Suka Entry Di Sini???

Friday, March 20, 2015

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Assalamualaikum..... salam Jumaat..

Ikim.Fm pagi ni.... MUHASABAH | Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

#muhasabah #WARNAPAGI #ikimfm

Thursday, March 19, 2015

TIPS BUAT WANITA : BIBIR MERAH JAMBU

Assalamualaikum... dan salam sejahtera....

Memiliki bibir merah jambu secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih berseri, muda dan menarik.

Kadangkala wajah nampak lebih cantik sekiranya tidak disapu solekan tebal dan bibir merah jambu semula jadi menyerlahkan sisi lebih menarik pada wajah.

Bagaimanapun tabiat suka merokok, kurang minum air, tidak menyapu pelembap bibir atau kurang memberi perhatian kepada penjagaan bahagian bibir boleh membuatkannya kelihatan kering tidak bermaya.

Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan sesiapa saja yang mahukan bibir merah jambu tanpa perlu menyapu gincu.

  • Jika bibir kelihatan kusam, gosok bibir dengan lulur yang bolehl- dihasilkan sendiri. Ha-nya campurkan satu sudu kecil gula, satu sudu kecil jus lemon dan satu sudu kecil madu, kemudian kacau sebati.

  • Gosokkan campuran itu pada bibir selama seminit dan biarkanl seketika sebelum dibilas. Lulur berkenaan membantu menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya mencerahkan kulit bibir dan ia akan kelihatan lebih merah jambu.
  • Bagi menjadikan bibir lembut dan kemerahan, gunakan tek–nikl- mengurut bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan.

  •  Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah.
  •  Jika menginginkan warna merah yang lebih terang tetapi semula jadil- tanpa perlu gincu, air ubi bit boleh membantu memberikan warna merah menarik pada bibir.
  • Bukan sekadar warna, ubi bit juga kaya dengan antioksidan dan vitamin yang memberikan nutrien kepada bibir supaya ia lebih sihat.
  •  Jus lobak merah juga membantu memberikan warna semula jadi kepadal- bibir, sama seperti ubi bit. Gunakan kapas dan sapu air lobak pada bibir untuk memberikan vitamin A dan sedikit warna ceria semula jadi pada bibir.
  •  Pecahkan biji buah delima dan sapukan pada bibir untuk penampilanl- lebih merah, terang dan pada masa sama, me­nyerap kebaikan yang ada pada buah berkenaan.
  •  Lenyekkan kelopak bunga mawar dalam mangkuk sehingga keluar jusl- dan sapukannya pada bibir. Bukan saja warna–nya cantik, ia turut me–lembap dan membuatkan bibir lebih mungil.  
  • Gosokkan hirisan timun pada bibir setiap hari selama beberapa minit untuk menyejukkan bibir dan membuatkannya lebih lembap.l-
  •  Kulit buah oren boleh digunakan untuk menggosok bibir beberapal- minit, mengubah warna kusam pada bibir dan mengubahnya menjadi lebih merah jambu.

 copy & paste
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:04 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37828#sthash.0mhy9kU3.dpuf

Monday, March 16, 2015

ALWAYS LEAVE OFFICE ON TIME

Assalamualaikum... selamat pagi..

Sumbar gambar : fb

Friday, March 13, 2015

Alhamdulillah dengan Anugerah Allah..

Assalamualaikum... selamat pagi Malaysia...

Wednesday, March 11, 2015

Penyakit menyorok di sebalik buncit

Penyakit menyorok di sebalik buncit

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah @hmetro.com.my
Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari.
Pada masa sama, beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut buncit itu yang pada hakikat saiznya tidak sepadan dengan keseluruhan tubuh pemiliknya.
Menurut pakar pemakanan Dr Irene Isa, lemak yang menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis.
Menurutnya, lemak pertama adalah lemak yang disimpan tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus. Lemak kedua pula adalah lemak yang disimpan di rongga perut dan mengelilingi organ di dalam perut yang dikenali sebagai lemak viseral.
“Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati) dan lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).
“Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, semakin buncitlah seseorang itu,” katanya.
Dia menjelaskan, jumlah lemak viseral berkait secara langsung dengan tahap kebuncitan perut dan antara kedua-dua jenis lemak berkenaan, lemak viseral nyata lebih berbahaya.
“Ini kerana lemak viseral mempunyai kaitan dengan metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes serta sistem peredaran darah.
“Semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahanan insulin dan keadaan ini boleh membawa kepada beberapa penyakit,” katanya.
Menurutnya, antara penyakit yang mudah dihidapi individu berperut buncit adalah sakit jantung, strok, beberapa jenis kanser, diabetes jenis dua serta kekebalan insulin.
“Memang orang buncit berisiko besar mendapat pelbagai penyakit, justeru usah memandang remeh apabila memiliki perut buncit sebaliknya, ia perlu dielakkan,” ujarnya.
Berikut antara cara untuk mengatasi perut buncit:
Pengambilan lemak sihat
- Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh kajian yang dijalankan Universiti Colombia.
Hakikatnya, antara perkara yang boleh dilakukan adalah mengurangkan pengambilan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum selain menikmati lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.
Mengikut keinginan tubuh badan
- Kajian Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan badannya ketika lapar, dia lebih cenderung makan dalam kuantiti lebih sedikit dalam tempoh tertentu.
Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.
Mengurangkan saiz hidangan
- Kajian mendapati individu yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus akan kehilangan berat badan sehingga 15 kilogram (kg) dalam tempoh lapan minggu. Ini bukanlah langkah sukar untuk dilakukan terutama jika anda tekad melakukannya.
Di samping itu, pengambilan makanan secara terkawal pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.
Senaman bangkit tubi (sit-up) tidak menghilangkan lemak
-Sebanyak mana pun anda melakukan senaman bangkit tubi, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Ini kerana senaman ini hanya untuk menguatkan otot, namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu.
Sebaliknya, anda boleh melakukan senaman menyeluruh di bahagian otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada supaya proses pembakaran lemak lebih optimum.
Banyakkan senaman kardiovaskular
- Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk turut dihentikan.
Tiada guna bersenam, tetapi pengambilan makanan tetap tidak dikawal terutama makanan yang tinggi kalori.
Jangan kurang atau lebih tidur
-Tidur banyak memainkan peranan dari segi kesihatan. Kurang tidur membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan, sekali gus menyukarkannya membakar lemak manakala tidur berlebihan pula membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.
Kedua-dua keadaan ini hanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.
Berhenti minum minuman bersoda termasuk soda berlabel “Diet”
- Kajian selama 10 tahun yang dijalankan University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu.
Ini kerana pemanis tiruan yang terkandung dalam minuman soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman itu dengan teh atau air lemon kosong.
Berdoa atau bertafakur
- Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon tekanan akan berkurangan? Hormon itulah yang menyebabkan perut menjadi buncit.
Oleh itu, hindarilah tekanan dan perbanyakkan berdoa atau bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.
Gula yang sihat
-Menikmati makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi begitu juga dengan madu.
Apabila menikmati makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.
Bersenam secara bijak, bukan secara keras
- Apabila lemak di perut semakin berkurangan tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan ketika melakukannya. Otot perut yang mantap membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35559#sthash.jv1TKQWH.dpuf

-Menikmati makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. 

Buah-buahan mengandungi gula semula jadi begitu juga dengan madu.

Apabila menikmati makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.

Bersenam secara bijak, bukan secara keras
- Apabila lemak di perut semakin berkurangan tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. 

Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan ketika melakukannya. Otot perut yang mantap membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar.

Sumber :
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35559#sthash.jv1TKQWH.dpuf

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...