Suka Entry Di Sini???

Tuesday, May 27, 2014

28.05.2014 : 5.16 petang - menyemak ketetapan arah kiblat


Esok, 28 Mei 2014 (Rabu) masyarakat boleh menyemak ketetapatan arah kiblat di kediaman masing-masing kerana esok pada jam 5.16 petang kita boleh menyemak arah kiblat melalui kaedah istiwa' matahari di kaabah. Ia hanya 2 kali dalam setahun. Jgn lepaskan peluang...

(1)  Nama fenomena?
-  Istiwa A`zam 

(2)  Apa signifikannya fenomena ini kepada kita?
-  Dapat menyemak arah kiblat dengan tepat.

(3)  Bagaimana cara menyemak kiblat?

Sebelum:

-  Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
-  Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
-  Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
-  Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
-  Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
-  Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

-  Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
-  Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)
-  Tandakan arah qiblat.

Selepas:

-  Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
-  Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
-  Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

*Bacaan lanjut di sini.





1 comment:

  1. Terima kasih diatas info berguna ini. Harap2 petang ni cerahlah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...