Suka Entry Di Sini???

Monday, September 15, 2014

Tentang KUNYIT...

 Foto

 

Kuning kunyit ubati penyakit


Kunyit sejenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan. Dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit dijadikan minuman ketika dalam pantang serta ubat paling mujarab untuk me­ngurangkan selesema.

Ia juga herba penting dalam sistem perubatan di Cina dan India. Malah kini, tanaman ini diperakui dalam perubatan moden untuk mengubat pelbagai penyakit. Rahsia penawar kunyit adalah warna kuningnya dinamakan curcumin yang memberikan manfaat. 


Mengambil air kunyit setiap hari dapat membantu :
 
1. Menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan daripada sera­ngan penyakit.

2. Menguatkan fungsi sistem tulang, sendi dan rangka badan.

3. Membantu mengawal tahap kolesterol supaya berada pada tahap normal.

4. Membantu mengua­t­kan sistem perkumuhan badan (darah dan hati).

Pelbagai kajian yang dijalankan saintis di luar negara juga membuktikan keberkesanan kunyit. Ia didapati mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan antaranya:

1. Mampu melawan kanser

Kajian daripada Universiti California Los Angeles mendapati enzim penyebab kanser dalam badan pesakit dapat dikurangkan dan dapat menghalang pembiakan sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang ­bengkak

Menurut doktor perubatan daripada Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat, Dr Randy J Horwitz, penggunaan kunyit sebelum rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.


3. Bahan antioksidan terbaik

Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel badan yang menyebabkan pembeng­kakan atau keradangan.


4. Membantu melangsing­kan badan

Kunyit juga boleh ­meningkatkan tahap oksidasi lemak di dalam badan dan seterusnya ­mempercepatkan metabolisme badan, jadi banyak kalori dibakar dan tiada lemak tersimpan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/15

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Kuningkunyitubatipenyakit/Article/









1 comment:

  1. minum pati ibu kunyit masa dalam pantang aje.
    untuk mengecutkan rahim.

    thanks infonya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di sini. :D

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...