Suka Entry Di Sini???

Tuesday, April 30, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita





Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati masih terleka. Kita tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. ALLAH tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi...


Sinopsis: Tuhan Sedang Menguji Kita - Ustaz Kazim Elias

 











Monday, April 22, 2013

"Saidina Omar yang begitu garang pun tuan-tuan, tak marah bila isteri berleter.....


Pesanan Ustaz Kazim Elias :)

"Saidina Omar yang begitu garang pun tuan-tuan, tak marah bila isteri berleter...ada org bertanya kenapa tuan tak marah balik? Dia balas.. :

"Dia dah masak utk aku,
Dia jaga anak aku,
... Dia beranakkan anak aku,
Bersalin anak aku,
Dia jaga makan pakai aku,
Dia ambik banyak tanggungjawab aku,
Takkanlah aku nak ambik hati leter dia..
Sebab leter dia sangat pendek kalau dibandingkan
dengan dia jaga anak aku..."

Jadi para suami.. buat apa kita nak ambik hati...
Relaxlah Broo..."


sumber : ~ Suami Isteri Bahagia










Friday, April 12, 2013

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
                               
 " setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup @ telah tiada )"..........
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
                              
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
                               
Huraian hadith:

 - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

 - Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)

 - Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

 - Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ..tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

 - Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:

 - Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

-         Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah
 Berusaha dan bertawakal.. ...
insyallah ,  rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ...Allahhuakhbar. ..

                                               Insya Allah… Allahu Akbar ! 




Wednesday, April 10, 2013

KESIHATAN : Khasiat Buah Pisang


Khasiat Buah Pisang

Perhatian:


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!








Tuesday, April 9, 2013

** dengan kesyukuran **

Jika ada satu satu nikmat Allah yang kau tiada.. Masih ada banyak lagi yang kau sedang terima.

Jika ada seorang yang menyakitimu Masih ada ramai lagi manusia yang menghargai pengorbanan dan kehebatanmu

Tahukah engkau bahawa Allah memiliki 99 nama lagi?

Dalam begitu banyak namanya.. Mengapa yang diminta kita sering mengulangnya ialah A-Rahman dan Ar Rahim?

Bukankah Dia juga Yang Maha Menyiksa, Yang Maha Memberi Bahaya? Namun ALlah lebih suka kita mengingatinya sebagai Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani..

Tahukah engkau apa maknanya? Itu bererti ALlah bersama makhlukNya.. Allah sentiasa mahu membantu kita.

Lalu teguhkanlah imanmu .., Allah tidak menzalimi sesiapa Kalau ada kesakitan yang sedang kau tanggung ketika ini Kalau ada penderitaan yang sedang kau hadapi, Yakinlah ia menyucikan segala dosa-dosamu Dan Allah sedang meninggikan darjatmu..


Sumber fb : KaedahMembaca Ekspres-i

** 10 Sahabat yang harus dihargai..... **



Kawan senang dicari, Sahabat sukar diganti. Tak semua orang memiliki sahabat. 
Maka, hargailah sahabat anda! :)




** kawan - memang ramai.... tapi  sahabat sikit... sikit.....


sumber : ohmedia









Friday, April 5, 2013

^^ dengan KATA - KATA ^^


kadang - kadang , KATA - KATA itu , LEBIH TAJAM daripada MATA PEDANG , sebenarnya . =)

P / S : dengan KATA - KATA , KITA MAMPU MENGUBAH EMOSI SESEORANG , dengan KATA - KATA , KITA MAMPU MEMIKAT SESEORANG , bahkan , dengan KATA - KATA juga , KITA MAMPU MENJATUHKAN SESEORANG ! maka , dengan itu , ANDA PERLU TAHU KEDUDUKAN ANDA , SEBELUM , MELEMPARKAN KATA - KATA KEPADA SESEORANG .

 

 

 

sumber : Islam Agamaku Selama Lamanya


 








@-- Petua Menangani Orang Yang Sedang Marah --@



Jika ada orang yang sangat marah dengan anda, baca ayat Walad-Daaliin (dari surah Al-Fatihah) sebanyak 7 kali dan hembuskan perlahan-lahan terhadap mukanya tanpa dia sedari. إن شاء الله akan hilang atau reda kemarahannya dan dia akan berbaik-baik semula dengan anda.
 
sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 











Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...