Suka Entry Di Sini???

Friday, April 25, 2014

Berseminar....

Assalamualaikum... Dan selamat sejahtera... Semoga arini menjanjikan seribu kebahagiaan..

Ini cerita khamis aritu... semangat berkobar-kobar menghadiri "Seminar Transformasi Patriotisme dan Motivasi Dalam Kalangan Penjawat Awam dan Generasi Muda Negeri Melaka Tahun 2014"... Bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka...  dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama IKSEP, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergriti Nasional Melaka. Objektif program ni diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat dan makna patriotisme kepada kakitangan awam...

Nak ikutkan hati memang dah malas nak berkursus dan berseminar ni sebab dah cukup 7 hari berkursus untuk tahun ni.. Bila tengok nama penceramah tulah sebabnya datang bersemangat nak pergi.. Sebelum ni hanya dapat tengok kat kaca tv saja... Semalam dpt tgk secara live... Penceramah yang dimaksudkan ialah.... "Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah"...   tajuk ceramahnya "Transformasi membina diri dan minda yang cemerlang"... Manakala seorang lagi penceramah Yang Mulia Dato' Raja Arif bin Raja Ali , Ketua Pengarah Biro Tatanegara JPM.. Tajuk ceramahnya "Perjuangan dan ketahanan bangsa ke arah pengukuhan negara bermaruah dalam konteks Gagasan 1 Malaysia'... Kedua-dua penceramah ni memang best   dan  x rugi pergi... Byk ilmu yg dpt semalam... Syukur Alhamdulillah...

Semoga ada lagi majlis ilmu mcmni dihari akan datang.. Dapat ilmu dan dlm masa yang sama dpt lupakan sekejap kerja2 di opis...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...