Suka Entry Di Sini???

Wednesday, January 30, 2013

8 Pintu Murah Rezeki


Suami Isteri Bahagia
"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”

4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.

5. Jangan tidur selepas solat subuh.

6. Selalu baca doa Al-Waqiah.

7. Rezeki ada dalam perkahwinan.

8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Sunday, January 27, 2013

BERISTIGFARLAH....

"DAN selalu lah berharap kepada ALLAH Tentang sesuatu yang menyebabkan

Untuk tidak derhaka kepada ALLAH Dengan sebenar-benar takut(taqwa)

Tentu lah engkau terlepas dari sifat berputus asa Dari rahmat ALLAH.

(Luqman Hakim)

Tuesday, January 22, 2013

HIKMAH TERSEMBUNYI DARI RASA SAKIT

Mungkin saya terleka seketika.. disebalik rasa sakit itu, ada hikmah terpenting yang tersembunyi. Itulah manusia, kadang-kala tidak bersyukur dengan anugerah dari Ilahi. Acapkali bila sakit menimpa diri, mulalah berkeluh kesah, bahkan mungkin lebih parah apabila meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir. Wal’iyadzubillah, moga Allah terus menerus melindungi dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, in sya Allah, sakit itu akan terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’alla...

Sakit itu satu nikmat. Ya.. nikmat di mana dosa-dosa si hamba terhapus, in sya Allah.. Duhai diri yang merindui Maghfirah Ilahi… Sakitnya dirimu kini.. kerna itu adalah penawar kepada dosa-dosa mu yang sudah berlalu pergi. Sabar.. sabar.. dan teruslah bersabar.

Sakit itu dari Allah, penawarnya juga dari Allah. Sakit itu musibah, musibah yang Allah turunkan, tanda DIA cinta dan sayangkan dirimu. Allah melindungi imanmu dari terus lalai melakukan dan menambahkan dosa.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Sumber : http://amrullahurasyada.blogspot.com/2011/10/sakit-itu-ada-hikmahnya.html?m=1

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

Sumber :  http://m.facebook.com/home.php?__user=0

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

>>Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Sebarkanlah bersama wanita wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.<<

Saturday, January 19, 2013

:: Simpan sedikit kasih sayang itu untuk diri sendiri ::

Kalau benci.... janganlah benci sangat2.... Kalau sayang pulak.. biarlah berpada-pada janganlah terlebih over....

Tapi, selalunya kita tidak peduli, kita buat tidak tahu dan kita tidak endah lansung akan semua tu. Oleh kerana dah sayang, semuanya indah belaka... Jiwa dan raga sanggup diserahkan...

kalau pun kita benar-benar sayang, cinta....janganlah kita serahkan semua yang
ada. Simpanlah sedikit kasih sayang itu untuk diri sendiri. Kerana... sekurang-kurangnya nanti kita masih mampu untuk mengasihi diri sendiri bila kita tidak ada sesiapa lagi yang sudi menyayangi dan mengasihani kita.......

Thursday, January 17, 2013

@ Itulah kehidupan. Pandanglah dengan kaca mata iman dan... berbahagialah.. @

Hidup ini, tidak selalunya cerah... adakalanya gelap. Hidup ini, tidak selalunya di atas... adakalanya kita di bawah. Hidup ini, tidak selalunya indah... adakalanya pedih terasa. Hidup ini, tidak selalunya sihat... adakalanya kita sakit. Hidup ini, tidak selalunya gembira... adakalanya kita bersedih. Hidup ini, tidak selalunya berjaya... adakalanya kita gagal.

:: Itulah kehidupan. Pandanglah dengan kaca mata iman dan... berbahagialah.. .... (^_^)


** pilih kawan **




Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 15, 2013

Jenis-jenis kawan

Jenis-jenis kwn yg terdapat dlm Al-Quran :
1) QARIN =kawan yg sentiasa bersma kita mnyuruh melakukan maksiat & mlnggar perintahNya.
2) KHAZOOL = kawan yg mnunjukkan dia sgt setia kpd kamu & apabila tiba waktu kamu memerlukan pertolongan, dia pergi mninggalkan kamu...
3) WALI = kawan yg melindungi kita. Dia bkn shja shbt kita malah sntisa menoleh keblkang utk melihat kita..
4) SIDDIQUE = kawan yg paling ikhlas..Dia mengetahui apa yg terbaik utk kamu & dia tdk segan utk menegur kesalahan kamu..
5) KHALIL = kawan yg paling rapat spt adik beradik kamu. Sehingga apabila dia sdg gembira,kamu juga dpt merasai kgembiraan itu..
6) HAMEEM = kawan yg akan @ tdk akan mnjd kawan baik kamu tp dia berkelakuan spt dia rapat dgn kamu..
7) WALEEJAH = kawan yg bolh dipercayai & dapat menyimpan semua rahsia kamu sebaiknya...
8) AKHDAN = kawan yg kamu cuba mndekatinya spt ALLAH nyatakan dlm AQ..kamu mngejarnya spt kamu mncri calon utk berkahwin..
-kiter buleh nilai sendiri kiter ni kawan yang macam maner???- via SubhanAllah, Indahnya Ciptaan ﷲ

Monday, January 14, 2013

Sahabat Selamanya.....


Alangkah indahnya kalau dapat sahabat macamni..... ~SAHABAT SAMPAI BILA-BILA~


**  Semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat walau dilanda onak dan duri....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, January 12, 2013

~ ingat aku selalu dalam doamu... ~


Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia di depan mata.....

Bila kita dah kehilangan sesuatu itu, baru kita nak hargainya. 
Sebelum ni... sebelah matapun tak pandang... Buat macam sampah... 
Saat itu semuanya sudah terlambat....


Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu
Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku Mestikah aku kecewa
Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah
Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga.....

~ pesanan buat para isteri ~


Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar..Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami..

Redha ALLaH adalah selepas redha seorang Suami.. Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu.. Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti.. Jodoh kamu dengannya telah ALLaH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. :)

Monday, January 7, 2013

~ ada yang lupa.... ~


* Ada suami yang lupa bahawa ibu
lebih utama dari isteri

* Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu

* Ada ibu bapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa

* Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri

* Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan

*Ada anak perempuan yang lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih dari ibu bapa kandungnya sendiri..

** nak tahu lbh lnjt... Blh la Baca di blog dibawah...

http://queenofbutterfly.blogspot.com/2011/10/tanggungjawab-anak-lelaki-kepada-kedua.html?m=1

Sunday, January 6, 2013

Bersabarlah, kerana janji Allah itu pasti! InsyaAllah...♥


Aku redha dgn ketentuan ALLAH SWT dlm meniti kehidupan seharian ku kerana aku yakin segala yang terjadi ada hikmahnya... In sya ALLAH..

Janji Allah itu pasti,cuma kita kadang2 tak sedar bahawa apa kita inginkan itu tidak semestinya terbaik bagi kita....

Mudah2an kita menjadi hamba Allah yg sering bersyukur, redha dan ikhlas dgn ketentuannya.... In sya Allah......


Friday, January 4, 2013

~ maafkan aku.... ~

Maafkanlah aku.. Seandainya .........


PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

Assalamualaikum..

MARI KITA AUDIT DIRI KITA... ANTARA PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat itanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

** Ya ALLAH, Ya Tuhanku... Jauhilah diriku dan sedara2ku dari melakukan perkara2 yang tidak Engkau redhai....

Wednesday, January 2, 2013

Back to school.....

~Doa buat anak2ku....~
… Buat anak2 mama tersayang…
Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… sesungguhnya doa mama sentiasa mengiringi kakak, adik dan baby. Mudah-mudahan berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat…
“Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah anak2ku Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… kekuatan serta semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap keputusan… permudahkanlah urusan hidup mereka dan jauhkanlah diri mereka dari sebarang kemudharatan, kelalaian dan kealpaan duniawi… Jadikanlah anak2ku Nuraini & Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… insan yang berjaya serta yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah juga mereka hambaMu yang soleh dan solehah dan sentiasa bersyukur kepadaMu.... aku berserah dan kepadaMu juga aku memohon pertolongan...
aminn ya rabbal alamin...

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...