Suka Entry Di Sini???

Friday, October 24, 2014

RETRO BIKE WEEK 2014, 1 - 2 November 2014




TARIKH  : 1 - 2 November 2014
TEMPAT : Tanjong Bidara Beach Resort, Melaka





TENTATIF R.E.D RETRO BIKE WEEK 2014

1 NOVEMBER 2014
08:00am -12:00pm Usahawan Setting Booth
02:00am -06:00pm Perasmian Pembukaan ADUN Kawasan
                 Showcase Artis
                 Residence
                 R.E.D Entertainment

2 NOVEMBER 2014
08:00am - 12:00pm Pendaftaran Perserta
                  Pendaftaran Cabutan Bertuah
                  Zumba Dance
                  Persembahan LIVE BAND
                  Retro Motoshow
                  SUKANEKA
                    * Tolak Motor Lambat
                    * Rebut Kunci Motor
                    * Pasang Side Mirror
12:00pm-01:00pm Pertandingan Karaoke
                Peserta R.E.D Retro
01:00pm-02:00pm Rehat Dan Solat Zohor
02:00pm-05:00pm Persembahan Artis
                Pertandingan Akhir KARAOKE
                Perasmian Penutup
                  YB DATUK WIRA AB.RAUF YUSOH
                Penyampaian Hadiah
                Majlis Bersurai












Tuesday, October 21, 2014

RAHSIA SURAH AL-WAQIAH









Rasulullah SAW bersabda:


" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.

Khasiat surah Al-Waqiah :

1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.
Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah. 

Disediakan oleh:
Nor Ashikin Binti Kamaruzaman
Praktikal 

Bahagian Dakwah
JAIS

sumber : www.jais.gov.my














Thursday, October 16, 2014

WASIAT



Islam galakkan berwasiat

HANYA sepertiga harta yang boleh diwasiatkan.


WASIAT dari segi bahasa berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Dari segi istilah pula, ia merujuk kepada pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak dalam bentuk harta atau manfaat.

Pensyariatan wasiat dapat dilihat melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Ia dapat dilihat dalam al-Quran dengan Allah memerintahkan seseorang itu supaya berwasiat dalam surah al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.”



Di samping itu, Rasulullah SAW juga menggalakkan seseorang itu membuat wasiat sebagaimana dalam hadis: “Tiada hak (patut) bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunah. Matinya sebagai seorang yang bertakwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Apakah syarat-syarat utama wasiat?

Antara syarat utama wasiat, pewasiat hendaklah seorang yang mukallaf (baligh dan berakal), merdeka dan tidak dipaksa serta pemilik kepada harta yang diwasiatkan. Penerima wasiat pula hendaklah diketahui (kecuali untuk perkara kebajikan), wujud pada masa kematian pewasiat, berkeahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama’ (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali).

Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau tak alih atau manfaat yang bernilai di sisi syarak, boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat dan wujud dalam milikan pewasiat (jika ditentukan) atau wujud semasa kematian pewasiat (jika tidak ditentukan). Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara jelas (sarih) atau tersirat (kinayah) atau sama ada melalui lisan.

Apakah kadar harta wasiat?

Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan syarak adalah setakat satu pertiga sahaja daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan pembayaran hutang-hutangnya sekiranya ada.

Oleh itu, wasiat yang melebihi kadar tersebut adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Ini adalah bersandarkan kepada hadis Rasulullah yang melarang wasiat melebihi daripada satu pertiga harta pewasiat.

Saad bin Abu Waqqas berkata: Telah datang Rasulullah SAW untuk melihatku sedang aku berada di Mekah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.
Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sebahagiannya. Baginda menjawab: Tidak. Aku berkata: Sepertiga. Baginda menjawab: Ya, sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz3GGku8tHB








Wednesday, October 15, 2014

Sabar....



Ketika masalah datang,... 
Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat... 
Allah hanya minta kita SABAR dan Solat.....

mr google






Monday, October 13, 2014

Info kesihatan



sumber gambar : fb Sinar

Sunday, October 12, 2014

Minuman 3-in-1 bahaya


mr google

Friday, October 10, 2014

Bajet 2015 - BRIM

mr google

Thursday, October 9, 2014

AidilAdha 2014

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah sebab Aidiladha baru2 ni Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk beraya di kampung... Walaupun terpaksa menempuh jem yg panjang dan mengambil masa selama 16 jam perjalanan... sakit badan dibuatnya.... Syukur Alamdulillah selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya... Kampung Bukit Minyak, Bukit Mertajam, PUlau PInang... jom layan gambar2 ketika di sana....

Thursday, October 2, 2014

Niat Puasa Hari Arafah


















Karnival Karangkraf di Plaza Angsana, Johor Bahru, 9 - 11 Oktober 2014





Perhatian buat Warga Johor dan Singapore!!!

Mini Karnival Karangkraf akan diadakan pada 9 - 11 Oktober 2014 ini di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Pelbagai genre buku dan novel boleh anda miliki dengan harga yang murah dengan diskaun harga sehingga 50%. Bagi pemenang kad my.karangkraf, anda akan mendapat diskaun berganda.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Mini Karnival Karangkraf ini berlangsung. Selain itu, anda juga berpeluang bertemu mesra dengan novelis terkenal yang dibawakan khas buat anda.

Ayuh datang beramai-ramai..


sumber : KarangKraf











Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...