Suka Entry Di Sini???

Friday, June 27, 2014

Salam Ramadhan 1435


assalamualaikum.. dan salam Jumaat....

Alhamdulillah... sekali lagi kita akan ditemukan dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan... semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan amalan2 yang mulia dan dapat berubah ke arah yang lebih baik...semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T...

Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap, terkasar bahasa.. terkhilaf sehingga menyinggung perasan... aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan....

Salam Ramadhan buat semua....

mr google









Tuesday, June 24, 2014

Buah-buahan bagus ketika musim panas





Kini cuaca panas kembali melanda.. Cuaca yang panas bukan sahaja menyebabkan kita berpeluh dengan lebih kerap yang mana menyebabkan proses dehidrasi berlaku dengan pantas.

Keadaan cuaca panas juga boleh menyumbang kepada masalah kulit seperi ruam, jerawat dan ketidakselesaan pada tubuh badan.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis buah-buahan yang boleh anda makan sebagai jalan mengurangkan masalah ini yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.

Mangga
Buah yang enak serta kaya dengan Vitamin C ini juga memebrikan kesan menyegarkan pada tubuh. Mangga menjadi buat yang lebih efektif bagi masalah strok dan kelelahan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Susu skim
Susu skim mampu memelihara tubuh daripada masalah dehidrasi dan juga gangguan pencernaan.

Jus buah-buahan
Jus buah-buahan segar amat membantu tubuh bagi menggantikan cairan yang hilang ketika proses dehidrasi di musim panas.

Apricot
Buah ini boleh menjadi snek yang berkesan bagi mereka yang kerap mengalami masalah jerawat di musim panas. Apricot kaya dengan kandungan zat besi, Vitamin C, kalium dan juga serat.

Jagung
Buah jagung megandungi asid pentotenat, memberikan Vitamin B untuk menjauhi stress. Jagung dalam bentuk apa pun, sama ada dipanggang atau direbus merupakan makanan sihat kerana boleh menurunkan kadar kolestrol.



sumber :  https://my.entertainment.yahoo.com/news/buah-buahan-bagus-ketika-musim-panas-030315159.html















Friday, June 20, 2014

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 1435 pada 27.06.14 (Jumaat)



KUALA LUMPUR - Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun ini bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama










Thursday, June 19, 2014

TANDA-TANDA HATI KOTOR...


Jom kita tenung2 dalam diri kita.... Mana yang buruk kita buang jauh2 na... 

 

Wednesday, June 18, 2014

Terima kasih sahabat...

Assalamualaikum.. Selamat pagi...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.... Aminn..

Monday, June 16, 2014

Hanya Jauhari yang mengenal manikam


Renungan...

:: Kadang-kadang kita jadi buta.. Kita tak nampak permata di depan mata.. Apa yang kita kejar hanyalah kilauan kaca.. Hanya apabila permata itu ditemui oleh orang lain yang pandai menghargainya, barulah kita sedar kita telah kehilangan sesuatu yang berharga.. Kaca yang kita cari, akhirnya buat jari kita terluka.. Ketika itu, baru kita mengerti bahawa kita sudah terlambat untuk menghargai apa yang ALLaH anugerahkan buat kita dulu..

"Benarlah kata orang... Hanya Jauhari yang mengenal manikam"

- Tuan Shahrul Mizan


RENUNGAN @ Rahsia Perkahwinan


“air yang dicincang, tidak akan putus”


“air yang dicincang, tidak akan putus”.
Hargai  dan sayangilah  sesama kita...





Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.


Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:

“Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka.”
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah…”
(Surah al-Baqarah, ayat 284)

Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali. 

Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.

Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki.

 ”Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.

Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama “air yang dicincang, tidak akan putus”. Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.

Wallahu’alam.

artikel ni di ambik dari iluvislam.com/tazkirah/nasihat/ .. - Artikel iluvislam.com
 

Friday, June 13, 2014

Tip: Lupa Kata Laluan / Password Tablet? Nak Tahu Cara Untuk ‘Recover’



Cuba kita lihat senario di bawah:

“Eh, ayah baru jumpa tablet lama la jenis Samsung masa mula-mula keluar dulu? Dah berzaman tak on,” kata si ayah.
“Meh lah saya pakai,” jawab si anak.
“Boleh tapi kakak kau dah lupa password. Ayah tanya dia tadi, dia pun tak ingat password. Sekarang susahlah macam ni, kalau takde password macam mana nak buka tablet ini?” rungsing sungguh si ayah.

Melihat kepada senario di atas, berapa kali ia pernah terjadi kepada anda? Ketika mengemas rumah tiba-tiba terjumpa tablet lama atau saudara-mara, rakan dan pelbagai manusia lain yang memberi anda tablet lama mereka tetapi bila anda mahu membukanya, ia dikunci dengan password atau kata laluan. Sudah pasti anda mati akal tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ada yang terus pergi ke kedai. Boleh juga tetapi berdasarkan pengalaman, anda mungkin dicaj sehingga RM100 walhal terdapat cara mudah bagi membuka semula tablet lama tanpa perlu ke kedai.

Apa yang boleh dilakukan ialah

1.Tutup/off dulu tablet

2.Tekan butang on dan volum turun/ vol down secara serentak

A


3.Apabila logo syarikat (misalnya Samsung) keluar, lepaskan butang power tetapi terus tekan butang vol down. Seperti foto A


B

4.Anda akan menyaksikan menu seperti dalam foto B. Pilih ’reboot system now’ menggunakan butang vol up atau vol down. Selepas pilih, tekan butang ‘Home’ pada tablet anda.

C

5.Ia akan memaparkan gambar logo Android. Biarkan selama beberapa minit. Mulakan kembali dengan langkah 1 hingga 3.

6.Pilih menu ke-3 pula iaitu ‘wipe data/factory reset’ (foto C). Selepas pilih, tekan butang home, ia akan meminta anda memilih ‘Yes- delete all user data’. Tekan butang Home sekali lagi dan ia akan melakukan reset semula kepada tablet. Selepas itu, ia akan membawa anda masuk semula ke antaramuka tablet.

Perlu diingatkan, ia bermakna anda memadam semua data di dalamnya termasuk aplikasi (kecuali yang default), gambar-gambar yang disimpan dan sebagainya. Tetapi tablet anda kini baru seperti bayi yang baru dilahirkan.


 SUMBER : YAHOO!NEWS


** SELAMAT MENCUBA...









Thursday, June 12, 2014

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

"Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.

Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih." Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"

Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :"Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan. 'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan. 'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.

Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab saya : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.

Kata Ali ra: " Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."

Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"

Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."

Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.

Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.

Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :

"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."

Sumber: PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN

MR GOOGLE


Cuaca Panas & Kesihatan



Pengenalan
Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian.

Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.

Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas

Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
  • Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas

Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Komplikasi (kerumitan)

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
 
Kumpulan Berisiko

Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.
Pencegahan

Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas?

"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.

Di bawah adalah tip–tip pencegahan:
Perlu
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Jangan/ tidak perlu
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.   
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?

Ingat tip–tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Meregangkan otot-otot yang terlibat
  • Letakkan bungkusan ais/air batu
  • Minum air setiap 15 minit
  • Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:
  • Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
  • Kekeliruan/kebingungan
  • Kerap muntah
  • Susah bernafas


sumber : MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia






~ Kuharapkan ramadhan... kali ini penuh makna... ~

 

assalamualaikum... dan selamat pagi semua...

semoga hari ini lebih baik dari semalam... dan kehidupan kita lebih diberkatiNya....pejam celik pejam celik arini dah 14 Syaaban... Insya Allah dalam 16 hari lagi kita akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan...


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

          
 Harapan Ramadhan

kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

selangkah...
demi selangkah...
setahun sudah pun berlalu...
masa yang pantas berlalu...
hingga tak terasa pun...
berada di bulan ramadhan..semula...

kumengharapkan ramadhan...
kali ini penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

puasa...
satu amalan...
sebagai mana yang diperintah NYA...
moga dapat kulenturkan...
nafsu yang selalu...
membelenggu diri...
tiada henti henti...

kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
tak inginku...
biarkan ramadhan...
berlalu saja...
tuhan pimpinlah...
daku yang lemah...
mengharungi segalanya...
dengan sabar...

kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...

kumengharapkan ramadhan...
kali ini...
penuh makna...
agar dapat kulalui...
dengan sempurna...
kememohon pada tuhan...
diberikan kekuatan...
kemerayu pada tuhan...
diterima amalan...

selangkah...
demi selangkah...
dengan rahmatmu oh tuhanku...
kutempuh jua...



Marilah kita saling memaafkan antara satu sama lain.Yang berlalu biarkan berlalu...









Friday, June 6, 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html
sila KLIK banner

segmen tamat hari SABTU 7/6/2014 jam 11.00 malam












Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...