Suka Entry Di Sini???

Wednesday, April 30, 2014

esok 1 Rejab 1435H

Assalamualaikum....

Esok bermulalah 1 Rejab 1435

Bulan Rejab adalah salah 1 dari 4 bulan yang diharamkan Allah S.W.T. bagi umat islam berperang melainkan dianiaya atau diserang. kelebihan nya Bulan rejab ini tidak diketahui secara tepat, namun yang pastinya, dalam bulan Rejab ini lah Rasulullah S.A.W. telah diangkat oleh Allah S.W.T. ke Sidhratul Muntaha untuk menerima 1 ibadah, direct tanpa perantaraan Jibril A.S. iaitu ibadah solat 5 waktu sehari semalam.

Apa yang penting di sini, bulan Rejab juga adalah medan persediaan kita untuk menyambut 1 lagi ibadah penting bagi umat manusia iaitu ibadah puasa. Itu lah sebabnya ada doa yang bagus kita amalkan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Difahamkan, para sahabat nabi, para tabiin dan ulama telah berdoa agar dapat sampai ke bulan Ramadhan yang penuh dengan 1001 keberkatan yang mana Allah S.W.T. sendiri yang akan memberikan ganjaran pada hamba-Nya.

Oleh itu, amat bagus sekali kalau kita dapat amalkan doa berkenaan dan memohon doa agar dipanjangkan umur agar dapat kita sekali lagi menemui Ramadhan. Rasa tak sabar nak memasuki Ramadhan. semoga kita dapat bersama-sama menempuh bulan-bulan yang berkat ini nanti. 

Insya Allah.






fb : Koleksi Kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din·




3 comments:

  1. selamat menyambut bulan rejab untuk semua umat islam...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengingatkan & berkongsi ilmu.. salam Rejab.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...