Suka Entry Di Sini???

Tuesday, August 1, 2017

UJIAN ANALISIS DADAH MAB


UJIAN ANALISIS DADAH MAB (DRUG SCREENING) OLEH PUSAT RACUN NEGARA.

PUSAT RACUN NEGARA (NATIONAL POISON CENTRE) adalah satu Badan Sokongan diletakkan di bawah universiti reseach USM Pulau Pinang. Fungsinya  mengawal hal-hal berkaitan Racun dan Dadah di Malaysia.

Salah satu tugas Pusat Racun Negara adalah membuat diagnos atau saringan racun dan dadah terhadap suatu produk terutama produk yang dikategori UBAT oleh oleh PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah).

Kelulusan KKM suatu produk kategori UBAT mestilah melalui proses Drug Screening ini. Dalam ujian Drug Screening ini,  68 jenis bahan kimia yang yang dikategorikan Dadah/Racun yang disaring.

Nama-nama kimia ini biasa terdapat dalam herba semulajadi dan ada juga kimia yg dibancuh (sentetik). Ianya mestilah berada dalam had yang dibenarkan sesuai dengan dose badan manusia. Jika ia melebihi akan merosakkan kesihatan manusia yang mengambilnya.

MAB telah melalui ujian ini dan semua jenis 68 kimia yan dikategori DRUG/POISON tidak detemui.

Result ujian - ND (Not Detechted). Ini mengesahkan bahawa MAB adalah herba yang unik dan amat berharga. Sijil pengesahan MAB bebas dari segala DRUG/POISON telah dikeluarkan oleh PUSAT RACUN NEGARA.

Result ini juga telah disokong oleh pengamal MAB selama 11 tahun sejak diperkenalkan. Semua pengamal MAB telah sihat dengan kecantikan yang terpelihara tanpa apa efek penyakit lain.
Inilah anugeah Allah untuk wanita Malaysia.

Ujian Analisis MAB

Apa itu Maajun Anggun Bistari (MAB)


📝APA ITU MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)  ...

MAB adalah produk yang berasaskan penggunaan herba secara semulajadi.

Digunakan secara tradisional untuk merancang keluarga
( Family Planning ) .

Pengambilan MAB merupakan kaedah yang paling selamat untuk kesihatan jangka panjang kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia dan cara pembuatannya yang halal lagi suci. ( Produk Muslim )

MAB bukan sekadar untuk merancang keluarga, malah mampu menyelesaikan masalah wanita dalaman dan luatan secara total.

MAB merupakan produk yang termahsyur kini khas untuk wanita yang mementingkan KESIHATAN, KECANTIKAN & PENAMPILAN YANG LEBIH ANGGUN.

Hubungi saya niesah call /wassap 0195046334 Dapatkan yang ori baru beli

#maajunanggunbistari
#fhsnetwork

Friday, June 1, 2012

~ Cyst punca tekanan.... ~


Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.

Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.

Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.

Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.

Ubat

Untuk pengetahuan, ada juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:
  • Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
  • Bermasalah untuk membuang air kecil.
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim.
  • Pertambahan berat badan.
  • Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
  • Loya dan muntah-muntah.

Akan tetapi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti di bawah ini, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera:
  • Sakit berserta demam dan muntah
  • Sakit sangat pada bahagian abdomen.
  • Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
  • Bernafas dengan kadar yang cepat.

Disebabkan cyst jarang menunjukkan simptom yang ketara, masalah ini lazimnya dikesan semasa pemeriksaan pelvik dilakukan. Ketika pemeriksaan dibuat, doktor biasanya akan dapat mengesan bengkak pada bahagaian ovari. Sekiranya cyst ditemui dalam ovari anda, ujian imbasan (ultrasound) akan dilakukan untuk mengenal pasti bentuk, saiz dan lokasi cyst tersebut. Pada masa yang sama, doktor turut memastikan adakah cyst tersebut dipenuhi cecair, pepejal ataupun campuran.

Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst masih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bahaya

Secara umumnya, cyst tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, masalah ini selalunya tidak menunjukkan simptom-simptomnya dan yang nyata tidak ada kaitannya dengan kanser malah sering kali hilang dengan sendirinya.

Bagi wanita hamil, cyst bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dianggarkan satu daripada seribu wanita hamil akan ada cyst. Majoriti cyst yang ada semasa hamil adalah yang lemah dan tidak membahayakan. Ujian imbasan sangat berguna untuk mengenal pasti adakah cyst itu membahayakan ataupun tidak. Sekiranya berdasarkan ujian imbasan didapati cyst hanya mengandungi air tanpa bendasing lain, maka tidak berbahaya.

Namum, jika cyst yang ada itu besar, mungkin bahaya bagi ibu hamil. Hal ini adalah kerana cyst tersebut mungkin akan pecah atau berbelit. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kesakitan pada ibu hamil tersebut dan berpotensi untuk menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang. Cyst yang besar iaitu bersaiz lebih 8cm, selalunya dibuang melalui pembedahan. Itupun sekiranya saiznya tidak membesar secara drastik dalam tempoh beberapa minggu.

Dalam kehamilan, waktu terbaik untuk menjalankan pembedahan ialah pada trimester kedua iaitu ketika kandungan berusia 14 hingga 16 minggu. Kadang-kadang pembedahan untuk membuang cyst ini dibuat menerusi pembedahan secara laparoskopi, namum jika saiz tersebut besar, pembedahan seperti biasa akan dilakukan.





                                                                                                                          
Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...