Suka Entry Di Sini???

Tuesday, September 30, 2014

LAKSA RM1.50 semangkuk, percuma jika hendak tambah kuah



mr google

BOLEH isi sendiri sebanyak mana pun laksa ke dalam mangkuk,  dengan harga RM1.50 malah percuma jika hendak tambah kuah.

Pastinya ini tawaran menarik kepada penggemar laksa dan inilah yang ditawarkan Ishak Ibrahim, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Aq oleh penduduk di Jalan Kuala Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Mereka boleh ambil sendiri rencah seperti bawang, timun dan cili sebagai penyedap rasa. Lain orang, lain cita rasa. Ada yang tak makan bawang. Jadi mereka bebas pilih rencah ikut selera mereka," kata Pak Aq yang merupakan pesara tentera.

Mengenai harga laksa yang dijualnya itu agak murah berbanding tempat lain, Pak Aq berkata ini kerana dia tahu pelanggan yang kebanyakannya penduduk tempatan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Pada awalnya, kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada penduduk setempat iaitu nelayan, petani dan mereka yang bekerja kampung, sebab itu saya tidak jual dengan harga seperti di tempat lain.

“Lama kelamaan saya terfikir ada baiknya saya terus kekalkan harga ini kerana sambutan yang diterima  menggalakkan dari hari ke hari. Macam ada jenama sendiri pula," katanya.

Seorang pelanggan, Idrus Arshad, 45, berkata,  dia mengunjungi gerai Pak Aq sejak zaman bujang pada tahun 80-an.

“Sampailah sekarang, saya sudah berkeluarga tapi masih ke sini setiap kali hujung minggu" katanya.

Bagi Sim Ah Beng, 68, pula dia menggemari laksa Pak Aq kerana rasanya seperti masakan ibu sendiri.

“Kalau datang sini, makan dua mangkuk pun belum tentu cukup. Rasanya sedap, kuahnya dimasak menepati selera saya," katanya.

sumber : sinarharianonline










Friday, September 26, 2014

PESTA BUKU MELAKA 2014


assalamualaikum... dan selamat pagi.... 

kepada orang-orang Melaka dan sekitarnya.. jom beramai2 kita ke Pesta Buku Melaka 2014 pada 26-28 September 2014 bertempat di Melaka Mall Ayer Keroh...



http://www.perpustam.gov.my/

Jom beramai-ramai ke Pesta Buku 2014 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada 26 - 28 September 2014 bertempat di Melaka Mall dari 10 pagi - 10 malam. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan, pameran ilmiah serta jualan buku dengan diskaun yang menarik daripada pembekal-pembekal buku.












Monday, September 15, 2014

Tentang KUNYIT...

 Foto

 

Kuning kunyit ubati penyakit


Kunyit sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit dijadikan minuman ketika dalam pantang serta ubat paling mujarab untuk me­ngurangkan selesema.

Ia juga herba penting dalam sistem perubatan di Cina dan India. Malah kini, tanaman ini diperakui dalam perubatan moden untuk mengubat pelbagai penyakit. Rahsia penawar kunyit adalah warna kuningnya dinamakan curcumin yang memberikan manfaat. 


Mengambil air kunyit setiap hari dapat membantu :
 
1. Menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada sera­ngan penyakit.

2. Menguatkan fungsi sistem tulang, sendi dan rangka badan.

3. Membantu mengawal tahap kolesterol supaya berada pada tahap normal.

4. Membantu mengua­t­kan sistem perkumuhan badan (darah dan hati).

Pelbagai kajian yang dijalankan saintis di luar negara juga membuktikan keberkesanan kunyit. Ia didapati mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan antaranya:

1. Mampu melawan kanser

Kajian daripada Universiti California Los Angeles mendapati enzim penyebab kanser dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang ­bengkak

Menurut doktor perubatan daripada Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat, Dr Randy J Horwitz, penggunaan kunyit sebelum rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.


3. Bahan antioksidan terbaik

Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel badan yang menyebabkan pembeng­kakan atau keradangan.


4. Membantu melangsing­kan badan

Kunyit juga boleh ­meningkatkan tahap oksidasi lemak di dalam badan dan seterusnya ­mempercepatkan metabolisme badan, jadi banyak kalori dibakar dan tiada lemak tersimpan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/15

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Kuningkunyitubatipenyakit/Article/









Tuesday, September 9, 2014

Ekspo Makanan Selamat ~ MELAKA


assalamualaikum... dan selamat pagi semua...
kepada orang-orang Melaka dan sekitarnya jom beramai2 kita meriahkan Ekspo Makanan Selamat di MITC Melaka....

Kunjungi Safe Food 2014
Tarikh : 13-14 September 2014
Tempat : MITC, Melaka.. 

Anda berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keselamatan makanan ! Masuk Percuma....





  fb : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia


Monday, September 8, 2014

12 Amalan pembuka pintu rezeki


Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...