Suka Entry Di Sini???

Tuesday, December 31, 2013

tirai 2013 semakin melabuhkan tirainya…




Pejam celik pejam celik tirai 2013 semakin melabuhkan tirainya… arini dah 31.12.13.... cantik juga tarikh arini.... banyak kenangan suka duka, pahit manis yang ditempuh sepanjang tahun ni…. Bila dikira2 balik… lebih banyak pahitnya berbanding manis… peristiwa yang paling tak dapat dilupakan bila kehilangan orang tersayang… iaitu “emak”… satu tamparan yang cukup hebat untuk ditempuh… perasaan itu begitu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata…  terasa kurang kasih sayang…… kasih sayang seorang emak... rindu yang tak terkata… rindu serindunya…

sesungguhnya kematian itu pasti akan datang tanpa kita jemput. Bila tiba masanya, pasti takkan dilewatkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Jadi, sementara kita masih bernyawa ni, marilah kita perbanyakkanlah amal ibadat buat bekalan kita untuk menuju ke akhirat.

Buat mereka-mereka yang masih ada emak dan ayah, berbuat baiklah dan berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih ada. Sekurang2nya  masih ada lagi tempat untuk dicurahkan bakti dan kasih sayang. Bagi yang dah kehilangan emak dan ayah…. berusahalah kita menjadi anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa..

Semoga Allah menempatkan kita di kalangan orang2 yang beriman... dan doa2 kita buat kedua ibu bapa kita dimakbulkan Allah, dan juga jadikanlah anak cucu kita anak2 yang soleh yang bakal mendoakan kita suatu hari nanti.. InsyaAllah, amin...










1 comment:

  1. betul tu kak..bila dah takde mak ayah ni memang sangat rindu...tapi hidup kena teruskan jugak...apa2 pun sabar yea kak..alah bisa tegal biasa

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...