaikan-021041473.html








1 comment:

  1. Mmg penyakit2 spt ini boleh membawa kpd masalah yg serius.. T kasih diatas perkongsian.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...