Suka Entry Di Sini???

Monday, December 29, 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu

SEPERTIMANA semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa kementerian dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.

Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.


Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014


sumber : sinarharian







Wednesday, December 24, 2014

Lain warna lain nutrien

Oleh Hajahfarhana Tarmudi hajahfarhana@mediaprima.com.my

Ramai tahu mengenai kebaikan buah dan sayur untuk membantu mengekalkan kesihatan. Malah ramai juga tahu buah dan sayur membekalkan pelbagai jenis vitamin seperti A, B6, C dan asid folat-folasin; mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium) serta serat.

Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan.

Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. Antara bahan yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah karotenoid, klorofil serta flavonoid.

Karotenoid yang terdapat dalam makanan ialah beta-karotin xantofil. Ia boleh dilihat pada buah dan sayur berwarna merah kekuningan seperti lobak merah.

Selain itu, likopen xantofil pula terdapat di dalam buah dan sayur berwarna merah seperti tomato manakala xantofil pula memberikan warna kuning pada nanas.

Karotenoid, klorofil dan flavonoid yang terdapat di dalam buah dan sayur dipanggil fitokimia. Ia juga memberitahu bahawa kandungan nutrien bagi setiap makanan adalah berbeza.

Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud terdapat kandungan xantofil. Kajian menyarankan sekiranya kita mengambil 400 hingga 500 gram buah dan sayur segar, ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, strok serta tekanan darah tinggi.

Kalium ialah salah satu mineral penting yang terdapat dalam sayur dan buah. Pengambilan kalium yang rendah boleh meningkatkan tekanan darah.

Pengambilan kalium yang banyak bersama disertakan jumlah sodium mencukupi boleh membantu mencegah dan mengurangkan tekanan darah. Justeru, makanan yang kaya dengan kalium contohnya pisang, tembikai dan belimbing membantu mengurangkan risiko mendapat strok.

Jika tidak mengambil langkah pencegahan, individu yang dikenal pasti mengalami pradiabetes akan mendapat penyakit diabetes dalam tempoh 10 tahun.

Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah mengamalkan pengambilan bijirin, sayur dan buah selain mengurangkan berat badan serta meningkatkan aktiviti fizikal.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan banyak sayur dan buah kurang mendapat penyakit kanser. Sayur dan buah mengandungi nutrien serta fitokimia yang bertindak sebagai antipengoksida selain mencegah tindakan karsinogen (penyebab kanser) dalam usus.

Justeru, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan sel dalam badan yang menjadi salah satu punca kanser. Fitokimia juga boleh didapati dalam kobis, bunga kobis dan brokoli.

Waktu pengambilan

Buah sering diambil selepas makan sebagai pencuci mulut. Namun pengambilan buah selepas makan akan mengurangkan penyerapan nutrien oleh tubuh badan, justeru amalkan pengambilannya sebelum menikmati hidangan lain.

Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera serta kreativiti masing-masing. Kebiasaannya, buah-buahan akan dimakan sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran juga boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam atau salad. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam, daging, ikan serta kekacang.

Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, buah dan sayur dikategorikan dalam kumpulan makanan yang perlu dimakan dalam jumlah banyak. Untuk kekal sihat kita disarankan mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sehari buah dan sayur sehari. Namun, bagi individu yang menghidap diabetes, pengambilan buah perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.

Saranan pengambilan buah dan sayur

Berapa banyak buah yang perlu diambil? Terpulang kepada individu tetapi sekurang-kurangnya dua sajian sehari dengan anggaran tenaga bagi satu hidangan berjumlah 60 kalori.

Bagi pengambilan sayur pula, sekurang-kurangnya tiga sajian setiap hari dan perlu diambil daripada pelbagai warna. Berapa banyak satu sajian itu? Satu sajian lebih kurang setengah cawan sayur. Jadi buatlah anggaran sendiri supaya pengambilan sayur anda menepati saranan.

Ada bermacam cara boleh dilakukan dalam mencapai saranan pengambilan buah dan sayur harian. Biasanya buah dimakan segar. Namun pengambilan buah dalam tin, yang dikeringkan atau dalam bentuk jus 100 peratus (tanpa gula dan pengawet) turut diambil kira.

Jadikan buah-buahan sebagai snek sampingan atau diambil di antara waktu makan bagi menggantikan snek ringan, kebiasaannya tinggi garam dan lemak.

Selain itu, makan pelbagai jenis buah dan sayur pada setiap waktu hidangan. Pelbagaikan pengambilan jenis sayur dalam diet harian dan berbeza warna seperti:

Sayur hijau seperti sawi atau kailan bersama batangnya.

Sayur jenis buah seperti peria, petola dan lada benggala.

Ulam-ulaman seperti ulam raja dan pegaga.

Cara penyimpanan dan penyediaan

Tahukah anda bahawa cara penyimpanan dan penyediaan yang salah bagi hidangan berasaskan buah serta sayur boleh mengakibatkan kehilangan nutrien di dalamnya. Bagi mengurangkan kehilangan nutrien dan fitokimia dalam buah dan sayur kita boleh:

Memastikan buah dan sayur yang dibeli tidak disimpan terlalu lama sebelum dimakan atau disediakan.

Menyimpan buah dan sayur di dalam tempat dingin sejuk dan bekas kedap udara (kecuali tomato yang perlu disimpan pada suhu bilik). Namun sekiranya merancang untuk menyimpan buah atau sayur bagi tempoh yang lama, ia perlu disimpan di dalam tempat dingin beku.

Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran mentah, sekiranya boleh.

Menggunakan pisau yang tajam semasa memotong untuk mengurangkan kerosakan struktur buah dan sayur.

Memotong bahagian yang tidak boleh dimakan saja kerana kebanyakan nutrien dan fitokimia turut berada di dalam kulit.

Memastikan sayur tidak dimasak terlalu lama.

Artikel ini disiarkan pada:

Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:00 AM

Sunday, December 21, 2014

Ya Allah...


Thursday, December 11, 2014

Akta Hasutan

Jenis Darah


Bunga Matahariku.... Lagi... Dan lagi..

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua... 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini.... Semoga keceriaanku pada hari ini seceria bunga matahari ni...


Tuesday, December 9, 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana.








Saturday, December 6, 2014

Akhirnya...

Akhirnya... Berbunga juga.... 

Friday, December 5, 2014

AWAS!! Anda mungkin kehilangan wang anda....

doa orang sedang berhutang
















Wednesday, December 3, 2014

Terima Hadiah dari MAMANIZA.COM


Assalamualaikum...

Arini dapat surat.... Teruja sangat nak buka sebab nak tahu siapa si pengirimnya... Rupanya dapat hadiah Paper Beg yang menang dari Segmen Blogwalking Bersama MAMANIZA.COM....

Terima kasih MAMANIZA...

Semuanya dari Allah



Mulakan kehidupan dengan kebaikan & keikhlasan
Hadapi dugaan dengan senyuman

Apabila mendapat kebaikan,.. maka bersyukurlah
dan apabila mendapat keburukan bersabar & bersyukurlah...

Semuanya adalah daripada ALLAH....  

sumber : jubahmuslimah.com.my 
 

Jangan Bangga... Berlagak...

Assalamualaikum.  ..
 
Untuk renungan bersama. ..

 

Doa waktu pagi dan petang


DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN PAGI DAN PETANG.

Rasulullah SAW bersabda " Tidaklah seseorang hamba berdoa setiap pagi dan petang dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan DIA maha mendengar lagi maha mengetahui" baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. -Hadis Riwayat At Tirmidzi
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 
3. Berbahaya 
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’ALLAH kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 
3. Selamat dari bahaya. 
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

✔ Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’ALLAH kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan ALLAH yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-NYA. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan ALLAH yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

✔ Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. 

Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’ALLAH dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

✔ Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat ALLAH s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin ALLAH s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. 
Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaALLAH kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

✔ Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah SAW. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'ALLAH.

Sumber : http://darussyifa.org
DOA@ Rahsia Perkahwinan >>> www.rahsiaperkahwinan.com <<<

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!



hai semua blogger!

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro))

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.










Monday, December 1, 2014

Jom berselawat...


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


Waktu tidur yang dilarang....


Untuk renungan bersama....

Fb : semanis kurma

Disember bulan yang sibuk....


assalamualaikum dan salam sejahtera...

arini dalam diam tak diam dah masuk bulan Disember... bulan yang boleh dikatakan agak sibuk... sibuk ngan hal kerja... sibuk nak tutup akaun... sibuk nak makan angin... sibuk ngan hal anak2 daftar  sekolah.. sibuk ngan persiapan persekolah.. dan bermacam-macam lagilah sampaikan tak tersenarai....

walaubagaimana busypun bulan Disember ini semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.. semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.... aamiinnn....




Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...