Suka Entry Di Sini???

Tuesday, April 8, 2014

Sentiasa lewat, apakah sebabnya?



Assalamualaikum… dan selamat pagi….

lewat ke tempat kerja… itulah masalah yang saya alami sejak kebelakangan ini…. Dalam sebulan mesti ada sehari dua sampai lewat… maka merahlah masa pada punch card tadi… Rasa malu ada juga bila lewat,… apalah agaknya persepsi orang pada saya… tapi buat muka dek saja masuk opis… hati berkata2… “apa org kata kat aku sebab lambat datang opis”.. “mcmna ngan gaji yang diterima setiap bulan”… “berkatkah gaji…” macam2 lagilah di fikiran….



“Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang secukupnya kepada aku untuk bertaubat.

Ya Allah, himpunkanlah aku di kalangan hamba-hamba Mu yang yakin dengan janji dan ingatan Mu.”






***  sedang merancang perjalanan supaya tidak lewat lagi…

      “biar lambat asal selamat… rancang perjalanan anda…  supaya anda tidak

      lewat lagi”



sumber : hmetro.com.my

Oleh Hazril Md Nor

Tidak dinafikan, ramai orang kerap lewat dalam menghadiri sesuatu disebabkan masalah seperti kereta rosak, kesesakan lalu lintas ataupun bangun lewat. Meskipun begitu, kesilapan itu mungkin berlaku di luar jangkaan dan bidang kuasa mereka.
Bagi anda yang selalu lewat disebabkan alasan tidak munasabah, adalah tidak patut menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Anda berkemungkinan besar menghadapi risiko seperti kehilangan peluang pekerjaan, hubungan persahabatan menjadi renggang dan lain-lain lagi.

Ini semua berpunca daripada diri anda yang membenarkan kelewatan itu menguasai diri. Sebelum risiko kehilangan kawan bertambah, anda perlu lakukan sesuatu untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Fikirkan sebab
Tanya diri anda mengapa masalah ini masih berlanjutan dan anda tidak berbuat sesuatu untuk menghentikannya.

Dalam situasi lewat bangun tidur, mungkin anda seorang yang gemar berjaga malam dan bermain permainan video. Berapa kerap perkara ini berlaku? Tanya diri anda. Jika ia terlalu kerap, maka anda perlu lakukan sesuatu dengan segera. Cuba motivasi diri anda untuk tidur pada waktu yang sepatutnya bagi mengelakkan bangun lewat. Fikirkan perkara buruk yang berlaku akibat kerap bangun lewat. Misalnya, senaman pagi tidak dilaksanakan dan sarapan pagi selalu ditinggalkan.

Bagi situasi lain seperti sering lewat dalam menghadiri sesuatu, fikirkan apa sebabnya. Bagi perempuan, mungkin anda mengambil terlalu lama untuk bersiap sehingga terlewat untuk ke temu janji. Golongan remaja lelaki pula sering berdolak-dalih dan tidak mengambil serius akan kepentingan masa dan seterusnya mengabaikan ketepatan masa. Untuk itu, anda perlu ubah perspektif minda ke arah lebih positif dan cuba bayangkan jika anda berada di tempat orang yang lama menunggu. Pasti anda akan rasa marah kerana rakan tidak menepati masa.


Beritahu punca sebenar

Jika anda terlalu kerap lewat, siapkan segala kerja dengan segera. Misalnya, anda ada janji temu atau mesyuarat pada waktu tengah hari, pastikan kertas kerja itu siap terlebih awal dan letakkan di tempat yang sepatutnya.

Ini boleh mengelakkan anda daripada terlupa atau tergesa-gesa mencari kertas kerja jika tidak ditempatkan di tempat yang sepatutnya. Selain itu, terdapat juga situasi di mana anda lewat menghadiri sesuatu kerana tidak suka bertemu dengan orang yang tidak disukai. Cuba hampiri mereka dengan hati terbuka dan selesaikan masalah yang timbul. Adakan suatu perbualan ringkas untuk mendapatkan kepastian berkenaan sebab mereka bersikap dingin terhadap diri anda.

Beritahu juga rakan bahawa anda sering lambat tiba di restoran, acara atau majlis kerana kekurangan duit. Lakukan sesuatu pertemuan yang tidak menggunakan banyak wang bagi mengelakkan alasan anda untuk hadir lewat berkurangan.


Buang tabiat buruk itu

Untuk membuang terus tabiat lewat daripada diri pasti memerlukan masa. Namun jika dilakukan secara berterusan nescaya anda akan berjaya juga.

Pertama, anda perlu aturkan cara hidup dengan lebih sistematik. Pastikan kesemua barangan, kertas kerja disimpan di tempat betul untuk mengelakkan anda lewat akibat mencarinya barangan itu. Kedua, lakukan sesuatu kerja yang anda mampu pikul. Elakkan berjanji bertemu dengan rakan terlalu awal sehingga anda muncul lewat di lokasi pertemuan.

Ketiga, dapatkan tidur yang cukup. Jika anda rasa terlalu penat akibat kekurangan tidur, itu adalah punca anda rasa malas dan seterusnya lewat dalam sesuatu pertemuan.









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...