Suka Entry Di Sini???

Wednesday, April 30, 2014

esok 1 Rejab 1435H

Assalamualaikum....

Esok bermulalah 1 Rejab 1435

Bulan Rejab adalah salah 1 dari 4 bulan yang diharamkan Allah S.W.T. bagi umat islam berperang melainkan dianiaya atau diserang. kelebihan nya Bulan rejab ini tidak diketahui secara tepat, namun yang pastinya, dalam bulan Rejab ini lah Rasulullah S.A.W. telah diangkat oleh Allah S.W.T. ke Sidhratul Muntaha untuk menerima 1 ibadah, direct tanpa perantaraan Jibril A.S. iaitu ibadah solat 5 waktu sehari semalam.

Apa yang penting di sini, bulan Rejab juga adalah medan persediaan kita untuk menyambut 1 lagi ibadah penting bagi umat manusia iaitu ibadah puasa. Itu lah sebabnya ada doa yang bagus kita amalkan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Difahamkan, para sahabat nabi, para tabiin dan ulama telah berdoa agar dapat sampai ke bulan Ramadhan yang penuh dengan 1001 keberkatan yang mana Allah S.W.T. sendiri yang akan memberikan ganjaran pada hamba-Nya.

Oleh itu, amat bagus sekali kalau kita dapat amalkan doa berkenaan dan memohon doa agar dipanjangkan umur agar dapat kita sekali lagi menemui Ramadhan. Rasa tak sabar nak memasuki Ramadhan. semoga kita dapat bersama-sama menempuh bulan-bulan yang berkat ini nanti. 

Insya Allah.






fb : Koleksi Kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din·




Tuesday, April 29, 2014

"orang lelaki, para suami...." - Ustaz Don











mata, senyuman, hati...


Mata menyimpan beribu airmata.
Senyuman menyimpan beribu rahsia.
Hati menyimpan beribu luka.
Orang takkan tahu selain Dia yang Maha Mengetahui...











Terima kasih kuucapkan...

Assalamualaikum....


Syukur Alhamdulillah... 
Sebab dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T... Satu untuk anak... Lagi satu untuk emaknya... Semalam tengahari keluar mencari telekung baru untuk anak tapi x kena ngan size jadi tak jadilah membeli... Tiba2 arini ada orang yang murah hati menghadiahkan telekung buat anak... Syukur sangat2... Macam tahu2 saja isi hati ini... 

Terdetik dihati semalam baru baca 10 m/s buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" kalau baca satu buku habis tentu dapat banyak lagi rezeki yang tak disangka2 kan... :)...

Terima kasih pada ****** kerana hadiah ini... Semoga dirimu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan hidup diberkati... Aminnn....
 


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH SWT nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah ath-Thalaq: 2-3).  -ayat seribu dinar-

adakah anda stress?

 
adakah anda sedang stress?...
 
 



Gambar ini adalah gambar yang digunakan oleh para Psikologis, Fungsinya untuk mengetahui seberapa tingkat stress anda. Jika gambar ini terlihat bergerak oleh mata anda, itu tandanya anda sedang stress. Semakin cepat gerakan gambar ini, semakin tinggi tingkat stress anda. Mungkin anda mengira ini gambar GIF yang bisa bergerak, Kalau anda tidak percaya, coba print out gambar ini, untuk membuktikan kalau ini bukan gambar bergerak. Lalu lihat gambarnya pada hasil Print out, jika tetap bergerak.. maka anda sedang mengalami stress. Beristrahatlah dengan Cukup

Kita juga bisa memaksa gambar ini agar terlihat tidak bergerak, caranya konsentrasi penuh. Jika tidak bisa berkonsentrasi menghentikan gerakan, itu tandanya stress anda sangat tinggi, atau fikiran anda sedang berada dalam guncangan yg sangat hebat

Sebarkan kalau menurut anda bermanfaat.










IBU BAPA JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN - UKE


Assalamualaikum... Dan selamat pagi..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini... Dan hidup kita lebih diberkatiNYA....

berikut merupakan Ringkasan mengenai intipati ceramah Ustaz Md Kazim Elias di Masjid Al Falah, Singapura telah dilaporkan di akhbar Berita Minggu Singapura bertarikh 27-04-2014. saya copy dari fb... tapi dah lupa fb mana....





sumber fb

Monday, April 28, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki..


Assalamualaikum....

Akhirnya buku yang diidam2kan dah ada dalam tangan... Terima kasih pada Fyda Adim sebab dia yang tolong belikan di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur sabtu aritu... X sabar nak baca...

Kawan baik..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya
Jom jadi kawan yang baik kerana ALLAH.. :)

Fb : Jubah Muslimah

Sunday, April 27, 2014

Letih uruskan rumahtangga....


Assalamualaikum.... 

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. dan Allah permudahkan segala urusan kita...

Dalam kehidupan seharian kadang2 kita merasa letih menguruskan itu dan ini... Tapi Nabi kita ada mengajar macamna nak menambahkan tenaga dan kekuatan.... Jom kita amal sama2...


 

Friday, April 25, 2014

Mesin ATM pun pandai minta maaf...

Assalamualaikum....

Tertarik betul dengan kata2 ni.... Mesin pun pandai mohon maaf...
:)

Berseminar....

Assalamualaikum... Dan selamat sejahtera... Semoga arini menjanjikan seribu kebahagiaan..

Ini cerita khamis aritu... semangat berkobar-kobar menghadiri "Seminar Transformasi Patriotisme dan Motivasi Dalam Kalangan Penjawat Awam dan Generasi Muda Negeri Melaka Tahun 2014"... Bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka...  dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama IKSEP, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergriti Nasional Melaka. Objektif program ni diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat dan makna patriotisme kepada kakitangan awam...

Nak ikutkan hati memang dah malas nak berkursus dan berseminar ni sebab dah cukup 7 hari berkursus untuk tahun ni.. Bila tengok nama penceramah tulah sebabnya datang bersemangat nak pergi.. Sebelum ni hanya dapat tengok kat kaca tv saja... Semalam dpt tgk secara live... Penceramah yang dimaksudkan ialah.... "Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah"...   tajuk ceramahnya "Transformasi membina diri dan minda yang cemerlang"... Manakala seorang lagi penceramah Yang Mulia Dato' Raja Arif bin Raja Ali , Ketua Pengarah Biro Tatanegara JPM.. Tajuk ceramahnya "Perjuangan dan ketahanan bangsa ke arah pengukuhan negara bermaruah dalam konteks Gagasan 1 Malaysia'... Kedua-dua penceramah ni memang best   dan  x rugi pergi... Byk ilmu yg dpt semalam... Syukur Alhamdulillah...

Semoga ada lagi majlis ilmu mcmni dihari akan datang.. Dapat ilmu dan dlm masa yang sama dpt lupakan sekejap kerja2 di opis...

Wednesday, April 23, 2014

kesempurnaan sebenar..



Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN,

Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN,
menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN yang Sebenarnya...









senyum itu sedekah



Senyum itu sedekah..

Mulakan dengan Bismillah beserta dengan senyuman.. Semoga hari ini lebih diberkati…


Senyum itu INDAH
Senyum itu MUDAH
Senyum itu IBADAH
Senyum itu SEDEKAH
Senyum itu SUNNAH
SENYUMLAH…

“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah”
(HR Tirmidzi)










Tuesday, April 22, 2014

SI PENYIBUK ~ "PUSHY"





Rimas dan rasa terganggu dengan rakan yang selalu saja mengganggu dan mendesak kamu ketika bekerja, sewaktu makan ataupun dalam situasi yang lain. Istilah ‘pushy’ lebih sesuai dilabel kepada mereka ini.

Gelaran ‘pushy’ sebenarnya bermaksud individu yang suka mendesak seseorang mengikut kehendak mereka. Tanpa memikirkan perasaan orang lain, mereka yang mempunyai tabiat buruk ini sering kali dijauhi dan sukar dijadikan kawan.

Apakah punca mereka bersifat demikian? Ia sebenarnya bermula apabila individu itu terlalu kerap ingin ‘mengawal’ hidup orang yang lain. 

Mereka rasakan diri berhak dilabel sebagai ‘bossy’ dan seterusnya memberikan arahan supaya menurut kata. Tapi realitinya, tidak semua orang suka dikawal terutamanya golongan remaja yang inginkan kebebasan melakukan sesuatu.
 

Tabiat ini sebenarnya lebih kerap berlaku dalam kalangan gadis. Buktinya sesetengah gadis bersifat mendesak terhadap teman lelaki atau kawan baiknya untuk melakukan sesuatu bagi menggembirakan hatinya. Akhirnya, mereka yang menjadi mangsa terpaksa menurut kehendak si gadis kerana tidak mahu perasaannya terguris ataupun memburukkan lagi keadaan.

Kata orang, asalkan kehendak tercapai, tidak mengapa jika ia menyebabkan orang lain berada dalam kancah kesusahan. Apa saja perkara yang ingin dituruti disertai dengan pujuk rayu dan desakan yang seakan-akan ‘manja’ dan tidak mudah untuk menepis atau katakan tidak pada ajakannya.


Walaupun begitu, ada juga lelaki yang bersikap ‘pushy’ dan tidak suka menerima pendapat orang lain. Pendek kata, kenyataan orang lain tidak diutamakan dan hanya ikut ‘kepala’ dia saja.

Pokok pangkalnya, sifat anak muda yang terlalu agresif dan ‘gila-gila’ secara keterlaluan itulah yang menjadi punca kepada masalah ‘pushy’. Individu seperti ini biasanya lebih utamakan diri sendiri dan tidak pandai jaga perasaan orang lain.


 

Impak negatif pada diri
 

Individu yang selalu suka mendesak ini sebenarnya mempunyai banyak kontra dan kebaikan. Ia boleh dilihat pada pergaulan mereka dengan rakan karib atau teman sekerja. Memang benar mangsa keadaan nampak saja baik depan mata, tapi pada masa yang sama mereka meluat dan kadangkala menghindari kamu secara diam-diam. Contohnya, mereka mungkin tidak mengajak kamu ke acara penting kerana tidak sukakan perangai kamu yang suka mendesak.
 

Selain itu, kamu juga akan membiasakan diri mengguris hati orang lain tanpa kamu sedari. Terlalu kerap mendesak sehingga lupa untuk jaga perasaan orang lain memungkinkan hubungan kamu dan insan tersayang menjadi renggang dan tidak mesra.
Penulis percaya, kamu pasti menganggap sikap kamu itu adalah normal dan mencerminkan diri kamu. Namun, realitinya adalah sebaliknya. Sikap kamu menjadikan mereka rimas dan tidak suka untuk terus berkawan dengan kamu.

 


Dari sudut pekerjaan, kamu tidak akan dapat mempelajari idea baru kerana terlalu menganggap idea kamu saja yang betul. Ini juga membawa kepada masalah lebih serius seperti tidak mampu bekerjasama dan sukar menerima pendapat orang lain.
 

Bukan itu saja, kamu juga akan terbiasa menjadi seorang yang tidak boleh sabar. Misalnya, kamu meminta telefon pintar baru daripada ibu bapa tapi mereka tidak ada wang untuk membelinya. Kamu mungkin akan memberontak dan menyusahkan lagi ibu bapa. Sudahlah mereka kesempitan wang, malah kamu memburukkan lagi keadaan. Sesiapa pun akan turut rasa tertekan dalam situasi sebegitu.
 

Malah, jika dinilai dari aspek kematangan diri, kamu mungkin berada di tempat terakhir kerana tidak dapat bergantung pada diri sendiri. Pendek kata, sesuatu perkara yang ingin dilakukan pasti memerlukan bantuan orang lain kerana kamu sudah membiasakan diri mendesak kawan atau keluarga untuk menolong kamu dalam apa saja keadaan. Lama-kelamaan kamu akan menghadapi kesukaran untuk berdikari.

 

Ubah sikap
 

Memang benar ia bukanlah semudah yang dijangkakan untuk berubah daripada negatif ke positif. Namun jika difikirkan kembali, adakah sikap kamu memberikan kesan yang positif kepada insan di sekeliling kamu? Adakah ia sesuatu yang patut dipandang mulia oleh orang ramai?
Sudah semestinya tidak, kerana ia menimbulkan banyak masalah dan perlu dibuang jauh-jauh. Kata orang, seribu langkah dimulai dari langkah pertama. Mana mungkin kamu berubah jika tiada usaha.

 

Langkah pertama, pastikan kamu menganalisis sikap kamu secara terperinci. Perhatikan sikap rakan dan keluarga kamu yang sering didesak. Adakah mereka tetap berperwatakan normal di hadapan kamu seperti sebelum ini? jika tidak, ia bermakna mereka tidak lagi selesa berdamping dengan kamu. Setiap manusia memerlukan kebebasan dan mereka tidak suka didesak, lagi-lagi kerana hal yang remeh-temeh saja.
 

Buang sikap ego dan sombong kamu itu. Ia tidak memberikan kebaikan langsung bahkan memburukkan lagi keadaan. Sekalipun kamu ingin mendapatkan perhatian si dia, bukan melalui sikap kamu yang suka mendesak malahan banyak lagi cara baik yang boleh mencuri perhatiannya. Ubah sikap itu perlahan-lahan walaupun payah.
 

Kedua, fikirkan kembali bagaimana kamu boleh menjadi seorang yang ‘pushy’. Adakah ia kerana kamu suka mengawal tindakan orang lain? Adakah kamu ingin mencuri perhatian atau adakah kamu sememangnya seorang yang suka mendesak? Hanya kamu saja yang mengetahui jawapannya. Untuk kesan yang lebih baik, senaraikan perkara yang memungkinkan kamu bersikap demikian. Mungkin kamu sudah biasa dimanjakan? Lihat satu persatu apa yang ditulis dan seeloknya bincangkan bersama keluarga atau pakar kaunseling bagaimana cara untuk membuang sikap itu.
 

Ketiga, jika kamu seorang yang kurang bergaul dan merasakan bersikap ‘pushy’ dapat menghilangkan ketakutan kamu itu, ia sebenarnya harus dihentikan. Jika kamu sukar bergaul, bersikap mendesak tidak dapat menyelamatkan keadaan malahan memburukkan lagi ia. Pastikan kamu sentiasa bergaul dengan sesiapa saja. Walaupun sukar pada mulanya, ingat pepatah ‘usaha itu tangga kejayaan’.
 

Keempat, berhenti daripada membuat pendapat sendiri. Kamu mungkin mendapati rakan, teman rapat kamu boleh diharap seterusnya membuatkan kamu bergantung padanya. Hakikatnya, kamu sudah banyak membazirkan masa kepada orang lain dan tidak fokus terhadap hobi serta cita-cita yang diinginkan. Berdiri atas kaki sendiri adalah lebih baik daripada selalu mengharapkan bantuan orang lain.
 

Lima, cari hobi yang boleh menceriakan kamu. Mungkin kamu banyak kali menempuhi masalah kemurungan dan seterusnya membuat keputusan untuk lepas geram pada rakan kamu dengan mendesaknya supaya menemani atau membantu kamu dalam apa saja. Jika difikirkan kembali, andai kata kamu mempunyai hobi menarik seperti melukis, membeli-belah dan sebagainya, kamu boleh membunuh sikap ‘pushy’ itu.
 

Enam, cuba seimbangkan perangai kamu yang suka mendesak itu. Kata orang, kalau terlampau pasif pun buruk juga padahnya. Belajar menyeimbangkan sikap agresif dan pasif kamu. Pendek kata, biar tegas tapi jangan mendesak.
 

Akhir sekali, kamu perlu meminta maaf kepada mangsa keadaan. Katakan pada mereka bahawa kamu ingin berubah dan berhenti bersikap ‘pushy’. Terapkan nilai positif dalam diri dan biasakan diri untuk menjaga perasaan orang lain juga. Amalkan kesemua langkah di atas ini dan insya-Allah kamu akan berjaya!


harian metro








Monday, April 21, 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT




PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT / LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES YANG DICETUSKAN OLEH MAJLIS PENGARAH PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE- MALAYSIA (MPAM)



MEMBACA SERENTAK SE MALAYSIA.

Tarikh: 22 April 2014  
Hari: Selasa  
Mula: 10.00 pagi Hingga: 10.10 pagi
Masa: 10 minit.  
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.
 Bahan Bacaan : "Bacaan apa-apa bahan yang bermanafaat"
 

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014….








Di mana Hang Tuah....


Assalamualaikum.... Dan selamat pagi isnin 
dan selamat bekerja bagi yang bekerja... 

Kelmarin ari Sabtu anak2 sibuk cakap "jomlah kita pi cari Hang Tuah... Tempat yang dalam tv tu.." penangan cerita tv tajuk apa ntah baru2 ni yg dia org tgk... Kebetulan ayahnya bekerja malam.. dan mmg berminat bab2 sejarah ni.... Jadi kami pun pergilah ke Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong, Melaka ... Walaupun dah hampir 9 tahun menetap di Melaka... Baru kali ni berkesempatan ke sana... Ingat ka ada perigi saja di sana... Rupa2nya dah ada Perkampungan Hang Tuah... Dibawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka.. 

Memang berbaloi ke sana.. Tiket masuk bagi dewasa RM5.00 dan RM3.00 bagi kanak-kanak... Jomlah kita layan gambar2 yang diambil semasa disana...





antara barang pameran dalam rumah Hang Tuah dan Rumah Hang Jebat


tengah belajar silat
anak2 tengah belajar silat dalam muzium....


 
jernih air perigi Hang Tuah ni... sejuk pula tu... Perigi Hang Tuah ni terletak di luar kawasan Hang Tuah Center.. nasib baik perigi ni berada dalam pagar... sebab ketinggiannya cuma paras2 lutut kita saja... bahaya bagi kanak2 jadi anak2 tgk sajalah dari luar...




sekian cerita untuk arini... lain hari ke destinasi yang seterusnya..



Friday, April 18, 2014

Penghulu segala hari tiba lagi!




Assalamualaikum dan salam Jumaat…

Penghulu segala hari tiba lagi!

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih diberi nyawa hari ini untuk beribadah kepada-NYA.Bertaubat pada-NYA….

Semoga kita  sentiasa berada di dalam rahmat-Nya, diberkati  dan dipermudahkan segala urusan kita…  amiinnn…












Sunday, April 13, 2014

Kejayaan bukan selalu kelihatan di depan mata...

Assalamualaikum.... Dan,.. Selamat beristirehat di hujung minggu...

Biarlah gambar yang berbicara...

Saturday, April 12, 2014

Doa mengawal diri dari sifat panas baran..


Bertuahnya.... beruntungnya...


Assalamualaikum... Dan selamat pagi... Semoga kehidupan kita arini dan hari2 seterusnya dilimpahi rahmat dari Allah Yang Maha Esa...

" Bertuahnya isteri apabila suami pandai menjaga pergaulan dengan tidak bergaul bebas dengan perempuan-perempuan yang tidak halal baginya,

dan alangkah beruntungnya suami apabila isteri dipayungi sifat malu dan tidak membenarkan kecantikkannya dinikmati oleh lelaki lain selain suaminya. " -Ustazah Siti Khadijah


Thursday, April 10, 2014

Jadilah seperti....


Falsafah Buah-buahan

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna


7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.


fb : LayarMinda
 









Tuesday, April 8, 2014

bawang merah hilangkan selsema...






Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.

 

** time kasih pada fb Klinik Kesihatan Papazola atas perkongsian ini….













Sentiasa lewat, apakah sebabnya?



Assalamualaikum… dan selamat pagi….

lewat ke tempat kerja… itulah masalah yang saya alami sejak kebelakangan ini…. Dalam sebulan mesti ada sehari dua sampai lewat… maka merahlah masa pada punch card tadi… Rasa malu ada juga bila lewat,… apalah agaknya persepsi orang pada saya… tapi buat muka dek saja masuk opis… hati berkata2… “apa org kata kat aku sebab lambat datang opis”.. “mcmna ngan gaji yang diterima setiap bulan”… “berkatkah gaji…” macam2 lagilah di fikiran….



“Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang secukupnya kepada aku untuk bertaubat.

Ya Allah, himpunkanlah aku di kalangan hamba-hamba Mu yang yakin dengan janji dan ingatan Mu.”






***  sedang merancang perjalanan supaya tidak lewat lagi…

      “biar lambat asal selamat… rancang perjalanan anda…  supaya anda tidak

      lewat lagi”



sumber : hmetro.com.my

Oleh Hazril Md Nor

Tidak dinafikan, ramai orang kerap lewat dalam menghadiri sesuatu disebabkan masalah seperti kereta rosak, kesesakan lalu lintas ataupun bangun lewat. Meskipun begitu, kesilapan itu mungkin berlaku di luar jangkaan dan bidang kuasa mereka.
Bagi anda yang selalu lewat disebabkan alasan tidak munasabah, adalah tidak patut menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Anda berkemungkinan besar menghadapi risiko seperti kehilangan peluang pekerjaan, hubungan persahabatan menjadi renggang dan lain-lain lagi.

Ini semua berpunca daripada diri anda yang membenarkan kelewatan itu menguasai diri. Sebelum risiko kehilangan kawan bertambah, anda perlu lakukan sesuatu untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Fikirkan sebab
Tanya diri anda mengapa masalah ini masih berlanjutan dan anda tidak berbuat sesuatu untuk menghentikannya.

Dalam situasi lewat bangun tidur, mungkin anda seorang yang gemar berjaga malam dan bermain permainan video. Berapa kerap perkara ini berlaku? Tanya diri anda. Jika ia terlalu kerap, maka anda perlu lakukan sesuatu dengan segera. Cuba motivasi diri anda untuk tidur pada waktu yang sepatutnya bagi mengelakkan bangun lewat. Fikirkan perkara buruk yang berlaku akibat kerap bangun lewat. Misalnya, senaman pagi tidak dilaksanakan dan sarapan pagi selalu ditinggalkan.

Bagi situasi lain seperti sering lewat dalam menghadiri sesuatu, fikirkan apa sebabnya. Bagi perempuan, mungkin anda mengambil terlalu lama untuk bersiap sehingga terlewat untuk ke temu janji. Golongan remaja lelaki pula sering berdolak-dalih dan tidak mengambil serius akan kepentingan masa dan seterusnya mengabaikan ketepatan masa. Untuk itu, anda perlu ubah perspektif minda ke arah lebih positif dan cuba bayangkan jika anda berada di tempat orang yang lama menunggu. Pasti anda akan rasa marah kerana rakan tidak menepati masa.


Beritahu punca sebenar

Jika anda terlalu kerap lewat, siapkan segala kerja dengan segera. Misalnya, anda ada janji temu atau mesyuarat pada waktu tengah hari, pastikan kertas kerja itu siap terlebih awal dan letakkan di tempat yang sepatutnya.

Ini boleh mengelakkan anda daripada terlupa atau tergesa-gesa mencari kertas kerja jika tidak ditempatkan di tempat yang sepatutnya. Selain itu, terdapat juga situasi di mana anda lewat menghadiri sesuatu kerana tidak suka bertemu dengan orang yang tidak disukai. Cuba hampiri mereka dengan hati terbuka dan selesaikan masalah yang timbul. Adakan suatu perbualan ringkas untuk mendapatkan kepastian berkenaan sebab mereka bersikap dingin terhadap diri anda.

Beritahu juga rakan bahawa anda sering lambat tiba di restoran, acara atau majlis kerana kekurangan duit. Lakukan sesuatu pertemuan yang tidak menggunakan banyak wang bagi mengelakkan alasan anda untuk hadir lewat berkurangan.


Buang tabiat buruk itu

Untuk membuang terus tabiat lewat daripada diri pasti memerlukan masa. Namun jika dilakukan secara berterusan nescaya anda akan berjaya juga.

Pertama, anda perlu aturkan cara hidup dengan lebih sistematik. Pastikan kesemua barangan, kertas kerja disimpan di tempat betul untuk mengelakkan anda lewat akibat mencarinya barangan itu. Kedua, lakukan sesuatu kerja yang anda mampu pikul. Elakkan berjanji bertemu dengan rakan terlalu awal sehingga anda muncul lewat di lokasi pertemuan.

Ketiga, dapatkan tidur yang cukup. Jika anda rasa terlalu penat akibat kekurangan tidur, itu adalah punca anda rasa malas dan seterusnya lewat dalam sesuatu pertemuan.









Monday, April 7, 2014

Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy


sila klik banner
sila klik banner


Syarat-syarat dia semua senang
 
Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia sahaja
Follow blog ini
Buat satu entri yang bertajuk Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy
Tempek banner di atas dan backlink ke entri ini
Tinggalkan link url entri anda di kotak komen ini
Tarikh Tamat 10 April 2014 (pukul 11:59 Malam)










Friday, April 4, 2014

Nilai Sebenar Seorang Isteri...


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.
 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.
 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”
Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,
PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"
Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”
 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri2 anda...

sumber : fb Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia










ISTERI DI SISI SUAMI...


Isteri dambaan suami, syurga akan menanti. InshaAllah..


https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim/photos/a.473070862715446.101861.473053892717143/717255848296945/?type=1&theater


sumber : fb Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia













JANGAN BUNUH SEMUT!!!



 
 Assalamualaikum.....

Kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh Nabi junjungan kita Rasullullah s.a.w dulu, kita ucaplah ..

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..
Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran. 

Cintailah Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya...
======================

SUMBER : Keluarga Bahagia Selamanya












perbualan antara abang misi dengan pesakit...


Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit
 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."


Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"


Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."


Pesakit: "Wah, apa dia?"


Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.


→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.


→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.


→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."


Pesakit: "Hm. Apa dia?"


Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.


→Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...


→dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...


→Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."


Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "


Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.


✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?


◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. 




sumber : fb Kelab Soal Jawab Ibubapa Cemerlang












Thursday, April 3, 2014

Kadar Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang


Assalamualaikum..... dan salam sejahtera.....

Bermula 1 April 2014 tol akan dikenakan di jambatan kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam setelah percuma selama sebulan. Berikut adalah senarai harga tol Jambatan Kedua Pulau Pinang mengikut kelas kenderaan. Sila sediakan bayaran yang tepat yer....






** x sabar nak balik kampung... masuk pulau ikut jabatan kedua keluar pulau ikut jabatan pertama....













Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...