Suka Entry Di Sini???

Thursday, July 17, 2014

Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....



Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".

Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom.

Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA.

Kalau anda berminat muat turun, anda boleh dapatkannya di : www.pelajarcemerlang.com

Semoga bermanfaat.


** Part ni yang saya paling suka.. mungkin boleh diberi motivasi untuk diri sendiri dan anak2…



NASIHAT SEORANG GURU..

“Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10
tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi dah.

Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik. Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun.Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.”

“Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni. Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup senang selepas itu.”










No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...