Suka Entry Di Sini???

Monday, March 24, 2014

Angin


Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa. Gejala yang dialami oleh seseorang individu dengan individu lain mungkin sama tetapi punca sebenar masalah itu terjadi mungkin berbeza.

Angin kebanyakan individu berpunca daripada udara yang ditelan. Apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stres maka dia lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar terhadap makanan yang tidak dihadam. Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana.

Rawatan
 
Terdapat beberapa cara rawatan bagi masalah ini. Seseorang penghidap perlu menukar jenis pemakanan seharian mereka, pengambilan ubat-ubatan dan mengurangkan menelan udara.

a. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut.

b. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

c. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Sorbitol diperolehi secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.













Friday, March 21, 2014

ujian....


Setiap ujian yang berupa musibah ada 3 perkara yg Allah ingin sampaikan pada kita:

1. Sebagai kafarah pada dosa-dosa kita.
2. Allah hendak naikkan darjat kita di sisiNya.
3. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Ustaz Dato' Hassan Mahmood Al Hafidz.

Terus bersangka baik kepada Allah kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:- "Sungguh pelik urusan orang mukmin itu, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain melainkan orang mukmin : Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan dia bersabar, maka itu baik baiknya."



sumber fb : ~ Ibubapa Cemerlang





** setiap apa yg berlaku adalah kehendakNya. Kepadanya kita mengadu memohon dan berdoa agar menjadi hambanya yg sentiasa redha atas apa yg berlaku....













marah anak... kemudian pujuk...



KALAU SUDAH MEMARAHI ANAK...PATUTKAH DIPUJUK JIKA DIA MERAJUK? BAGAIMANA SUPAYA ANAK SENANG BERSOLAT.
Hari ini Ibu memenuhi janji Ibu kepada anda yang meminta Ibu versi BM mengenai sebuah jawapan kepada soalan di bawah. Iaitu mengenai mengajar anak bersolat dan memujuk anak setelah memarahinya.
--------------------------------------------------
Soalan:
 
Ibu adakalanya anak-anak saya yang sudah berusia 11, 9 dan 4 tahun malas bersolat. Masalahnya sekrg saya jadi keliru bila nak bertegas, bila nak manjakan mereka, bila nak garang.. mereka tak takut lansung pada saya.. dan kadang kala hilang hormat pada ibu sendiri.. tapi bila mereka sedar.. mereka akan minta maaf pulak.. .terus-terang ibu, saya mmg ada merotan anak2 saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar ke pagar sekolah.
 
----------------------------------------

Salam sayang,

Inilah puncanya anak kurang hormat dan melawan kata.

"saya mmg ada merotan anak2 saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar ke pagar sekolah."

Memujuk, bila salah caranya menjadikan anda lemah dan nampak tiada pendirian dan ini menyebabkan anak jadi lenja.

Oleh kerana anda memujuk setelah memarahi, maka mereka akan memahami bahawa anda tidak serius dengan kemarahan anda dan disiplin yang sedang anda terapkan. Lama-kelamaan anda akan kurang dihormati. Beginilah Ibu bapa kehilangan kuasa daripada anak-anak mereka dalam mendisiplinkan anak.

Meminta maaf kepada anak anda bila anda marah berlebihan dan tidak kena cara, tidak mengapa. Malah itu adalah baik dilakukan. Ia akan mengubat hati anak anda. Namun, minta maaf diatas keterlaluan cara sahaja dan bukan mesejnya dan mengapa anda naik marah.

Lagi satu, bila memarahi, marahlah perbuatan dan bukan mengherdik peribadinya. Contoh memarahi perbuatan " Bila abang malas solat, itu perbuatan orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan." Jangan kata begini " Abang ni anak yang tidak bersyukur!" Ada perbezaan di situ. Yang pertama menyatakan mengenai perbuatan dan yang kedua mengenai orangnya. Bila kita menyerang peribadi orangnya, maka itulah yang menyebabkan dendam dan marah.

Bagaimana anda boleh melakukan untuk mendisplinkan anak.

1- (have a ground rules that they are clear).Adakan peraturan di rumah yang jelas. Maksudnya, mesti bersolat pukul berapa dan jika boleh adakan solat berjemaah. Begitu juga bila bangun pagi. Kita perlu juga faham, jika seorang anak itu tidak cukup waktu tidurnya, dia akan sukar untuk bangun pagi, maka pastikan masa anak tidur mencukupi.

2- Jika mereka sudah mencapai 10 tahun, barulah merotan jika tidak bersolat beri mereka penjelasan yang luas yang mebolehkan mereka faham mengapa solat itu penting. Namun sebelum meminta anak bersolat atau melakukan ibadah khusys, tanamkanlah perasaan kasih kepada Allah. Gunalah penjelasan yang setaraf dengan kematangan anak. Gunalah nasyid, cerita atau bresembang dengan mereka. Anda boleh berkreatif di sini terhadap cara anda menyampaikannya. Yang penting hasilnya, anak itu kasih kepada Allah dan dia mahu melakukan solat atau semua ibadah khusus itu kerana dia kasih kepada Allah. Dan dia takut akan azab Allah juga kerana dia kasih akan Allah. Ini bukanlah suatu yang kita boleh semaikan dan wujud serta merta. Ianya mengambil masa. Oleh itu terus melakukan dan bersabar.

3-When you over scold your children, just apologise for the over scolding and not the scolding. Meaning the behavior that you did that is over not the behaviour of scolding. Because, they must understand, you are angry for their wrong behavior. You apologise for you wrong respond in overly in scolding them.
Di dalam BM - Bila memarahi anak, hanya minta maaf jika anda terlebih marah. Jika anda marah dan menghukum secara baik dan tidak berlebihan, mungkin anak itu akan marah dan menangis, namun, bila layanan anda kepadanya masih penuh kasih-sayang dan hormat, dia akan memahami anda hanya memarahi perbuatan yang boleh merosakannya.

4- Bila hendak bertegas dan bila hendak memanjakan anak? Jawapannya, senantiasa. Corak keibubapaan yang paling baik ialah Pengasih dan tegas 'Loving and Firm'. Bila manjakan anak pun perlu bertegas denganapa yang boleh dibuat dan yang tidak yang telah dipersetujui. Garang hanya jika mereka sudah melampaui batas dan perlu dibetulkan setelah cara berlembut tidak berkesan. Perlu dirotan bagi yang sudah berusia 10 tahun itu jika dia masih meninggalkan solat. Namun, laksanakanlah (administer) hukuman itu dengan cara berhemah. Elakkan berleter.

Dalam mendidik anak untuk bersolat, melakukan ibadah khusus dan berakhlak mulia, tidak akan mudah mencapai hasil jika kita tidak melakukannya dan mewujudkan suasana untuk anak itu mudah bersolat. Contoh, jika kita tidak mewujudkan solat berjumaah di rumah, maka payah juga anak untuk menjadikan ini satu tabiat mereka. Kerana anak-anak kecil ini, mula-mulanya mereka ikut-ikut saja. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat dan kemudiannya membentuk keperibadian.

Be firm, be loving and be in control of your behavior towards your children. Always remember, they are not your leaders, You are their leader.
 
(Penuh kasih-sayang dan tegas dengan anak-anak anda. Ingatlah bahawa andalah ketua dan bukan mereka. Maka tidak semua permintaan mereka perlu dipenuhi dan tidak juga pandangan mereka dipandang remeh).

Harap perkongsian Ibu ini membantu.

Salam kasih - Ibu Rose - Empower With Love.

Nota: Perkongsian ini Ibu tulis di dalam dwi bahasa agar mereka yang kurang menguasai BI berpeluang belajar perkataan-perkataan baru dan ayat-ayat baru. Semoga ini akan menambah kemampuan diri anda dan membolehkan anda suatu hari nanti membaca artikel atau buku di dalam BI dengan mudah. Banyak ilmu di dalam penulisan BI begitu juga B.Arab. Marilah kita berusaha menguasai bahasa-bahasa ini.



satu perkongsian dari fb : Ibubapa Cemerlang








Buah-buahan punca gemuk




KANDUNGAN fruktosa dalam buah-buahan menyumbang kepada kegemukan.



LAZIMNYA, individu yang ingin mengembalikan kelangsingan tubuh akan mengamalkan diet buah-buahan kerana selain daripada mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan, ia turut mengandungi serat yang tinggi.


Namun begitu, kajian oleh seorang kaunselor kesihatan di Amerika Syarikat, Jacqueline Silvestri Banks mendapati, pengambilan buah-buahan secara berlebihan sebaliknya mampu merosakkan diet seseorang.

"Buah-buahan mengandungi gula sederhana jenis fruktosa dan karbohidrat, iaitu dua kandungan yang perlu dimakan secara sederhana oleh individu yang sedang berdiet.

"Jika seseorang memakan lebih daripada jumlah yang sepatutnya, ia boleh mengakibatkan peningkatan kadar insulin dan seterusnya menyebabkan tubuh sukar untuk membakar lemak," katanya.

Sumber fruktosa bukan sahaja terdapat dalam buah-buahan, malahan turut ditemui dalam madu dan makanan yang telah diproses seperti roti, yogurt, bertih jagung dan kordial minuman.

Fruktosa jika tidak digunakan segera akan bertukar menjadi lemak dan ini menjadi masalah besar buat mereka yang sedang berdiet.

Jumlah fruktosa yang dimakan perlu diambil kira terutamanya bagi penghidap diabetes memandangkan kemampuan mereka untuk mencerna gula menurun.

Jadi, bagi individu yang sedang berdiet, anda disarankan untuk membataskan pengambilan buah-buahan kepada dua hidangan sehari. Mereka digalakkan mengambil epal kerana kandungan fruktosa yang rendah tetapi tinggi serat.













Thursday, March 20, 2014

Lupa untuk bersyukur...


Bencana hasil kealpaan manusia syukuri nikmat

Berita Harian Online
Walaupun sukar untuk bersyukur, tiada manusia yang akan menolak nikmat anugerah Allah SWT. Nikmat kehidupan, keselesaan dan keselamatan serta seluruh pancaindera yang berfungsi adalah anugerah tidak ternilai serta terbayar dengan wang ringgit.

Jika Dia belum berkehendakkan kita mengecapi atau tidak mahu kita merasainya lagi, pasti ada alasan yang tidak mampu kita fahami, melainkan harus juga bersyukur seadanya kerana perancangan-Nya adalah yang terbaik, hikmahnya disedari selepas segala-galanya Dia suratkan.
 
 Lupa untuk bersyukur


"Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah Ar-Ruum, ayat 41)

 
Waktu itulah kita mengerti betapa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang dipilih merasai dunia, diberi kenikmatan sebegitu rupa hingga kadangkala ada yang lalai dan tamak haloba, lupa untuk menadah syukur, malah mencabar pula kekuasaan-Nya.

 
Sesungguhnya segala bencana yang diturunkan di bumi adalah disebabkan perbuatan manusia sendiri yang tidak tahu bersyukur apabila dibuai kesenangan. Maksiat, pembohongan, kezaliman dan fitnah adalah antara malapetaka yang berlaku ke atas umat Muhammad pada zaman ini.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah Ar-Ruum, ayat 41)
 
Sesungguhnya nikmat Allah SWT tidak terhitung, tetapi kerana kasih sayang-Nya kepada setiap hamba, selagi itulah kita akan terus mengecapi nikmat yang ada pada hari ini.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 18)
 
Jika ditakdirkan suatu hari nanti tiada lagi orang yang bersyukur, pastilah akan ada balasannya terhadap seluruh umat manusia kerana al-Quran telah memberi peringatan antaranya kisah Kabilah Saba’, seperti dirakamkan dalam al-Quran.

 
Al-Quran turut menjelaskan bagaimana kisah orang yang kufur terhadap nikmat diberikan Allah SWT dengan memberikan balasan yang tidak tertanggung oleh mereka. Bencana diturunkan Allah SWT adalah peringatan terhadap sikap manusia yang tidak taat perintah serta lupa akan kebesaran-Nya.

 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)









KUNCI BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT


Assalamualaikum,.... dan selamat pagi....

Semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Semoga Allah permudahkan segala urusan
kita semua pada hari ini....amin....












Wednesday, March 19, 2014

4 Tahap Mendidik Anak mengikut Sunnah Rasulullah


assalamualaikum.. dan salam sejahtera... semoga hari ini lebih baik dari semalam....

Sabda rasulullah yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).











Cinta Itu Ketawa Dan Airmata...




Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari

Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)










Teknik Pemprosesan Pembenihan Awan


Kemarau dijangka berpanjangan hingga April 2014, hampir 4 bulan dijangka Malaysia alami kemarau... Air sumber utama, bila kemarau memang banyak la kehidupan manusia terjejas. Disebabkan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia ambil langkah untuk melakukan proses pembenihan awan.
 
Sedikit info berkaitan dengan proses pembenihan awan:

Jenis-jenis Pembenihan Awan

 
 



 
 
Pembenihan dinamik awan
 
Arus udara menegak terdorong  dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat  boleh merosakkan seluruh proses.
 
Pembenihan Awan Higroskopik
 
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan  garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah  sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
 
Pembenihan Awan Statik
 
Bahan kimia iaitu  silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat  dalam awan terkondensasi  di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu. 
 
 
 
 
 
Kapal pembenihan awan. Iaitu diletakkan dipermukaan laut dan disembur ke udara untuk menghasilkan hujan.

Kelebihan Pembenihan Awan
  • Mengurangkan kekeringan. Hujan boleh memberi air untuk tanaman.
  • Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.
  • Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi orang dan hanya hujan dapat menghindarinya.
  • Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.
  • Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang untuk berlepas akan terjamin. 
 Kekurangan Pembenihan Awan
  • Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.
  • Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
  • Pembenihan awan amat sangat komplek cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).
  • Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
  • Kos yang mahal.
 
Itulah ilmu Allah, sangat luas... dan kekuasaan Allah mencipta akal manusia yang tidak terbatas. Alhamdulillah, semalam dah hujan lebat dah... Ini satu usaha manusia, tetapi keberkesanannya bergantung dengan izin Allah jua... itulah konsepnya, Allah bagi ujian, kita kena usaha selesaikannya dan seterusnya tawakallah dengan-Nya. 
 
 
sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?page=903











Tuesday, March 18, 2014

Jom amal : Air Mata 3 Solat


assalamualaikum dan salam sejahtera....

semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini....

** Belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan.....






Friday, March 14, 2014

Tips selamatkan diri pada akhir zaman


Tips selamatkan diri pada akhir zaman
Tips selamatkan diri pada akhir zaman
Baca al-Quran dan menghayatinya dapat menghindari fitnah. - Gambar hiasan
 
FITNAH akhir zaman adalah perkara penting untuk diambil berat dan ketahui berdasarkan al-Quran dan sunnah. ALLAH SWT berfirman: “Dan berjaga-jagalah kalian daripada fitnah yang tidak hanya menimpa orang zalim di antara kalian saja.

Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH Maha Keras hukuman-Nya.” (Surah Al-Anfal: 25)

Perkataan fitnah bermaksud ujian yang terpaksa dihadapi. Apabila seseorang ditimpa fitnah bererti seseorang itu diuji. Fitnah berlaku ke atas orang yang adil dan juga zalim.

“Kamu pasti diuji terhadap harta mu dan diri mu, dan kamu pasti akan mendengar dari orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu dan dari orang yang menyekutukan ALLAH, gangguan yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, sesungguhnya itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” (Surah Ali ‘Imran: 186)

Fitnah yang menimpa orang beriman membuktikan keimanan orang itu, manakala apabila fitnah menimpa orang zalim, akan terbuktilah kezaliman dan kesesatan mereka.


Wajib jauhi fitnah

Kita perlu meminta perlindungan ALLAH agar selamat daripada fitnah zahir mahupun tersembunyi. Fitnah akhir zaman banyak disebut dalam  hadis.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang dijauhkan daripada fitnah (Baginda SAW menyebutnya tiga kali). Barang siapa ditimpa fitnah lalu dia bersabar, maka dia mendapat kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

"Kelak akan ada banyak fitnah di mana orang yang duduk ketika terjadinya fitnah lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Siapa yang menghadapi fitnah maka hendaklah dia menghindarinya dan siapa yang mendapati tempat kembali atau tempat berlindung daripadanya maka hendaklah dia berlindung.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya membuat satu bab khusus mengenai menghindari fitnah, iaitu: (Bab Termasuk Dari Agama adalah Menghindari dari Fitnah). Di bawah bab ini beliau membawakan hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hampir saja sebaik-baik harta seseorang adalah kambing yang dia pelihara di puncak bukit dan lembah, kerana dia lari menyelamatkan agamanya daripada fitnah.” (Riwayat Bukhari)

Hadis ini menggambarkan tuntutan menjauhi tempat fitnah dan memohon dari ALLAH agar memberi keselamatan. ALLAH menjadikan bagi orang yang beriman wasilah yang cukup hebat iaitu doa. Firman ALLAH: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka sungguh Aku dekat. Aku menjawab permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku.” (Surah Al-Baqarah: 186)

Doa adalah senjata sangat penting, sehingga Umar Al-Khatthab berkata, “Sungguh aku tidak memikul urusan dimakbulkan doa, tetapi aku memikul urusan doa itu sendiri.” Doa yang dipanjatkan itu terdapat syaratnya dan perkara yang menghalang daripada diperkenankan.

Diperkenankan atau tidak adalah urusan ALLAH.

Adapun tugas setiap Muslim adalah menjauhi perkara yang menghalang doa dari diperkenankan.


1. Berdoa dan syaratnya

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang lelaki menempuh perjalanan jauh sehingga rambutnya kusut dan badannya berdebu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai Tuhan ku, wahai Tuhan ku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya daripada yang haram dan rezekinya dari yang haram, maka bagaimanakah ALLAH akan memperkenankan doanya?” (Riwayat Muslim)

Ramai manusia hari ini sumber rezekinya daripada sumber haram, ramai yang berdepan dengan ujian riba. Hasilnya, mereka menjamah sumber haram, begitu juga anak mereka.

Harta mereka ternyata harta fakir miskin yang diambil bukan secara benar. Berkenaan hal ini, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap jasad yang tumbuh daripada yang haram, Api nerakalah yang paling layak baginya.” (Riwayat Al-Hakim, sahih)

Maka hendaklah kita menghindari rezeki haram dan segala perkara syubhah. Bersyukurlah kepada ALLAH. Mengapa kita sendiri menjadi penghalang kepada diperkenankan doa, dan mengapa kita tidak mahu menerima nasihat?


2. Jaga solat dan hak manusia

Antara fitnah zahir adalah banyaknya pemuda pemudi tidak solat secara berjemaah dan menzahirkan perbuatan mungkar. Maka menjadi kewajipan untuk saling menasihati supaya bertakwa kepada ALLAH dan ingat kepada pesanan Nabi Muhammad SAW ketika mengetahui berdepan dengan sakaratul maut. Baginda SAW berkata: “Solat! Solat! Dan bertakwalah kepada ALLAH dalam apa jua yang di bawah tanggungan mu.” (Riwayat Al-Tabari)

Hadis tersebut bermaksud menjaga solat, menjaga syarat dan rukunnya, perkara wajib dan sunatnya, mengerjakan solat secara berjemaah kecuali jika ada keuzuran. Ini adalah hak ALLAH yang perlu ditunaikan.

Baginda SAW juga mengingatkan agar menjaga hak manusia dengan memerintahkan agar menjaga ‘apa yang di bawah tanggungan mu’, yakni hamba lelaki dan perempuan yang dimiliki tuan. Mereka yang mempunyai pekerja berkewajipan bertakwa kepada ALLAH dalam bermuamalah dengan pekerja. Jangan menzalimi pekerja, dan jangan beratkan apa yang mereka tidak mampu, dan jangan memakan harta mereka dengan cara batil.


3. Baca al-Quran dan tadabur

Antara cara menghindari fitnah adalah membanyakkan baca al-Quran, mentadaburnya, mencari apa yang mampu memberi kebaikan untuk dunia dan akhirat.

Apabila membaca Surah Al-Fatihah misalnya, hendaklah menghayati sifat ALLAH yang terkandung di dalamnya. Apabila membaca Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’in (Hanya kepada-Mu kami beribadah dan kepada-Mu kami meminta pertolongan), hendaklah kita fahami rahsia yang terkandung dalam ayat ini. Barang siapa yang memahami erti ibadah dan meminta pertolongan kepada ALLAH, maka dia mendapat hasilnya.

Apabila membaca “Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau telah beri nikmat ke atas mereka”, ALLAH menjelaskan dalam Surah Al-Nisa’ tentang orang yang diberi nikmat, “Barang siapa yang mentaati ALLAH dan Rasul-Nya, mereka itulah yang akan bersama orang yang diberi nikmat ALLAH (iaitu) dalam kalangan nabi, siddiqin, syuhada, dan salihin. Mereka itulah sebaik-baik teman.” (Surah Al-Nisaa’: 69-70)

Apabila seseorang memahami kandungan al-Quran, apa perlunya untuk dia mengadu kepada manusia? Jadilah seperti Nabi Ya’qub yang berkata, “Sesungguhnya aku mengadu keperihan ku dan kesedihan ku hanya kepada ALLAH.” (Surah Yusuf: 86)


4) Meninggikan kalimah tauhid

Golongan nabi dan rasul berlaku baik dalam bermuamalah dengan ALLAH, maka ALLAH memberi mereka keselamatan. ALLAH menyelamatkan Nabi Nuh; Nabi Ibrahim apabila dilempar ke dalam api; Nabi Ayyub yang ditimpa penyakit dalam masa yang panjang; Nabi Ibrahim diuji dengan kewajipan menyembelih anaknya Nabi Ismail; dan Nabi Yusuf yang dilemparkan dalam perigi dan dihumban ke dalam penjara secara zalim, namun akhirnya mereka semua mendapat kejayaan.

Lihat bagaimana keperitan bertukar kepada kebahagiaan. Sesiapa mengingati ALLAH dalam keadaan senang, ALLAH akan mengingatinya di waktu susah. ALLAH tidak akan lalai terhadap hamba yang menjaga hubungannya dengan ALLAH, yang menjaga maruahnya, menjaga solatnya, mengingati ALLAH, membaca al-Quran, menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh ALLAH, dan menghindari perkara yang dilarang oleh ALLAH.

Firman ALLAH, “Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan” (Surah Al-Nahl: 128). ALLAH menyebut tentang Nabi Yunus yang berkata: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau, sungguh aku termasuk orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiyaa: 87)

Dia mengucapkannya secara ikhlas, maka ALLAH berkata, “Maka Kami perkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Begitulah Kami menyelamatkan orang yang beriman.” (Surah Al-Anbiyaa: 88)

Nabi Yunus memahami kalimah Agung Tauhid, "Laa Ilaaha illaa Anta (Tiada Tuhan kecuali Engkau)” iaitu tiada sembahan yang berhak disembah kecuali ALLAH. Lalu Nabi Yunus menyatakan "Subhanaka (Maha Suci Engkau)" yang membawa maksud pengagungan dan menyucikan iaitu ALLAH Maha Suci dari sebarang kekurangan mahupun kecacatan.

Kemudian Nabi Yunus merendahkan diri “Sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang zalim”. Ini contoh tawaduk para nabi dan Rasul, mereka takut terhadap ALLAH, lalu ALLAH menyelamatkannya dari kegelapan malam dan kegelapan lautan, juga kegelapan perut ikan.

Inilah hasil ketaatan, keberkatan zikir dan amal soleh, juga keagungan tauhid yang dengannya, ALLAH menyelamatkan manusia dari keperitan. ALLAH menyelamatkan manusia dengan tauhid, bahkan keamanan dan kemakmuran serta kehidupan yang bahagia terikat dengan tauhid.

Ustaz Idris Sulaiman
Ahli Syura Ilmuwan Malaysia



sumber : sinar harian
 






Tuesday, March 11, 2014

Jawapan kepada > Kenapa Malaysia Tidak Menggunakan Kapal Selam Scorpene Dalam Usaha Menyelamat Pesawat #MH370?


assalamualaikum.... dan salam sejahtera... 

hari ini sudah masuk hari ke 4 kehilangan pesawat MH370... tiada sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat MH370... bermacam2 persoalan bermain difikiran sebelum ni sehinggalah sekarang... dan salah satunya kenapa kapal selam kita tidak digunakan... akhirnya dapat juga jawapannya.... DISINI... Semoga semua penumpang dan krew pesawat MH370 akan ditemui dalam keadaan selamat...InsyaAllah. 




Kenapa Malaysia Tidak Menggunakan Kapal Selam Scorpene Dalam Usaha Menyelamat Pesawat #MH370?



Jawapannya, kerana kapal selam scorpene adalah kapal selam tempur.

Ia tidak dilengkapi dengan kemudahan mencari dan menyelamat.


Selain itu ia juga bergerak perlahan dan ini bermakna ia memerlukan perjalanan dengan masa yang panjang untuk sampai ke lokasi kejadian

Selain itu scorpene juga tiada sebarang tingkap yang membolehkan mereka membuat tinjauan dari dalam kapal.

Berbanding kapal selam yang ditawarkan oleh Singapore, ia memang kapal selam khusus untuk misi mencari dan menyelamat.

Selain itu saiz kapal ini juga lebih kecil dan memudahkan untuk operasi tersebut.

Maklumat ini hanya untuk informasi umum. Tiada sebarang maksud dan kepentingan lain mahupun politik.
















Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...