Suka Entry Di Sini???

Tuesday, January 7, 2014

Hafiz ke Tahun 1 2014

Majlis Suaikenal Murid Tahun 1 2014
Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim


gambar semasa pendaftaran murid... muka Hafiz macam takut-takut...

Guru Besar SKDTK berucap

Pengerusi Majlis pada aritu... bukan main semangat badan... 
jangan mare yer cikgu...

Antara  ibu bapa pelajar yang hadir... terselit juga muka...

Hafiz semasa di kelas... time ni tengah buat ujian menentu kelas..

ni la kertas ujian dia orang...

sementara anak2 menjawab soalan di kelas para ibubapa pula ke bilik buku teks ambik buku teks anak masing2... sampai bawah orang beratur...

suasana ni Kedai Buku,... malas nak beratur.. ari pertama sekolah baru beli buku kat Hafiz ngan kakaknya...

Hari pertama persekolahan 02.01.14... masa ni nak tentukan kembali kelas murid2... Hafiz barisan tengah.. dia memang tak suka bergambar...



time rehat si ayah temankan anaknya makan... sib baik ayah ada.. ayahnya kerja malam.. boleh  tolong tengok2kan...


“Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah anak2ku, Nuraini , Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… kekuatan serta semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap keputusan… permudahkanlah urusan hidup mereka dan jauhkanlah diri mereka dari sebarang kemudharatan, kelalaian dan kealpaan duniawi… Jadikanlah anak2ku Nuraini , Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram insan yang berjaya serta yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah juga mereka hambaMu yang solehah dah soleh dan bersyukur... kepadaMu aku berserah dan kepadaMu juga aku memohon pertolongan... aminn ya rabbal alamin...




** arini dah ari ke 4 persekolah... baru ada kesempatan nak upload gambar... lantaran kesibukan penutupan akaun tahun 2013...











No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...