Suka Entry Di Sini???

Friday, March 21, 2014

marah anak... kemudian pujuk...



KALAU SUDAH MEMARAHI ANAK...PATUTKAH DIPUJUK JIKA DIA MERAJUK? BAGAIMANA SUPAYA ANAK SENANG BERSOLAT.
Hari ini Ibu memenuhi janji Ibu kepada anda yang meminta Ibu versi BM mengenai sebuah jawapan kepada soalan di bawah. Iaitu mengenai mengajar anak bersolat dan memujuk anak setelah memarahinya.
--------------------------------------------------
Soalan:
 
Ibu adakalanya anak-anak saya yang sudah berusia 11, 9 dan 4 tahun malas bersolat. Masalahnya sekrg saya jadi keliru bila nak bertegas, bila nak manjakan mereka, bila nak garang.. mereka tak takut lansung pada saya.. dan kadang kala hilang hormat pada ibu sendiri.. tapi bila mereka sedar.. mereka akan minta maaf pulak.. .terus-terang ibu, saya mmg ada merotan anak2 saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar ke pagar sekolah.
 
----------------------------------------

Salam sayang,

Inilah puncanya anak kurang hormat dan melawan kata.

"saya mmg ada merotan anak2 saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar ke pagar sekolah."

Memujuk, bila salah caranya menjadikan anda lemah dan nampak tiada pendirian dan ini menyebabkan anak jadi lenja.

Oleh kerana anda memujuk setelah memarahi, maka mereka akan memahami bahawa anda tidak serius dengan kemarahan anda dan disiplin yang sedang anda terapkan. Lama-kelamaan anda akan kurang dihormati. Beginilah Ibu bapa kehilangan kuasa daripada anak-anak mereka dalam mendisiplinkan anak.

Meminta maaf kepada anak anda bila anda marah berlebihan dan tidak kena cara, tidak mengapa. Malah itu adalah baik dilakukan. Ia akan mengubat hati anak anda. Namun, minta maaf diatas keterlaluan cara sahaja dan bukan mesejnya dan mengapa anda naik marah.

Lagi satu, bila memarahi, marahlah perbuatan dan bukan mengherdik peribadinya. Contoh memarahi perbuatan " Bila abang malas solat, itu perbuatan orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan." Jangan kata begini " Abang ni anak yang tidak bersyukur!" Ada perbezaan di situ. Yang pertama menyatakan mengenai perbuatan dan yang kedua mengenai orangnya. Bila kita menyerang peribadi orangnya, maka itulah yang menyebabkan dendam dan marah.

Bagaimana anda boleh melakukan untuk mendisplinkan anak.

1- (have a ground rules that they are clear).Adakan peraturan di rumah yang jelas. Maksudnya, mesti bersolat pukul berapa dan jika boleh adakan solat berjemaah. Begitu juga bila bangun pagi. Kita perlu juga faham, jika seorang anak itu tidak cukup waktu tidurnya, dia akan sukar untuk bangun pagi, maka pastikan masa anak tidur mencukupi.

2- Jika mereka sudah mencapai 10 tahun, barulah merotan jika tidak bersolat beri mereka penjelasan yang luas yang mebolehkan mereka faham mengapa solat itu penting. Namun sebelum meminta anak bersolat atau melakukan ibadah khusys, tanamkanlah perasaan kasih kepada Allah. Gunalah penjelasan yang setaraf dengan kematangan anak. Gunalah nasyid, cerita atau bresembang dengan mereka. Anda boleh berkreatif di sini terhadap cara anda menyampaikannya. Yang penting hasilnya, anak itu kasih kepada Allah dan dia mahu melakukan solat atau semua ibadah khusus itu kerana dia kasih kepada Allah. Dan dia takut akan azab Allah juga kerana dia kasih akan Allah. Ini bukanlah suatu yang kita boleh semaikan dan wujud serta merta. Ianya mengambil masa. Oleh itu terus melakukan dan bersabar.

3-When you over scold your children, just apologise for the over scolding and not the scolding. Meaning the behavior that you did that is over not the behaviour of scolding. Because, they must understand, you are angry for their wrong behavior. You apologise for you wrong respond in overly in scolding them.
Di dalam BM - Bila memarahi anak, hanya minta maaf jika anda terlebih marah. Jika anda marah dan menghukum secara baik dan tidak berlebihan, mungkin anak itu akan marah dan menangis, namun, bila layanan anda kepadanya masih penuh kasih-sayang dan hormat, dia akan memahami anda hanya memarahi perbuatan yang boleh merosakannya.

4- Bila hendak bertegas dan bila hendak memanjakan anak? Jawapannya, senantiasa. Corak keibubapaan yang paling baik ialah Pengasih dan tegas 'Loving and Firm'. Bila manjakan anak pun perlu bertegas denganapa yang boleh dibuat dan yang tidak yang telah dipersetujui. Garang hanya jika mereka sudah melampaui batas dan perlu dibetulkan setelah cara berlembut tidak berkesan. Perlu dirotan bagi yang sudah berusia 10 tahun itu jika dia masih meninggalkan solat. Namun, laksanakanlah (administer) hukuman itu dengan cara berhemah. Elakkan berleter.

Dalam mendidik anak untuk bersolat, melakukan ibadah khusus dan berakhlak mulia, tidak akan mudah mencapai hasil jika kita tidak melakukannya dan mewujudkan suasana untuk anak itu mudah bersolat. Contoh, jika kita tidak mewujudkan solat berjumaah di rumah, maka payah juga anak untuk menjadikan ini satu tabiat mereka. Kerana anak-anak kecil ini, mula-mulanya mereka ikut-ikut saja. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat dan kemudiannya membentuk keperibadian.

Be firm, be loving and be in control of your behavior towards your children. Always remember, they are not your leaders, You are their leader.
 
(Penuh kasih-sayang dan tegas dengan anak-anak anda. Ingatlah bahawa andalah ketua dan bukan mereka. Maka tidak semua permintaan mereka perlu dipenuhi dan tidak juga pandangan mereka dipandang remeh).

Harap perkongsian Ibu ini membantu.

Salam kasih - Ibu Rose - Empower With Love.

Nota: Perkongsian ini Ibu tulis di dalam dwi bahasa agar mereka yang kurang menguasai BI berpeluang belajar perkataan-perkataan baru dan ayat-ayat baru. Semoga ini akan menambah kemampuan diri anda dan membolehkan anda suatu hari nanti membaca artikel atau buku di dalam BI dengan mudah. Banyak ilmu di dalam penulisan BI begitu juga B.Arab. Marilah kita berusaha menguasai bahasa-bahasa ini.



satu perkongsian dari fb : Ibubapa Cemerlang








1 comment:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...